BAB 24

2.1K 122 6
                                    

Pada malam itu , Lia berasa segar dan tidak pening lagi . Dia menyarungkan tudungnya dan mengambil gitar yang tersandar di tempat katilnya itu lalu berjalan keluar ke balkoni biliknya . Dia memetik gitar dan menyanyi .

"Aku mula rindu rindu dalam hati
Aku jika sayang sayang sepenuhnya
Jangan engkau pergi
Jangan engkau jauh
Dari hati"

Aniq yang berjiran dengannya terdengar suara merdu Kamelia Natasha itu di balkoni . Aniq sudah tahu yang Kamelia tinggal bersebelahan dengan rumahnya , cuma Kamelia yang tidak tahu yang jirannya adalah Aniq Syazwan .

Dengan sengaja , Aniq juga mengambil gitarnya dan menyanyi lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi yang sama .

"Aku gembira engkau ketawa
Aku terluka engkau merana
Itulah hidup bercinta
Adakala derita"

Kamelia terkejut semasa mendengar nyanyian jirannya itu , tetapi dia mengendahkannya . Takut jika lelaki itu bukan Aniq dan dia tercurang pulak pfft

...

"ANIQ" , tegur Kamelia . "Hm , nak apa ?" , Aniq membalas dan Kamelia mula membuat muka simpatinya kepada Aniq , "Lia nak minta maaf . Lia tahu , Aniq marah Lia sebab Iskandar . Srsly Lia tak pernah jatuh hati langsung kat dia . Dari darjah 4 Lia minat dekat Aniq sampai sekarang . Masa Aniq dekat Perak dulu pun Lia tak ade lelaki lain even kita jarang contact" , terang Lia panjang lebar . Senyuman mula terbit di wajah Aniq Syazwan , dia menghela nafas lega apabila mendengar yang Kamelianya itu tidak ada hubungan dengan Iskandar .

"Ye , Aniq maafkan . Aniq pun takleh nak kawal sangat perasaan Aniq ni . Dah macam perempuan dah . Kamelia bernasib baik sebab kenal lelaki macam Aniq ni . Ego pon tak tinggi , selalu jual mahal dekat gadis lain even Aniq hensem dan setia sepanjang masa demi Kamelia yang Aniq sayang" , dan tiba-tiba air mata Aniq telah menitis dan mengalir ke pipinya . Kamelia terkedu melihat lelaki yang dia cintai itu sanggup menangis deminya . "Aniq , janganlah macam ni . Ye , Lia janji . Lia akan ada dengan Aniq bila-bila masa . Aniq nak ajak makan , Lia on . Aniq nak ajak lepak mamak , Lia on . Aniq nak ajak Lia teman Aniq main futsal , Lia on . Aniq nak bawa Lia dengar ceramah dekat masjid , lagilah Lia on " , Aniq mengelap air matanya yang mengalir dan tersenyum mendengar kata-kata gadis yang dia sayang sejak darjah 3 itu .

CRUSH SEBELAH RUMAH | ✅Where stories live. Discover now