BAB 32

1.8K 82 4
                                    

KAMELIA sudah dapat keluar dari wadnya . Aniq membantu Kamelia mengemas pakaiannya masuk ke dalam beg . Semasa Aniq dan Kamelia berada di dalam lif hospital , mereka berdua hanya mendiamkan diri . Masing-masing tidak bercakap sehinggalah mereka berdua masuk ke dalam perut kereta .

"Yang awak bawak laju-laju ni kenapa ?" , soal Kamelia setelah melihat muka suaminya yang serius itu memandu kereta dengan laju . "Abangggggggggggg !" , Kamelia menjerit dan akhirnya kereta yang dipandu oleh Aniq itu melanggar sebuah kereta di hadapannya yang tidak memberi signal semasa ingin ke simpang . Aniq dan Kamelia tidak menyedarkan diri . Ambulans dari hospital yang Kamelia dan Aniq keluar tadi membawa mereka ke sana semula .

...

SELEPAS beberapa jam , Aniq sudah sedar . Dia tercari-cari Kamelia disebelahnya tetapi isterinya tiada . Jururawat yang ternampak Aniq yang sudah sedar segera mendapatkannya . "Encik Aniq , ada masalah ke yang boleh saya bantu ?" , tanya jururawat yang bernama Dahlia itu kepada Aniq . "Erm nurse , isteri saya mana ?" , "Isteri encik ? Kejap saya panggilkan doktor kerana encik dan isterinya dimasukkan ke dalam wad yang berasingan " , terang jururawat itu dan dia segera keluar dari bilik Aniq dan berjumpa dengan doktor .

Tiba-tiba , bilik Aniq didatangi seseorang . Ibunya memasuki bilik yang didudukinya , baru sahaja ibu Aniq ingin duduk di atas kerusi di sebelah katil pesakit , Doktor Zirhan memanggil ibunya untuk memberitahu sesuatu . "Puan ini ibu kepada Kamelia Natasha juga ke ?" , tanya Doktor Zirhan yang berkulit cerah dan tinggi lampai itu . "Erm, saya ibu mertuanya . Ibu kandungnya berada di kampung" . "Ouh begitu , saya cuma ingin menyampaikan sesuatu dan saya berharap keluarga puan bersabar apabila saya memberitahu hal ini kepada puan" , doktor itu menundukkan kepalanya sambil mengetap bibir . "Kenapa doktor ? Kenapa dengan menantu saya ?" , soal ibu Aniq , curiga . "Kami tak dapat selamatkan puan Kamelia . Darahnya keluar terlalu banyak . Kepalanya mengalami kecederaan yang amat serius . Maafkan kami . Kepada Dia kita datang , dan kepada Dia juga kita pergi . Saya harap puan dan keluarga puan bersabar atas pemergiannya" , selepas Doktor Zirhan menyampaikan apa yang ingin diberitahu olehnya , dia meminta izin untuk beredar .

Aniq melihat ibunya memasuki bilik dengan linangan air mata . Dia bertanyakan kepada ibunya mengapa ibunya menangis . Lantas ibunya menjawab , "Harap kamu bersabar dengan apa dugaan yang menimpa kamu ya" , hanya itu jawapan yang diberikan oleh ibunya . Aniq mula berasa hairan . Dia cuba untuk bangun tetapi gagal . Dia mengambil keputusan untuk berbaring sahaja .

...

PETANG itu , sahabatnya , Adli Hakim dan juga Aulia Suqhibah datang melawat Aniq . Rakan-rakannya memasuki bilik yang diduduki Aniq itu dengan muka yang murung . "Korang berdua kenapa pulak ni?" , tanya Aniq apabila terlihat rakannya itu hanya mendiamkan diri sejak masuk ke dalam biliknya tadi . Tiba-tiba , Aulia menangis teresak-esak . Adli bangun dari kerusi lalu menghampiri Aniq yang sedang hairan . "Isteri kau ..." , "Kenapa dengan isteri aku ?!" , Aniq bingkas bangun tetapi usahanya gagal sekali lagi dan sekarang baru dia tahu yang kakinya sudah tidak dapat berfungsi lagi , kakinya patah akibat tersepit semasa di dalam kereta tadi . Dia memerlukan masa untuk berjalan semula . "Isteri kau dah pergi tinggalkan kita" , perkataan itu yang keluar dari mulut Adli . Adli terlihat air mata sedang mengalir ke bawah mata Aniq , dia menenangkan Aniq dengan menyuruh Aniq meminum air mineral yang terdapat di atas meja sebelah katilnya .

CRUSH SEBELAH RUMAH | ✅Where stories live. Discover now