~1~

112 6 0
                                    


Kami berdua diam tak terkata. Aku dan dia sama-sama tidak percaya yang kami akan dipertemukan sekali lagi.

"Neo...neo wae yeogi iseeo?!(Kau...kenapa kau ada dekat sini?)"aku memarahi perempuan itu. Perempuan itu membuat muka seperti tidak percaya.

"Awak tak nampak ke hujan? Saya tengah berteduh lah ni.."katanya dengan selamba. Aku gelak dengan tak ikhlas.

"Habis kenapa kat sini? Tak ada tempat lain ke?"kataku. Aku memandangnya dengan geram.

"Helo...Ni je tempat yang ada untuk berteduh."dia membalas. Kuat betul budak ni membalas. Mulutku mula berkumat-kamit mengeluarkan perkataan yang tak baik.

"Oppa..."panggil seseorang. Aku menoleh. Ouh ya. Aku tengah tunggu dia tadi kat sini. Disebabkan dia lambat, aku ingat nak balik. Tapi hujan pula. Tambah pula aku jumpa dengan minah sengal tu.

"Manh-i gidalyeo yo oppa?( Awak dah lamakah tunggu?)"kata Ji Ra. Ya, dia teman wanita aku. Tapi yang keberapa pun aku tak tahu.

"Eo?..Ah..Dae. Wae neomu neulli?( Hah?..Ah..Haah. Kenapa lambat sangat?)"kataku kepadanya. Aku membiarkan perempuan itu.

"Mian...(Maaf...)"katanya sambil membuat muka comel. Ya Allah, make up dah lah tiga kati. Ada hati nak buat muka comel pula. Nak muntah aku tengok. Hish..menyampah aku dengan kau ni perempuan..

"Arasseo..ga-boja..(Baiklah..jom pergi..)"aku mengajaknya pergi. Tapi semasa aku memegang lengannya, die menghalang.

"Geu yeoja nugu neundae?(Tapi perempuan tu siapa?)"Ji Ra menyoal aku. Ah sudah...apa aku nak jawab.

"Ah...geu...geu yeoja? Geunyang balo mannaseo yo..(Ah..pe..perempuan tu? Kita orang terserempak je.)"aku terus menolaknya pergi bersama. Nasib baik dia tak banyak cakap.

Kenapa lah aku nak kena jumpa perempuan tu? Menyampah betul lah!

                                    ~

Geli aku tengok dia orang buat macam tu.

"Oppa..oppa.. menyampah aku.."aku menghempaskan punggungku keatas sofa. Memandangkan esok aku akan bercuti. Baik aku gunakan sebaik-baiknya dengan balik kampung.

"Aku nak kena kemas baju dulu. Baru ada semangat nak balik kampung.."aku terus berlari masuk kebilik untuk mengemas bajunya kedalam beg. Aku mengemas beg dengan cermat. Aku memasukkan semua barang yang rasa perlu bawa balik.

"Settle...sekarang aku nak buat apa?"aku keluar dari bilik dan terus ke meja makan. Aku mengeluarkan komputer ribaku dan mula membuka youtube. Teringin pula nak tengok BTS punya variety show.

"Heol...tengah live lah.."aku terus menekan video itu. Aku terkekek-kekek ketawa melihat gelagat mereka bertujuh. Lagi-lagi apabila ahli mereka mula membuat lawak bodoh. Aku pun makin galak ketawa.

"Apa lah masalah si Jin ni? Tak faham aku..."aku memegang perut. Inilah akibat terlalu banyak ketawa. Sakit perut aku.

Ding dong...ding dong...

Bunyi loceng membuatkan aku menoleh kearah pintu. Siapa yang datang? Dah nak senja pula tu..

Aku terus pergi ke pintu untuk membukanya. Aku terkejut dengan kehadiran Seo Ra. Aku baru ingin menyoalnya, dia terlebih dahulu memeluk aku.

"Zara-ah..na jeongmal mianhae!(Zara...saya betul-betul minta maaf!)"katanya sambil menangis. Aku terkejut. Aku membalas pelukannya.

"Arasseo..arasseo.. Uljima..(Ya..ya.. Jangan nangis..)"kataku.

Suamiku Encik KPOPWhere stories live. Discover now