~16~

57 2 0
                                    

Aku mengaru kepalaku. Selalu macam ni. Aku nak melukis tapi tak ada idea. Dengan itu aku meletakkan pensel HB aku diatas meja. Aku mengeluh.

Kepalaku aku hempas diatas sofa diruang tamu. Sejak tadi lagi aku cuba meluahkan perasaan aku dengan lukisan. Apa yang aku rasa sekarang aku sendiri tak dapat nak tafsirkan. Betul ke yang aku ni suka dengan lelaki itu? Dia boleh buat aku gembira tapi dalam masa yang sama, dia buat aku sakit hati.

Dia bukan seseorang yang menepati citarasa aku tapi....haih. Kenapa lah dengan aku ni. Sekali lagi aku menghempas kepalaku disofa. Aku akan berhenti bila semua ni dah jelas dekat dalam otakku.

"Zara....kau buat apa tu?"soal seseorang. Aku menoleh dan terus menghentikan segala perbuatanku.

"Buat apa-apa je."kataku dengan acuh tak acuh.

Dia datang mendekati aku. "Aku nak keluar kejap. Kau nak aku beli apa-apa tak?"katanya. Aku menggeleng laju. Aku masih geram dengan dia tentang hal tadi. Dia terus keluar dari rumah. Aku dengan pantas duduk tegak. Menyampah aku dengar suara dia! Baik aku pergi dapur makan ramen.

Aku mengeluarkan satu cawan ramen. Aku hanya menelan air liurku apabila melihat ramen itu. Ramai yang kata ramen ni pedas gila nak mati. Takut pula aku bila tengok warna sos dia. Sekali lagi akumelihat cawan ramen itu.

2X Pedas...

Boleh ke aku makan ni? Saat aku meletakkan sos itu didalam cawan, aku terus batuk. Baunya menyengat masuk kedalam rongga hidung aku. Aku memejam mataku dan menutup hidungku semasa mengacau ramen itu. Aku bawa ke ruang tamu dan duduk disofa.

Sebelum aku kepedasan, baik aku ambil air dulu. Selepas itu, aku mula mencedok mi ramen itu. Aku menarik nafas. Tiba-tiba aku rasa menyesal membeli ramen ni. Dengan perlahan aku menyuap masuk ramen itu kedalam mulutku.

"Aik? Biasa je.."kataku.

Baru aku nak mencedok lagi ramen itu, kepedasan itu datang. "Warghhh!"aku menjerit kepedasan. Aku dengan cepat mencapai air tadi. Walaupun air telah aku telan, aku tetap merasakan kepedasan itu. Tetapi aku tetap mahu menghabiskan semua ramen didalam cawan itu. Aku mengeluh dengan kuat.

"Wargh! Menyesal aku makan ni!"aku bangun dan mula berpusing mengelilingi sofa. Sesekali aku berdesir kepedasan. Kepedasan ini sebenarnya tak terasa di lidah sahaja, ia juga menyengat tekak aku.

"Assalamualaikum..."Daniel membuka pintu. Aku terkejut melihat kehadirannya. Dia hairan melihat aku yang tak berhenti untuk berfiam diri. Dia memandangku dari atas hingga bawah.

"Mwoha-nya?(Kau buat apa ni?)"katanya sambil mengangkat keningnya. Aku masih seperti tadi. Aku tak dapat nak bercakap walaupun sepatah perkataan. Aku hanya mampu menunjuk cawan ramen itu. Daniel memandang cawan itu kemudian memandangku. Dia terus tergelak kecil memandangku.

Dia menyuruh aku untuk duduk. Tapi macam mana aku nak duduk kalau rasa pedas ramen melampau macam ni? Aku memandang ramen itu sekali lagi. Ramen tu memang pedas tapi, aku masih rasa nak makan. Nak buat macam mana...Aku memang suka makan.

Saat aku ingin menyuakan ramen itu, Daniel menghalang.

"Igo masyo...(Minum ni)"katanya. Cawan yang berisi air panas diberikan padaku. Aku memandangnya dengan tak percaya. Nak tekak aku terbakar ke macam mana?!

"Igo otteokae masyo?!(Macam mana saya nak minum?!)"aku memarahinya.

"Minum je lah. Air panas boleh hilangkan rasa pedas tu..."dia menyuruhku. Walaupun tak mahu, tapi aku terus meneguk air itu. Ya Allah! Lagi sakit lidah aku!

"Tak jadi apa pun!"kataku sambil mengesat air mata yang keluar apabila aku menelan air tadi. Dia menggeleng sambil tergelak. Kemudian dia hanya memandangku. Aku terus kaku. Dia tak berhenti padang aku langsung.

Suamiku Encik KPOPWhere stories live. Discover now