~27~

53 3 0
                                    

Aku memegang perutku dan tersenyum. Tak sangka hampir sudah hampir 3 bulan aku mengandung. Dan mulai sekarang aku mungkin akan kurang menyanyi. Jadi aku hanya membiarkan sahaja Daniel menyambung karrier hidupnya.

Persembahan aku yang terakhir adalah tiga minggu yang lepas. Aku tak dapat lupakan yang aku akhirnya akan menjadi ibu.

Aku membelek almari. "Hmmm..What should I wear? Should I wear this one? Or maybe that one.."soalku pada Daniel yang sedang bermain dengan telefonnya. Dia meletakkan telefonnya dan bergerak kesebelah aku. Dia memegang dagu. "Hmmmm...I think you should wear all of this..."katanya. Aku terus memandangnya tajam.

Daniel tergelak kecil. "I'm telling you the truth...Sayang nampak cantik walaupun dah semakin tembam.."Daniel memeluk tubuh. Aku menoleh kearahnya. "Siapa yang buat?"balasku. Dia menunding jari pada perutku.

"Jangan nak salahkan baby eh. Oppa yang bagi saya makan macam-macam." Dia mengangkat bahu. Aku mencebik. "Alah...Sayang. Siapa je yang nak tengok? Sayang nak pergi majlis graduasi je.."kata Daniel.

Ya...aku dah graduate. Well baru semalam. Tapi ramai yang ajak buat majlis.

"Daniel...."aku berjalan kearahnya. Dia letakkan telefonnya disebelah dan memandang aku. Aku tersenyum. Aku bersyukur. Walaupun Daniel sibuk, dia tetap bagi perhatian dekat aku. Tak tahulah kalau nanti lepas aku dah bersalin, dia akan buat macam tu atau tak.

"Apa dia sayang?"

"Awak rasa peminat kita akan ingat lagi tak saya? I mean...saya kan akan berhenti menyanyi untuk sementara. Awak pula akan menyanyi solo. So maybe nanti dia orang dah tak ingat saya."aku bermain dengan jariku. Dia merenung aku dan tersenyum. Dia menarik tanganku dan mengenggamnya.

"Mustahil orang akan lupa tentang sayang. Idol paling muda yang mengandung dan berkahwin..."kata Daniel. Aku memuncungkan mulutku. Mengarut pula dia. Dia menepuk tangan aku perlahan. Aku memandangnya dan senyuman dia semakin melebar. Aku mencubit pipinya.

"Sayang...Malam ni ada orang nak datang rumah tau.."katanya. Aku terus menoleh. "Lah...Kenapa tak cakap. Kalau saya tahu saya boleh masak. Dia orang nak makan apa kalau dah sampai?"soalku. Dia menggeleng. "Ani...Sayang tak perlu masak. Biar saya je yang masak."katanya. Aku mengeluh.

"Kalau saya dapat tahu dapur tu berasap, siap awak.."kataku dan terus masuk kedalam bilik air.

Selepas 2 jam aku berperang didapur, aku duduk dengan lega di sofa ruang tamu.

"Jalhaeseo..."kata Daniel sambil mengusap rambutku. "Sayang tak payah pun susah-susah nak masak. Kita boleh je beli dekat luar.."katanya.

"Tak sama macam masakan ibu.."kataku sambil tersenyum. Dia tergelak kecil. Dia memegang perutku. "Papa dah tak sabar ni..Besar cepat sikit.."katanya. Aku tersenyum melihat tindakannya.

                                     ~

Aku mengaul stew kimchi yang omma telah ajarkan kepadaku. Aku merasa stew itu sebelum meletakkannya kedalam bekas. Harap dia orang suka. Sebenarnya hari ni, aku dah janji dengan Daniel, BTS dan GOT7 untuk berkelah.

Sebenarnya pun lah berkelah sangat. Sebab GOT7 ada buat variety show. Aku hanya sebagai jemputan je.

"Apa yang aku beli eh tadi?"aku membelek plastik dari kedai yang aku beli tadi. Hmmm nasi, sosej, daging lembu, air soda, keropok....Boleh lah ni. Okay jom pergi...

Aku mengambil kunci kereta dan terus memandu ke taman. Aku memakai mask supaya tiada siapa yang boleh mengecam aku. Tetapi ada seseorang menegur aku. "Zara..."panggilnya. Aku terkejut dan terus menoleh.

Suamiku Encik KPOPWhere stories live. Discover now