~24~

53 1 0
                                    

Siapa tak cemburu tengok suami dekat dengan orang lain kan? Samalah macam aku. Walaupun dengan Hwang Ju unnie , make up artist kitaorang tu.

"Zara...awak kenapa ni?"kata Daniel sambil memeluk bahuku. Dia mengangkat keningnya. "Tak ada apa..."kataku sambil menurunkan tangannya. Dia agak pelik melihat aku.

"Jealous?"kata Daniel dan membuatku memandangnya dengan tajam. Dia tergelak kecil dan mengusutkan rambutku. "Gumaeng-i..(Macam budak-budak betul..)"katanya.

"Mworagu?!(Apa dia?!)"kataku sambil menjeling.

"Tak ada apa-apa sayang..."katanya. Itu membuatkan aku tersentak dan senyap. "Betul tak ada apa-apa?"kata Daniel dengan risau. Aku menggeleng.

"Serius?"soalnya. Aku mengangguk. "Daniel-ssi?"Hwang Ju unnie panggil Daniel. Aku mengeluh. Baru ingat nak bercakap dengan Daniel....

"Nae?"Daniel bangun. "Na galge...Annyeong...(Saya balik dulu...Bye...)"katanya. Tu je? Ingatkan penting sangat. Daniel kembali duduk disebelahku. Daniel menoleh kearahku. Aku mengangkat kening sebab dia tiba-tiba pandang aku.

"You are seriously jealous right?"katanya. Aku terkedu. Terus sahaja aku memukulnya."Mana ada!"nafi aku. Dia tergelak kecil. "Dah cemburu, tak nak mengaku pula..."katanya lagi. Aku merengus dan menampungkan wajahku diatas lututku.

"Okay....."kata director. Aku terkejut. Apa yang berlaku? Daniel juga turut memandang kearah kru. Sekarang baru aku tangkap apa yang dah jadi.

Mereka ambil video aku dan Daniel tadi secara senyap-senyap. "Gamdog-nim!!"kami sama-sama memarahi pengarah itu. Mereka hanya ketawa. Aku memandang Daniel dan Daniel juga berbuat perkara yang sama.

Habis pipi aku merah. Dah lah tak ready...

"Tak apa...Hari ni hari dia. Nanti hari kita pula..."kata Daniel. Aku mengangguk bersetuju. Dan secara tiba-tiba Daniel menarik aku untuk menyorok didalam bilik persalinan. Aku terkejut dengan tindakannya.

Dan ini juga mengingatkan aku ketika Daniel berbuat sebegini dulu. Sewaktu kami mula berbaik dulu. Aku agak malu bila wajah Daniel berada sangat dekat dengan aku.

"S..sebenarnya awak ajak saya buat macm ni sebab apa?"soalku selepas beberapa saat berdiam diri. Dia tersenyum dan semakin mendekatkan wajahnya. "Awak nak saya buat apa?"katanya. Aku masih diam. Nak angkat muka pun aku malu...

"Zara?"bisik Daniel. Meremang semua bulu roma aku. Ya Allah apa lah aku nak buat dengan Daniel ni? Apa yang dia cuba buat sekarang ni?

"Apa?!"aku marahnya sambil berbisik. Dia senyum. Lepas tu dia terus cium dahi aku dan terus keluar dari situ. Dia biar je aku dekat dalam seorang-seorang. Terkedu.

Tahi betul!

                                    ~

Selepas selesai penggambaran, Daniel dan Zara terus menuju ke rumah Puan Nor. Kedatangan mereka sangat mengejutkannya. Lagi pula dengan keadaan mereka yang berpegang tangan membuatkan dia hairan. Setahu dia, Daniel dan Zara masih lagi tidak berbaik. Dia tersenyum.

"Assalamualaikum..."Daniel dan Zara memberi salam. Puan Nor terus menyambut anak dan menantunya itu. "Amboi, bukan main lagi. Dah berbaik dah ke?"soal Puan Nor.

Mereka tersengih. Daniel menggaru belakang lehernya. "Omma sihat?"soal Zara sebaik sahaja bersalaman dengan Puan Nor. Puan Nor mengangguk kemudian dia mengajak mereka masuk.

"Apa hajat balik sini hari ni?"soal Puan Nor kepada anak muda dihadapannya kini. Sahaja nak memulakan perbualan. Kalau tidak,  memang keadaan disitu menjadi awkard.

Suamiku Encik KPOPWhere stories live. Discover now