~3~

80 2 0
                                    

Aku menelan air liur sebaik sahaja ternampak kereta itu. Aku kuat. Buat apa aku nak terima dia kalau dia yang tolak aku.

Apabila aku sampai dihadapan pintu, aku terdengar perbalahan antara seseorang dengan Ibu.

"Aku tak kira Sal! Anak kau kena bayar balik apa yang anak aku dah bagi dekat dia!"aku mengerutkan dahiku. Mak dia ada?

"Apa yang bising-bising tu?"Su menyoalku. Aku mengangkat bahu. Aku terus masuk kedalam rumah. Aku terkejut apabila melihat Auntie Farah memarahi Ibu. Dan Johan....dia hanya memerhati.

"Assalamualaikum..."aku memberi salam.

"Waalaikumsalam!"balasnya dengan nada yang berbeza. Lebih tinggi suaranya berbanding aku tadi. Aku memandangnya dan menyoalnya.

"Ada apa ni? Kenapa bising-bising?"aku menyoal Auntie Farah. Dia hanya mendegus.

"Aku datang sini sebab nak minta balik apa yang anak aku dah bagi dekat kau!"katanya. Aku tercegang dengan jawapannya.

Wah....sungguh buruk siku orang kaya ini!

"Kenapa nak balik?"aku saja ingin menyoal. Aku memandang Johan. Dia juga hanya memandang aku. Aku mengalihkan semula pandangan aku kepada maknya.

"Kenapa kau tanya?! Hei perempuan! Kau jangan ingat kau dah putus dengan anak aku, kau tak perlu pulangkan balik barang dia!"dengan hanya mendengar kata-katanya aku tahu yang perempuan tua ni memang tak tahu malu.

"Kalau Puan nak sangat benda tu..saya boleh bagi. Tapi bukan dengan cara macam ni. Macam dah terdesak sangat sampai buat macam ni."aku menindas kata-katanya. Dia memandang aku dengan muka yang tak percaya.

"Wow! Tengok lah perempuan ni Johan. Macam ni Johan nak buat jadi menantu mama dulu?"aku hanya mendengar perkataan demi perkataan yang keluar dari mulutnya.

"Nasib baik tak jadi. Sebab saya pun tak nak jadi menantu Puan.."aku membalas semula katanya. Saat ini dia tahap kesabarannya dah mula menipis.

"Dasar perempuan tak tahu malu!"dia memarahiku. "Kau tak nak jadi menantu aku sebab kau dah ada orang lain kan! Macam lah aku tak tahu!"katanya lagi. Aku hanya menahan sabar. Aku memandangnya dan mula membidas katanya.

"Puan...saya bukan apa. Tapi bukan semua yang Puan tahu tu betul. Mungkin apa yang Puan dengar semuanya salah."aku cuba untuk membuatnya percaya bahawa perkara yang pernah menjadi khabar angin yang hangat tentang aku.

"Apa lagi tak betul?! Kau memang ada hubungan dengan dia kan!"bahuku ditolak olehnya. Aku yang dari tadi menahan sabar dah mula berasa sesak didalam dada.

"Saya kata tak betul, tak betul lah!"aku menepis tangannya yang sibuk menolakku dari tadi.

"Tak guna punya perempuan!" tangannya diangkat dan hampir menampar aku. Aku memejam mata. Tapi saat aku dah bersedia untuk menerima tamparan itu, aku dah dengar yang tangannya ditahan seseorang.

"Cukup lah drama kau tu orang tua.."kata Daniel. Terus mataku terbuka.

Daniel?!

                                     ~

Aku dh tak tahan melihat keadaan itu terus menahan perempuan tua tu menampar Zara. Aku tak pandang dia tapi aku tetap menahan tangannya.

"Cukup lah drama kau tu orang tua.."aku berkata padanya. "Apa kau panggil aku?!"aku dimarahnya. Aku melepaskan tangannya dan tersenyum sinis.

"Orang tua?"kataku. Saja nak sakitkan hati dia. Dia memandang aku dengan tak percaya.

"Daniel...tak payah masuk campurlah..."bisik Zara. Aku memandangnya dengan pandangan yang kosong. Dan akukembali memandang perempuan tua tadi.

Suamiku Encik KPOPWhere stories live. Discover now