~11~

57 3 0
                                    

Mengarut! Aku tak rasa yang dia tu tak sengaja. Aku terus keluar dari bangunan sambil mengesat air mata. Biarlah orang pandang sekali pun. Aku terus balik kerumah dengan menaiki teksi.

"Kejam!! Aku benci kau! Tak sengaja konon!"kata aku sambil menghempas pintu bilikku.

Aku menangis sepuasnya dalam bilik. Aku tak keluar langsung dari bilik. Kalau aku keluar, aku mesti akan jumpa dia. Jadi baik aku duduk je dalam bilik. Kalau ikut hati, aku dah lama pergi jumpa Seo Ra. Tapi disebabkan dia dekat Gwangju untuk tengok mak dia yang sakit, terpaksa lah aku menanggung rasa sakit ni.

Setelah itu aku tertidur. Sebaik sahaja aku terjaga, aku masuk kedalam bilik air. Selepas itu, aku turun untuk mengambil air kotak didalam peti untuk dibawa naik kedalam bilik. Selepas mendapatkannya, aku terus menuju naik. Tetapi aku terserempak dengan Daniel semasa menaiki tangga.

Aku dengan geram mempercepatkan langkahku. Aku terdengar dia memanggilku tapi aku abaikan. Aku duduk didalam bilik sehingga aku betul-betul okay.

Semasa hari aku dan dia akan balik ke Malaysia aku akan pastikan yang dia akan diabaikan. Saat kapal terbang itu berlepas, aku hanya memandang keluar tingkap. Aku takkan pandang dia langsung.

Aku memakai earphone dan terus memasang lagu kegemaranku. Lagu 'Fight Song' yang dinyanyikan oleh Rachel Platten. Semakin lama aku semakin menghayati lagu itu.

And all those things I didn't say~
Wreacking balls inside my brain~
I will scream them loud tonight~
Can you hear my voice this time?~

This is my fight song~
Take back my life song~
Prove I'm alright song~

My powers turn on~
Starting right now I'll be strong~
I'll play my fight song~

And I don't really care if nobody else believe~
Cause I've still got a lot of fight left in me~

Lagu ni macam tahu-tahu je masalah aku. Nasib baik lagu ni suruh aku lawan balik. Mataku semakin lama memandang awan semakin mengantuk pula. Terus saja aku tertidur.

                                      ~

Zara masih tak tegur aku walaupun dah sampai Malaysia. Semasa perjalanan kami pulang aku hanya memandang Zara. Bila dia pandang aku, aku terus pandang tempat lain. Dan bila dia tak pandang aku tetap pandang dia balik.

Entah apa yang buat aku nak pandang dia pun aku tak tahu. Yang pasti aku memang rasa nak pandang dia. Aku mengeluh. Kenapa aku rasa macam aku dah buat salah besar?

Sampai saja dirumah Ibu, aku mengangkat semua beg dari bonet kereta teksi itu. Aku membawa masuk beg itu kedalam rumah. Kejam betul lah dia ni. Tahu lah aku salah. Tapi tak payah sampai aku yang kena angkat beg ni semua!

"Assalamualaikum..."aku memberi salam.

"Waalaikumsalam...Hah! Sampai pun kau. Lama aku tunggu kau..."Zafrin menyambut aku yang berada dihadapan pintu rumah itu. Aku dan Zafrin bersalaman. Dia mengajak aku masuk kedalam rumah dan membantu aku mengangkat beg.

"Nasib baik lah kau tolong aku. Kalau tak patah lah pinggang aku ni. Nak harapkan adik kau tu...memang masuk hospital lah aku..."kataku sambil membuat muka. Zafrin meletakkan beg-beg itu kedalam bilik Zara.

"Tu lah kau. Lain kali jangan cari pasal dengan dia."Zafrin menggelakkan aku. Bukan nak nasihat adik dia tu. "Apa kau buat kat dia sampai dia buli kau ni?"soalnya. Kalau aku bagitahu kau, nanti kau WWE aku.

"Alah...benda kecil je. Adik kau tu yang sensitif sangat."kataku sambil membaringkan diri diatas katil. Bohong sunat....tak apa kan?

"Hmmm..betul lah tu. Zara tu memang sensitif sikit."kataku. Aku membuka butang atas bajuku. Panas gila hari ni. Kat Korea, sekarang musim luruh. Dalam 2 minggu lagi baru masuk musim yang lain.

Suamiku Encik KPOPWhere stories live. Discover now