~4~

88 2 0
                                    

"Kami berniat nak kahwinkan kamu berdua 2 minggu lagi."kata Auntie Sal. Aku terkejut dengan berita ni. Aku pandang mereka semua. Zara yang kat sebelah aku ni tersedak. Dia menepuk dadaku untuk menghilangkan batuk.

"Suka hati omma lah."kataku sambil memejamkan mata. Aku menahan geramku.

"Omma buat ni untuk masa depan kamu."kata omma."Ya..ya..Daniel tahu.."aku bangun dan terus masuk kedalam bilik. Aku malas nak layan perangai omma dengan appa.

Tapi..kenapa dia?

"Kalau ye pun nak kahwinkan aku..Cari lah yang baik sikit. Ni tak. Dengan manusia pendek tu juga dia orang nak jodohkan."aku membebel sambil menyelesakan diri diatas katil.

                                     ~
Enam hari sebelum majlis,

Aku terpaksa hadap muka mamat Korea ni lagi hari ni. Kalau sekejap, aku tak kisah. Tapi lama tahu. Nak bawa jumpa wedding planner bagai. Hish..leceh betul lah.

Aku tiba-tiba terfikir sejenak. Betul ke apa yang aku buat ni? Betul ke keputusan aku untuk kahwin dengan mamat ni?

Flashback

"Zara...aku tahu kau tak nak. Tapi kau kena juga terima." Su memujuk aku dari luar bilik. Dah dua hari aku tak keluar bilik sebab perkara itu. Aku tak faham. Kenapa aku jadi mangsa?

Kahwin dengan Daniel atas dasar perjanjian arwah Ayah dengan Encik Park?

Kenapa aku? Aku tahu arwah Ayah buat bersebab. Tapi aku masih tak boleh nak terima semua ni. Aku rasa macam aku dipergunakan.

"Zara....please jangan macam ni. Ibu tahu Ibu salah. Kita bincang elok-elok okay? Keluar lah sayang..."pujuk Ibu pula. Aku pasti semua keluarga aku didepan pintu sekarang ini.

"Zara...abang bukan apa. Tapi abang risaukan kau dik. Dah dua hari kau tak keluar. At least kau keluar lah makan. Sikit pun jadilah."kata abang Zaf pula.

"Betul tu Zara."Kak Kira isteri kepada abang turut mengiyakan kata mereka. Aku hanya diam. Aku tak nak jumpa sesiapa lagi. Aku tak bersedia untuk dengar apa-apa yang berkaitan dengan perkara ni.

"Woi!"aku tersentak apabila seseorang memanggil aku dari luar tingkap. Baru aku tersedar yang aku tak tutup tingkap.

Langkahku dihala kearah tingkap. Aku menjengukkan kepala. Dan apa yang lihat ini lagi membuatkan aku geram dan sakit.

Daniel...

"Apa?"aku membalas selepas mengesat air mataku. Ya, aku menangis. Rasanya dah lama aku tak menangis.

"Keluar lah. Penat lah aku asyik dengar dia orang tu memekak dekat depan bilik aku."kata-katanya membuatkan aku lebih sakit hati.

"Awak memang tak kisah eh kena kahwin paksa?"kataku. Dia memandang kearah yang lain dan meletakkan tangannya kedalam poket seluar.

"Memang aku tak suka. Tapi bila aku fikir balik. Dia orang buat macam tu untuk kebaikan aku juga. Semua yang berlaku ada hikmahnya.."katanya. "Walaupun awak dah tahu yang semua ni atas dasar perjanjian?"aku menyoalnya.

"Eo.."balasnya pula.

Aku terkedu dengan ketenangan yang dia ada. Dia tak kelihatan seperti kisah yang dia bakal berubah status daripada seorang lelaki bujang kepada seorang suami orang.

"Bersyukur tau kau kahwin dengan aku. Kalau kau kahwin dengan ex kau hari tu? Macam mana?"aku kembali geram dengannya. Tak perlu lah mengungkit tentangnya lagi. Aku jadi sakit hati.

Suamiku Encik KPOPWhere stories live. Discover now