~18~

51 2 0
                                    

Aku duduk di luar seorang diri. Menahan diri dari menangis. Aku masih tak boleh lupakan Johan, tapi dalam masa yang sama. Aku selesa dengan Daniel. Bukankah itu bermaksud aku sudah mula untuk move-on? Aku meraup mukaku sendiri. Hari aku berseorangan dirumah. Daniel sedang berlatih disana.

Aku bangun dan duduk menghadap kolam. Aku terfikir-fikir macam mana Johan masuk dekat sana semalam. Aku mengeluh buat sekian kalinya. Aku memandang kolam dan termenung lama. Sehingga aku tidak sedar yang seseorang sedang berada dibelakangku.

"Assalamualaikum..."bisiknya ditelingaku. Aku dengan pantas menoleh dan tersenyum manis padanya. Dia juga tersenyum memandangku. Memang aku tak sedar dia disitu.

"Buat apa?"soalnya. Dengan senyuman aku membalas. "Termenung..."

"Kau masih fikir tentang semalam lagi ke?"aku mengeluh apabila soalan itu keluar dari mulutnya. Aku memandang Daniel dengan pandangan serba salah. "Kau tak payah lah fikir lagi. Samchon dah bagi cuti ni...kau guna lah elok-elok."katanya. Aku mencebik. Bukan aku tak nak buat apa-apa, tapi tak ada apa nak buat...

"Tak ada apa lah nak buat..."kataku sambil berpeluk tubuh. Dia menggaru tengkuknya. Aku tahu dia cuba untuk cari idea nak borak dengan aku. Dia menarik aku untuk bangun dan mengikutnya. Oleh kerana aku memang malas nak membantah, aku hanya mengikut sahaja. Dia membawa aku keluar sehingga ke kereta.

Aku dengan terkejut terus melepaskan pegangan tangan Daniel. Dia memandangku pelik.

"Kenapa?"soalnya.

"Awak nak bawa saya pergi mana?"aku memandangnya dengan pandangan yang sepelik-peliknya. Aku ni dah lah tak faham apa-apa. "Nak keluar lah."katanya selamba.

"Dengan baju ni? Agak-agak lah abang oi..."kataku sambil menunjukkan bajuku yang selekeh. Dia tersenyum senget dan menggaru kepalanya. Aku pun masuk kedalam untuk menukar pakaian. Selepas itu, aku membawa mask dan topi bersama. Kemudian, aku dibawa masuk oleh Daniel kedalam kereta.

"Nak pergi mana?"aku menyoalnya selepas lama berdiam diri. Aku memandangnya lama tanpa sebarang reaksi. Sememangnya aku tak mempunyai sebarang mood hari ni. Aku ikut dia pun sebab aku tak tahu apa yang harus dilakukan. Su juga tak dapat untuk datang kerana dia mempunyai urusan penting yang harus diselesaikan ketika disini.

"Untuk pengetahuan kau, sepatutnya hari ni kita kena datang interview di bangunan KBS. Tapi aku tak rasa kau boleh pergi. Jadi aku minta Kang Jin hyung tangguhkan dulu."katanya. Aku pula mengangguk. "Habis sekarang ni awak nak bawa saya pergi mana?"sekali lagi soalan utamaku diungkit.

"Biar lah rahsia~~"

Aku ketuk juga dia ni. Perlu ke sampai nak nyanyi lagu Dato' Siti? Aku memandangnya sambil mencebik. Dia ni suka sangat buat aku curious.

~

Aku keluar dari kereta bersama Zara. Dia terpaku dengan suasana disini. Senyumanku muncul sebaik sahaja melihat reaksinya. Tak sia-sia aku bawa dia kesini. Aku mula menariknya ke pondok ditengah-tengah taman bunga itu.

Aku duduk sambil melepaskan nafas lega. Dia memandangku dan tersenyum. "Cantik...."kata Zara. Dia kemudiannya kembali memandang pemandangan. Aku merenungnya dengan senyuman. Sebenarnya aku teringin nak tanya dia tentang Johan. Tapi memandangkan dia tak berapa okay, aku terpaksa batalkan niat aku.

"Zara...kau nak tahu sesuatu tak?"aku menyoalnya supaya situasi ini tidak menjadi sunyi. "Apa dia?"dia memandangku sekali lagi.

"Taman ni, appa hadiahkan dekat aku masa aku 6 tahun. Aku pun tak faham kenapa appa bagi aku taman ni."kataku kemudian aku tergelak kecil. Dia memandangku terkejut. "Seriously?"soalnya. Aku mengangguk.

Suamiku Encik KPOPWhere stories live. Discover now