~15~

58 3 0
                                    

Aku duduk berdiri disebelah Daniel sambil memegang mikrofon. Dia memandangku dan aku hanya menyikunya kerana dia pandang aku dengan sengihan pelik. Sengihannya bertambah apabila dia ditegur oleh MC. Aku geram betul dengan dia ni. Sejak mula tadi lagi sibuk nak mengusikaku. Mentang-mentang lah tengah berlakon, suka hati dia ungkit macam-macam benda pelik tentang aku. Ada yang dia menipu, ada yang dia betul.

"Zara-ssi. Daniel ga eottae? Neomu nappa?(Zara. Daniel macam mana? Dia jahat tak?)"soal MC itu. Aku terus memandangnya dan tersengih. Tiba lah masa untuk aku mengutuknya.

"Neomu nappa! Na ui meoli geugeos eun hangsang peulil seoyo...(Jahat sangat! Dia selalu kusutkan rambut saya.)"tipu aku sambil membuat muka. Saja lah nak balaa dendam. "Yae ga..hansang gyoban na neun il eul hwag-in hasibsio...(Dia ni..selalu kacau saya buat kerja...)"kataku. By the way, yang ni kenyataan...

"Geu neun ttohan hangsang na peulleiteu secheog mal haessda...(Dia juga suruh saya cuci pinggan dia...)"aku berkata lagi. Dia terus menjengilkan mata padaku.

"Yah! Na anhaesseo! Anhae!(Aku tak buat lah! Aku tak buat!)"aku tergelak dengan reaksinya. Aku hanya tergelak melihat reaksinya. Seronok betul kenakan dia ni.

"Dangsin eun maeu hohwan...(Kamu berdua sangat serasi...)"kata MC itu. Aku memandangnya dan kemudian memandang Daniel. Kami tersenyum sendiri. Aku mengalihkan pandangan ketempat lain. Entah lah aku rasa macam bahagia.

                                    ~

Aku mengusap belakang leherku. Terima kasih lah sokong Defcon hyung. Aku terus berterima kasih padanya. Selepas majlis berjumpa peminat itu tamat, kami terus menuju ke rumah.

"Pandai kita berlakon kan?"soal Zara padaku. Aku memandangnya tapi dia sudah pun naik kebiliknya. Aku menunduk. Kau seorang je yang berlakon...aku tak. Kalau lah aku boleh bagitahu kau. Aku dah lama bagitahu.

"Kenapa lah aku susah sangat nak bagitahu?"aku menyoal diriku sendiri kemudian mengeluh. "Bagitahu apa?"soal Zara dari belakang. Aku tersentak. Terus aku menggeleng. Dia ni, nasib baik aku sayang. Kalau tak....dah lama aku cepuk kau.

Eh, kejap. Aku cakap 'sayang' ke tadi? Betul lah tu. Bukannya salah.

"Asal pandang saya macam tu?"soal Zara. Sekali lagi aku tersentak. Aku pandang dia eh?

"Sebab kau buruk..."tipuku. Apa hal aku tipu? Dia cantik kut!

"Ceh! Kalau saya buruk, awak tu lagi buruk!"katanya kemudian menjelirkan lidahnya. Eh eh, dia main jelir lidah pula. Aku hanya melihat susuknya pergi kedapur. Sesekali aku tersenyum melihat telatahnya yang sedang menyanyi didapur. Budak ni sentiasa comel. Tak pernah buruk.

"Daniel. Barang dapur dah nak habis. Esok saya nak pergi beli barang. Boleh kan?"kata Zara didapur yang sedang menyelongkar seluruh dapur. Aku hanya memandangnya dari celah kabinet dapur. Aku berfikir sebentar.

"Boleh tapi aku hantar."aku membenarkannya. Aku terus naik keatas untuk mandi. Aku masuk kedalam bilik air. Pencuci muka disebelah sinki aku picit diatas tanganku. Kenapa lah Jung Ji noona suka sangat pakai barang yang susah tanggal macam ni?

Sedang aku mencuci muka, aku terdengar Zara menjerit.  Serta merta aku keluar dari bilik dan turun. Apabila kami bertembung, dia sekali lagi menjerit.

"Kenapa dengan muka awak tu?!"katanya sambil memukul lengan aku. "Aku tengah cuci muka lah tadi! Dah kau menjerit aku turun lah!"kataku sambil menjegilkan mataku. "Kenapa kau jerit?"aku menyoalnya.

"Saya dapat markah tinggi untuk assignment yang lepas!"katanya sambil melompat. Aku berdecit.

"Aku ingat apa lah tadi..."aku.terus berjalan naik kebilik. Selepas aku mencuci muka, aku membersihkan diri. Sesudah itu, aku terus memakai baju dan mengeringkan rambut. Aku masuk kedalam studio dengan tuala dibahu.

Suamiku Encik KPOPWhere stories live. Discover now