~17~

56 2 0
                                    

Sebaik sahaja aku memasuki taman tema itu, aku terus menjerit keseronokan. Tapi segera aku tersedar. Aku terus memandang Daniel yang berada dibelakang.

"Kenapa tak ada orang pun? Dah tutup ke?"aku menyoalnya. Dia menggeleng dengan senyuman. Mulutku terjuih kerana tak faham. Habis? Kenapa tak ada orang lagsung kat sini?

"Takkan awak sewa tempat ni kut?"kataku dengan nada bergurau. Dia jalan dan berhenti dihadapanku. Dia mengangkat bahu dan keningnya sambil tersenyum. Kemudian dia terus berlalu pergi. Terus membulat mataku. Serius lah...takkan dia sewa?

"Awak! Serius lah! Takkan awak sewa tempat ni?!!"aku menjerit memanggilnya yang sudah jauh didepan. Aku mengejarnya. Daniel dan aku bersama-sama menaiki permainan pertama yang kami jumpai. Aku tak pasti apa nama permainan ni, tapi ianya pasti seronok.

(author tak tahu apa nama benda alah ni. Tapi rasanya ada perkataan 'drop')

Tapi masa aku dan Daniel ingin masuk ketempat itu, baru aku perasan. Di sana ada beberapa rakan-rakan dan  saudara yang aku kenali berada disini. Orang pertama yang aku kenali ialah Su.

Terus aku memeluk Su. Su pula terkejut dengan kehadiran aku. Dia memandang Daniel sebaik sahaja kami selesai berpelukan.

"Kau kata nak bagitahu kalau dah datang?"dia memarahi Daniel. Aku tergelak kecil. Aku juga melambai tangan kepada GOT7 dan Twice. Daniel hanya mengangkat bahunya sambil berjalan menuju kearah GOT7.

"Kau buat apa kat sini?"aku menyoal Su. Dia hanya tersenyum. "Aku datang ni, saja nak lawat kau orang. Tadi Daniel ambil aku lepas tu dia ajak aku pergi sini."kata Su sambil mengajak aku masuk ke tempat permainan tadi.

Aku pula mengangguk faham. Aku dan dia masuk ke sana bersama-sama. "Kau tak takut ke naik benda alah ni?"aku memamdang Su sambil memakai tali pinggang keselamatan. Dia memandangku.

"Apa dia?"

"Kau tak takut ke naik ni?"dia nampak gelabah. Aku boleh nampak yang dia memang takut nak naik ni. Kenapa lah dia paksa diri untuk naik ni?

"Tak lah. Okay je."dia tersenyum memandangku. Aku yakin dia tengah berdebar nak mati. Sebelum permainan ni bergerak, aku memandang Su sekali lagi. Dia menutup matanya serapat yang mungkin. Aku tergelak kecil melihatnya sebegitu.

Selepas permainan itu kami terus keluar. Su yang sudah lolai semasa turun dari permainan itu aku papah. Aku dah agak dah akan jadi macam ni. Dia macam nak muntah jadi aku bawa dia ke tong sampah yang berdekatan.

Uwerkkk!

Dia mengeluarkan segala isi perutnya. Aku hanya tergelak melihatnya. "Kau ni. Tak baik tau gelak kan aku."katanya sambil memandangku sekilas. "Tak ada lah. Kau cakap kau okay je. Tapi turun-turun je, kau macam nak mati dah."kataku dengan sisa tawaku.

Su mengelap mulutnya yang sedikit basah. Aku memapahnya sehingga menjumpai mereka yang lain. Daniel yang ternampak kami terus menerpa. "Dah kenapa dengan kau ni?"soalnya pada Su. "Dia naik gyro drop tadi. Tu yang longlai je..."kataku sambil tersengih. (Baru teringat namanya masa ni..^^)

Dia pun turut tersenyum melihat keadaan Su yang sebegini. Kami menyuruh Su untuk duduk di sebuah bangku bersama dengan GOT7. Mulanya dia tak nak sebab malu tapi aku paksa juga. Ya lah tak larat aku nak heret dia sambil cari bangku lain.

"Zara....aku nak cakap dengan kau sekejap."

Aku terus menoleh dan terangkat keningku. "Cakap lah."kataku.

"I want it to be more privacy. Can we talk somewhere else?"katanya. Dengan serta merta, aku terus mengikutnya ke tempat yang lebih senyap dan sunyi. Dia memandangku secara mengejut dan menyebabkan aku terlanggar badannya sedikit.

Suamiku Encik KPOPWhere stories live. Discover now