~13~

59 3 0
                                    

Zara, Daniel dan keluarganya bersama-sam pergi kedusun selepas sarapan. Dusun yang mereka tuju itu hanya berada dibelakang rumah Puan Salina sahaja. Semasa pergi kedusun, mereka berpasangan supaya dapat berteman. Puan Salina bersama dengan Puan Balqis. Suriya bersama dengan Fakrul, teman tapi mesranya. Zafrin bersama isteri dan anaknya. Manakala Zara jalan bersama dengan Daniel.

Seperti biasa, pasti ada saja yang akan berlaku sekiranya Zara dan Daniel dipasangkan. Mereka sudah semestinya selalu bergaduh. Selain itu, mereka juga menyanyi bersama-sama ketika menuju kedusun. Setelah sampai, mereka terus senyap.

Semasa duduk dipondok, Zara dan Daniel sibuk berebut tempat duduk. Bukan tak ada tempat untuk duduk tapi sebab mereka saja nak cari gaduh.

"Kau orang ni kenapa? Macam tak ada tempat lain nak duduk. Buat bising kecoh je."kata Suriya yang memandang mereka dari tadi. Zara dan Daniel hanya senyap. Sebenarnya tadi Daniel memang dah duduk tempat lain. Tapi dia saja nak duduk sebelah Zara. Oleh itu, daripada bergaduh topik 'Jangan duduk sebelah saya!' jadi bergaduh tentang 'Jangan duduk sini!'.

"Kau jangan sibuk boleh? Ni hal rumah tangga.."kata Daniel pada Suriya. Zara terus memukulnya. "Banyak lah hal rumah tangga!"bidas Zara. Suriya yang melihat hanya tersenyum dan menggeleng-geleng melihat karenah mereka. 

Nasib baik pergaduhan mereka berakhir apabila Puan Salina menegur mereka. "Ingatkan dah baik...rupanya sama je. Tak berbaik pun."kata Puan Salina. Mereka hanya berpandangan sesama sendiri. "Dah berbaik lah ni. Kalau tak, tak adanya nak gaduh-gaduh macam ni..."kata Zara sambil menjeling kearah Daniel. Daniel juga tak nak kalah. Dia juga menjeling Zara semula.

"Dah lah tu. Tak payah jeling-jeling. Aku cukil biji mata kau orang ni karang.."kata Zafrin yang terlihat mereka berbalas jelingan. Zara hanya mencebik apabila abangnya memarahinya.

"Dah...Zara, boleh pergi petik rambutan sikit?"Puan Salina memyuruh Zara. Zara mengangguk. Dia turun dari pondok dan berlalu pergi.

"Zara! Takkan pergi seorang je. Ajak Daniel sekali..."kata Puan Salina sebaik saja Zara turun dari pondok. Sebaik sahaja nama Daniel disebut, Daniel terus membuat muka tak tahu apa-apa. Selepas ditolak oleh Suriya supaya mengikut Zara, dia bangun dengan terpaksa.

Zara hanya menggulingkan mata apabila Daniel sudah berada disebelahnya. Dia mengeluh sepanjang masa mereka menuju kearah pokok rambutan. Daniel hanya memandang Zara disebelahnya.

"Aku rasa ni dah kali ke-28 kau mengeluh."kata Daniel apabila Zara sekali lagi mengeluh. Zara terus menjeling Daniel. 'Suka hati aku lah nak mengeluh berapa banyak kali pun...'kata hati Zara. Apabila Zara ternampak poko rambutan yang dicarinya, dia terus mencapai galah. Dia pun mematahkan beberapa batang tangkai rambutan. Setelah buah itu jatuh, Daniel ingin mengutip semuanya. Tetapi Zara terus mengarahnya.

"Kejap! Jangan kutip lagi!"arah Zara. Daniel terkejut dengan arahan Zara. "Kenapa dengan kau ni?"kata Daniel sambil memandang Zara pelik.

"Ada semut banyak. Jadi, kena ketuk dulu dekat tanah. Baru tak ada semut. Kalau ada semut nanti awak kena gigit. Kalau awak mengadu gatal ke apa ke, saya tak nak layan..."kata Zara selamba sambil mengetuk-ngetuk buah rambutan itu diatas tanah. Daniel berdecit dan terus membantu Zara untuk mengetuk rambutan itu supaya dapat menghilangkan semut.

Setelah yakin yang tiada lagi semut, mereka terus membawa semua buah rambutan itu dengan sebuah bakul raga pulang ke pondok. Zara memegang sebelah kanan bakul manakala Daniel memegang sebelah kiri bakul.

"Kau memang selalu ke pergi dusun?"soal Daniel apabila suasan menjadi sepi. "Dulu selalu lah. Sekarang tak lah sebab duduk Korea kan..."kata Zara sambil mengangkat bahunya. Daniel menganggukkan kepalanya.

Suamiku Encik KPOPWhere stories live. Discover now