" sayang " aku melihat ammar yang berlari menujuku .
" mama okay tak ? "
" belum tahu lagi bang , doktor pun belum keluar lagi . mudah mudahan je mama tak pape "
tidak lama kemudian , keluar seorang perempuan merupakan doktor yang merawat mama .
" doktor , kami keluarga pesakit . ada apa apa yang serius ke ? "
" um lebih baik kita berbincang di bilik saya di sana . "
" baiklah doktor " Ammar mempelawaku untuk ikut bersamanya , tetapi aku lebih memilih untuk tinggal disini dan menjaga mama .
Sebaik sahaja Ammar tidak kelihatan lagi , aku memasuki bilik dimana mama ditempatkan . Melihat wajah pucat mama membuatkanku sayu . Kasihan dengan keadaan mama , walaupun sudah tua tetapi tetap berkeras hendak menjaga anak anaknya yang kian membesar . Aku tahu , dia mempunyai sifat ibu yang sangat penyayang yang tidak mahu anak-anaknya terusik walau sedikit , yang tidak pernah mengenal penat lelah untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya . Sehinggakan dia terlupa bahawa semakin hari dia semakin lemah . Itulah Mama . Walau keras diluar tetapi lembut didalam .
---------
" Seperti yang encik tahu , Mama encik mengalami penyakit jantung . Penyakitnya itu belum pulih sepenuhnya . Ianya mungkin kerana terlalu letih , stres atau pengambilan ubat yang jarang-jarang . Saya harap lepas ini encik pastikan mama encik jauhkan segala perbuatan yang boleh membuatkan penyakitnya lebih teruk . Kerana mama encik jatuh , ianya membuatkan mama encik mengalami luka dalaman pada kakinya yang membuatkan ia akan susah bergerak . Jadi saya sarankan mama encik mengunakan kerusi roda sehingga pihak hospital membenarkannya untuk berjalan . "
" jadi bila agaknya mama saya boleh keluar ye doktor ? "
" untuk seketika ini , kami belum membenarkan pesakit untuk pulang kerana dia belum lagi sedarkan dirinya . "
" baiklah doktor "
aku keluar dari bilik doktor itu . agak sedikit tenang apabila doktor mengatakan penyakit mama tidaklah seserius mana . walau apapun , mama tetap kami jaga .
aku melangkahkan kakiku menuju ke bilik mama . sebaik sahaja aku membuka pintu , aku terkejut dengan tindakan Lisa terhadap mama. dia mengurutkan kaki yang lemah itu . hmmm andailah mama sedar sekarang ini , mesti mama bangga dengan menantu nya yang pandai mengurut .
------------
" selamat balik ke rumah ma . " Yana menyorong kerusi roda mama masuk ke dalam rumah .
Ameera dan aku menyambut kehadiran mama . Tangan mamaku salam . sedikit terkejut apabila kali ini dia tidak menolak salam ku seperti biasanya . Bahkan Ameera yang ku dukung , di ambil dan di cium oleh mama .
" cucu nenek ! " mama mengusap rambut Ameera .
" apa kata kita terus makan , saya dah sediakan makanan di bilik makan . " semua membalas dengan senyuman sambil menuju ke arah bilik makan.
Aku menyediakan nasi untuk semua .
" Lisa tak makan ? " mama bertanya . alangkah terkejutnya bila mama bertanya .
" Hmmm , lisa tunggu abang . Semua makan lah dulu ya " aku mempelawa mereka makan . aku meninggalkan bilik makan itu .
Setelah beberapa lama aku duduk di ruang tamu , mama menghampiri ku .
" eh dah habis makan ke ma ? " aku berdiri bersedia ingin mengemaskan bilik makan .
"dah . tak payah susah susah bersihkan , ada yana dengan abang dia bersihkan . lisa duduk je teman mama cerita disini " mama menarik tanganku untuk kembali duduk di sofa .
YOU ARE READING
Awak Milik Saya
Random✅ Completed ! ✅ 27/10/17 - #17 in Random ❤ Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur , Ammar bejumpa dengan seorang perempuan bernama Lisa . Ammar berniat untuk menolong menghantarkan Lisa ke KL . Tapi , dalam perjalanan mereka sesuatu berlaku sehingga...