TITLE : PEREMPUAN LIAR
BY : REVILINE JAMES WANG
PART : 1
PAGE LINK :
FACEBOOOK :
WATTPADD :
LINK GROUP OUR LOVE STORY
https://www.facebook.com/groups/1877678862478627/?hc_ref=ARTpEbisyBHw2s_scMS4pNscLEqsJ1xoO7vj7Kpa_AAjKK5sNErMf2Dgq9tfvYG6MSgREDIT BASE ON TRUE STORY
Cerita ini dulu saya post tanpa edit kebanyakan orang baca tidak faham jalan cerita dia , nama² watak bukan nama sebenar , tempat saya tidak tukar hanya nama saja ditukar demi menjaga hati mana² pihak yang berkait dan tidak tersinggung dengan jalan cerita ini .
Hai , aku mau cerita kisah hidup aku masa umur remaja , sebelum tu saya mahu ucap banyak² terima kasih sama si reviline sebab tolong post cerita aku , aku mau cerita bukan jadi Bahan ketawa atau pun apa² atau menjadi hotstuff mahu memalukan diri tapi hanya untuk menyedarkan orang yang mempunyai anak , ambil cerita ni sebagai pengajaran fikir baik dan buruk setiap isi dalam cerita aku cuba sampaikan , jangan mengabaikan anak dan jangan percaya cakap anak bulat² .
Aku tidak pandai mengarang tapi saya cuba perbetulkan . Tingkatan 1 aku mula masuk sekolah , aku budak baik dan pemalu , belum pandai melawan cakap orang tua , belum pandai menipu orang tua , masih lagi budak baik , aku bagi nama gelaran aku lala (bukan nama sebenar) .
Hari pertama aku disekolah form 1 aku rasa macam mahu pulang , sebab² tidak selesa dengan sekolah baru , dari tahun 1 sampai tahun 6 aku tidak pernah tidak ada kawan macam sekarang , maksud aku sekarang ni tingkatan 1 tiada kawan , hari pertama dan kedua sama saja tiada belajar , hari ke3 pula , baru kenal² sama orang dikelas tu pun aku senyum sinis sebab tidak biasa lagi kan , orang cakap aku sombong, mula² aku tidak mau bergaul dengan mana² students sampailah satu hari tu aku ditahan oleh budak² perempuan 4 orang , dorang cakap kunun kalau aku tidak ikut dorang skep sekolah aku kena pukul .
***jangan biar anak² kamu dibuli , biasa lah zaman dulu tutup sebelah mata saja***
Jangan kamu biar anak kamu kena pengaru begitu dorang p tarik rambut aku dan ambil bag sekolah aku , aku cakap " jangan bah!!! kenapa kau ni "!!!! Arr perempuan!!! kami cakap bagus² kau p tengking² !! dorang tolak² badan aku sampai aku terduduk di lantai belakang sekolah kami .
Dorang ludah lagi muka aku "puikk, tuihh,"! Dorang Main² kaki dorang dimuka aku ,lepas tu kena suruh jilat tapak kasut dorang 4 orang .
😢 Menangis pun tidak guna masa tu , tiada belas kesian juga didepan dorang , budak yang tahan aku tu tingkatan 3 , dorang ni selalu kalau tidak buli aku mati kali .Sampailah aku mengalah saja jadi kawan mereka , sampai hati kan tu 4 ekor kasih jadi kuli aku ! kamu tidak sakit hatikah kalau ingat balik jadi budak nerd lepas tu kena buat macam anjing ( 😭 )
Selepas saja aku kenal dengan dorang aku mula ikut² dorang , masa aku belajar pun kena panggil dorangkan pengawas jadi senang² lah dorang keluar , alasan pantau² , macam babi saja haha!! dorang p kelas aku masa rehat , dorang cakap macam ni " Huiii perempuan ! keluar kau sana"! nama ni perempuan saya panggil si Dalia (bukan nama sebenar) , si Dalia ni ketua dorang .
Dalia selalu arah² kami buat ni buat tu , QUEEN CONTROLLED , terus aku pura² kunun tidak nampak kawan² samsing taih kucing aku , punya budu!! dorang p humban kepala aq guna batu .
"Apa bah ni "!
"sini kau keluar bodoh!!! ".
Yang satu lagi p kasih jari tengah sama aku middle finger "FCUK U BITC*" dia cakap . Aku sakit hati juga tapi aku boleh buat apa masa tu??? aku hanya mampu tahan marah , yang kedua kawan tu tidak lah jahat mana pun.
Dorang pun jahat sama rata jahat tapi tidak seteruk si Dalia satu saja aku suka dalam kunpulan sana selalu backup aku , nama dia si kelly (k bukan nama sebenar) tapi dia tua dari yang lain , tapi aku fikir mula² dia lah paling jahat , lagi pun dia dulu yang bawa lepak² sama yang lain , tapi yang lain ni jadi jahat tidak tau kenapa .