Syahir sedang menghirup kopinya yang enak. Tiba-tiba ramai jururawat yang berlari sambil membawa pesakit.
"Sila beri laluan! Kami ada kecemasan!"Jerit salah seorang jururawat lelaki sambil membawa pesakit ke arah bilik kecemasan dengan pantas.
Syahir memandang sekilas ke arah manusia yang cedera tersebut.
Isn't that-
Syahir tersembur kopinya. Dia membuang kopinya di dalam tong sampah sebelum berlari ke arah bilik kecemasan dengan pantas.
"Thank God. Doktor dah sampai"Kata seorang jururawat yang nampak ketibaan Syahir di dalam bilik kecemasan.
Jururawat lelaki tersebut meletakkan telefon semula.
"What happened?"Tanya Syahir.
"Dia terjatuh dekat tangga hospital tadi. Banyak darah keluar dari bahagian kepala"Kata salah seorang daripada mereka.
"Cepat bagi benang dengan kapas!"Mereka semua terus memulakan kerja mereka.
Setelah beberapa jam, semua sudah sampai di hospital.
"Maafkan saya, kami cari pesakit yang bernama Keira Ariffa"Kata Harith di kaunter.
Pekerja tersebut mencari nama Keira di sistem.
"Dia ada di bilik kecemasan sekarang ini, encik² dengan cik² semua boleh tunggu di tempat yang telah disediakan dahulu"Brothers, KALE dan HRHS hanya akur sebelum mereka duduk di kerusi yang telah disediakan.
Akhirnya Syahir keluar daripada bilik kecemasan. Semua berdiri daripada tempat duduk mereka.
"How's-"
Secara mengejut, Syahir menumbuk muka Haris.
"Syah!"Kairul menarik Syahir tetapi dia masih lagi menggenggam kolar baju Haris.
"Kau nak tau sebab apa dia ada dalam tu? Sebab budak ni la!"Jerit Syahir.
"That's enough"Harith menarik Syahir daripada belakang.
"But Rith, dia ya-"
"Ada budak kecil dekat sini. Lagipon ni hospital, jangan bergaduh dekat sini"Syahir memandang ke arah Faris yang menyorok di belakang Raven. Dia juga sudah takut untuk memandang ke arah Syahir tatkala dia mengamuk.
Syahir mengeluh kasar. Harith memegang bahu Haris.
"Ni bukan salah kau. Ni cuma kemalangan je"Haris hanya menganggukkan kepalanya secara perlahan.
"So, cemana dengan Kei?"Tanya Lev.
"Dia koma, maybe sebab banyak darah keluar dari kepala"Terang Syahir.
"Bila dia akan sedar?"Tanya Adeena.
"Itu aku tak pasti, kita hanya perlu tunggu sahaja"Kata Syahir.
"Okay macam ni. Syah, kau jaga Kei malam ni. Pastu Kai and aku. Korang bertiga fikir la hari apa yang korang nak jaga"KALE menganggukkan kepala mereka.
"B-Boleh Faris nak tengok kak Kei?"Semua memandang ke arah Faris yang masih lagi berada di belakang Raven.
"....Sure"Kata Syahir dengan suara yang perlahan.
Mereka masuk ke dalam bilik di mana Keira berada.
"D*mn...."Omel Adeena, perlahan.
"Muka dia nampak pucat"Kata Syafiq.
"Yes, but nadi dia semuanya normal"Terang Syahir.
"Faris tak dapat nak tengok kak Kei waktu sekolah, tapi boleh ke Faris nak tengok masa cuti?"Faris memandang ke arah Syahir.
"Boleh tapi kalau Haris ikut masuk, aku terpaksa halau abang kau"Kata Syahir dengan suara yang dingin.
"Syah, just give him a mercy"Kata Kairul.
"Aku boleh bagi kau masuk hospital, but not my sister's room"Syahir menjeling ke arah Haris.
"....Okay"Kata Haris.
"Kau biar betul Ris?"Hakim bertanya kepada sahabatnya.
"I have to"Kata Haris.
"Erm, abang Hafiz boleh keluar bila?"Tanya Faris.
"Esok, kalau korang nak jumpa dia boleh pergi ke bilik yang dekat hujung sana"Haris dan Faris hanya akur sebelum mereka beredar keluar.
"Syah, serious la kau taknak bagi Haris masuk?"Kairul memandang ke arah Syahir.
"Aku taknak dia cederekan Kei lagi"Kata Syahir.
"But Sy-"
"Enough Kai, dekat rumah je kita berbincang. Sekarang kita balik ke rumah untuk fikir pasal benda ni. See you tomorrow"Syahir menganggukkan kepalanya.
Semua berkumpul di rumah Keira kecuali Syahir dan HRHS.
"So, cemana sekarang?"Tanya Emily setelah mereka berdiam diri.
"I don't know. But serious aku memang ship RisKei. Tapi kalau Syah dah macam ni, memang susah"Kata Kairul sebelum mengeluh.
"Kalau Kei dah sedar, boleh gak dia pujuk Syah"Kata Harith.
"Now what?"Tanya Lev.
"We just....wait I guess"Kata Adeena.
"Okay kita jangan sedih², nanti Kei sedar la tu. So, korang ada apa² kerja esok?"KALE menggelengkan kepala mereka.
"Kitorang dah sepakat nak cuti esok. Asal?"Tanya Emily.
"Aku nak mintak tolong korang jaga Shadow. Esok kitorang berdua ada hal so tak dapat nak jaga dia"Terang Haris.
"Boleh kan korang jaga dia?"Tanya Kairul.
"Of course la, kitorang member Kei kot. Setakat kucing je apa la yang susah sangat"Kata Adeena sambil tersengih.
"Bukan setakat tu je"Kairul menghulurkan kertas kepada Lev.
Mereka bertiga membaca isi kandungannya sebelum mata mereka terbeliak.
"Bapak banyak si*l!"Jerit Lev.
"Basuh pinggan? Kau fikir kitorang ni kuli korang ke?"Adeena menjeling ke arah Kairul dan Harith.
"Kalau korang taknak kena marah dengan Syah, baik korang buat"KALE mengeluh sebelum mereka hanya bersetuju sahaja.
"Okay so, korang dah boleh balik"Kata Kairul.
"Eh, halau kitorang ke?"Adeena mengangkat kening sebelahnya.
"Of course la halau, daripada aku libas korang dengan penyapu lidi"Kairul tersengih.
KALE menggulingkan bebola mata mereka sebelum beredar balik ke rumah mereka.
Please vote, comment and follow. See ya'
YOU ARE READING
4 Bestfriend (season 2)
RandomJika anda mahu membaca, sila baca 4 Bestfriend yang pertama dahulu agar anda boleh faham tentang cerita ini. Jika anda baca juga dan tidak faham dengan cerita ini, jangan salahkan saya ya? Keira Ariffa yang telah meninggalkan sekolah dan meninggalka...