Chapter Fifty-Five

376 35 6
                                    

Rabu

Keira membuka matanya sebelum dia bangun daripada perbaringannya lalu menguap. Keira memandang ke arah sebelahnya di mana kucingnya sedang enak dibuai mimpi serta Erry yang tidur dengan rambut serabutnya seperti pontianak.

"Erry, wake up"Keira menepuk bahu Erry.

"Twenty minutes..."Keira mengeluh.

"Twenty minutes je, okay? Aku tau keluar je dari bilik air kau dah bangun"Kata Keira.

"Yeah², dah shuh"Keira hanya menggelengkan kepalanya sahaja sebelum dia berdiri lalu mengambil tuala dan masuk ke dalam mandi.

Skip

Setelah selesai, mereka berdua turun ke dapur.

"Yuhuu~ baru bangun ke?"Tegur Shoyo yang berada di meja makan.

"Eh tak la, dah lama"Erry berloyar buruk sambil menjeling ke arah Shoyo.

"Asal korang bertiga tak gi kerja?"Keira memandang ke arah abang-abangnya.

"KALESS nak datang. Kitorang nak tunjuk sesuatu"Keira menganggukkan kepalanya sebelum dia duduk di tempat yang disediakan lalu dia mengambil roti bakar yang bersalut dengan Nutella.

Ting Tong!

"Awalnya dorang sampai"Syahir berjalan ke arah skrin kecil yang berada di dinding sebelum dia menekan butang untuk membuka pagar luar lalu dia membuka pintu rumah.

"Yo wassup"Tegur Emily.

"Yo, asal korang datang awal sangat ni?"Tanya Syahir.

"Kitorang taknak kena ceramah dengan sibling kitorang sebab tak gi kerja"Lev tersengih setelah mereka masuk ke dalam rumah.

"Err hello"Erry melambaikan tangannya ke arah KALESS dengan perasaan malunya.

KALESS memandang ke arah Erry.

"Sape dorang bertiga ni?"Tanya Adeena.

"Ni Erry, dia muda setahun dari kita. Yang tengah minum teh tu Hotaru, sama umur macam kita. Dorang berdua sepupu belah ayah kitorang"Terang Keira.

"Yang tengah makan lak?"Saemin menjuihkan bibirnya ke arah Shoyo.

"Tu Shoyo, kawan Kei and Hotaru sejak kolej"Kata Kairul.

"Tak tahu lak kau ada kawan dekat Jepun"Kata Adeena.

"Aku mana la nak ingat. Dah aku hilang ingatan"Kata Keira, bosan.

"Hi, nama aku Sofe. Dorang berempat ni Saemin, Emily, Lev and Adeena"Sofe memperkenalkan ahli KALESS yang lain.

"Hello!"Kata KALESS secara serentak.

"Hello, so korang la kawan Kei yang memang jenis anti-sosial ni?"Keira menumbuk kepala Hotaru.

"Aku yang jenis anti-sosial pon ada kawan daripada kau"Kata Keira sambil menjeling ke arah Hotaru.

"Aku ada Shoyo"Hotaru membalas jelingan Keira.

"Kau baru kenal dia masa kolej, aku kenal yang lain masa tadika dari apa yang Kai cerita"Kairul tertawa kecil sambil menggelangkan kepalanya.

"Well, kitorang kenal sejak tadika lagi. Aku orang pertama yang kenal dia"Kata Adeena dengan bangganya.

"Hek ele, bangga la tu"Adeena tersengih.

"So, mana gambarnya?"Tanya Emily.

"Gambar apa?"Keira mengerutkan dahinya.

"Masa kita dekat Jepun la"Kata Harith sebelum mengambil beberapa kepingan gambar yang berada di atas meja yang berdekatan dengan telefon rumah.

4 Bestfriend (season 2)Where stories live. Discover now