Jumaat
Keira berjalan masuk ke dalam bangunan Buddyz.
"Semua dah siap ke?"Tanya Kairul.
"Oh, sudah. Cuma perlu tunggu Encik KR sahaja"Kata seorang pekerja yang menjaga lampu untuk sesi penggambaran.
"KR gi mana?"Tanya Keira.
"Dia beli makanan untuk breakfast dulu"Keira menganggukkan kepalanya.
"Ha, kau pon gi la makan. Kau pon belum lagi breakfast"Kata Kairul kepada Keira.
"Kau taknak ke?"Tanya Keira.
"Kau tapao la. Aku nak kena handle benda ni"Keira hanya akur sebelum dia mengambil topinya.
Khairil POV
Aku melepaskan keluhan kecil.
"Cemana aku nak berbual dengan Kei kalau aku pon dah mula takut nak jumpa dia..."Omelku sendirian.
Aku bangun daripada tempat dudukku untuk menambah sos.
"Thank you"Kedengaran suara yang cukup aku kenal berdekatan dengan kaunter pembayaran.
Aik? Macam kenal je suara ni.
Aku memandang ke arah belakangku.
Author POV
"Hm?"Keira memandang ke arah sebelah kirinya.
"Ada apa² masalah ke, Encik?"Tanya pekerja tersebut.
"No, nothing"Kata Keira sebelum beredar keluar.
Manakala Khairil masih lagi berada di belakang bangku.
"Huu, nasib baik dia tak nampak aku. Kang mampos satgi"Khairil menghembuskan nafas yang lega.
Khairil keluar daripada kedai makan tersebut setelah dia selesai bersarapan pagi.
"Rasanya dia dah balik ke company kot"Omel Khairil.
"Sape yang balik ke company?"Khairil menjerit kecil sebelum dia memandang ke arah belakangnya.
Keira sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding.
"Patut la aku rasa macam kau ada dekat dalam"Kata Keira dengan nada yang bosan.
"E-Eyy Kei, bila kau ada dekat sana?"Tanya Khairil dengan nada yang menggeletar.
"Lama la jugak. We need to talk"Kata Keira sebelum dia menarik Khairil ke arah kafe yang tidak jauh daripada mereka.
Mereka memesan dua mocha sebelum mereka duduk di tempat yang agak tersembunyi.
YOU ARE READING
4 Bestfriend (season 2)
RandomJika anda mahu membaca, sila baca 4 Bestfriend yang pertama dahulu agar anda boleh faham tentang cerita ini. Jika anda baca juga dan tidak faham dengan cerita ini, jangan salahkan saya ya? Keira Ariffa yang telah meninggalkan sekolah dan meninggalka...