Sedih

54.9K 377 0
                                    

Air mata yang menitik di pipi Zarra dibiarkan. Dia begitu sedih dengan kejadian siang tadi sewaktu dia berada di sekolah. Akibat sebelum ini dia bersekolah di Private International Highschool dia berasa sungguh janggal apabila berjumpa dengan ramai orang. Ejekkan dari budak-budak sekolahnya masih bermain-main di mindanya.

~~Hahaha!.. Budak bandar bohh.. Well budak bandar tau mende..tau main Iphone je~~

~~Wehh..tu sape?.. Bdk baru erk.. Huh.. Patut lah gedik nak mampus~~

Tangisannya menjadi semakin kuat. Tetapi dalam masa yang sama dia memikirkan seorang pelajar lelaki yang asyik menenungnya. Berkulit sawo matang. Rambut ala-ala  Justin Bieber. Kemas dan sopan tetapi bermuka garang. Dia memikir kenapa budak lelaki itu menenungnya dan tidak mengejeknya langsung walaupun rakan-rakan lelaki itu mengetawakannya.

Zarra baring lalu menarik selimut menutupi mukanya. Tangisannya masih mengalir. Mesejnya dipulaukan. Hanya kesedihan yang dirasainya sekarang.

"Zarina sayang..Mummy sorry. I'm sorry cause i send you there. I'm truly am sorry. But.. I have to.. Mummy terpaksa sebab... Ada... Ada bende yang mummy sorokkan dari Rara.. Buka pintu ni sayang.. Supaya mummy boleh tengok muka anak manja mummy" ujar Datin Sabrina dari luar pintu kayu yang diukir rapi. Suaranya kedengaran lembut.

"Mum-mummy nak apa.. Janganlah kacau Rara.. I want to be alone.. Please.. Just-just please...". Tangisan Zarra yang baru saja hendak berhenti kini semakin kuat. Dia sebenarnya sudah penat menangis tetapi kesedihan yang dialaminya tidak pernah dia hadapi sebelum ini.

"Sayang Rara.. Please...". Rayu Datin Sabrina. Datin Sabrina saja mahu menggunakan nama panggilan Rara kerana itu adalah nama manjanya dan selalu membuatkan Zarra berasa istimewa

Sekeras-keras hati Zarra akhirnya dia membuka juga pintu biliknya. Cepat-cepat dia naik ke atas katil untuk menunjukkan signal bahawa dia mogok. Zarra menarik selimutnya ke atas untuk menutup mukanya dan kepalanya.Datin Sabrina yang dari tadi diluar duduk di tepi katil bercada putih. Tangan Datin Sabrina perlahan-lahan membelai kepala anaknya.

"Sayang.. Mummy ter..."

Tidak sempat ibunya menghabiskan ayat. Dia sudah menyampuk. "Mummy apa?.. Mummy terpaksa?.. Heh.. Seriously??.. Terpaksa.. Tolong ah mummy. Kata banyak duit nape tetiba je nak hantar Rara pergi kolej jijik tu?.. Dah laa Rara terpaksa layan budak-budak kampung yang pengotor tu!. Dah ah.. Mummy pergi je lah buat sakit hati je Rara pandang mummy".

"Rara!. Kenapa kurang ajar sangat ni?!. I did not teach you to be like this.. Is this you??.. Rara sedar tak sebenarnya Rara tu pun budak kampung dulu tapi terima kasih dekat papa dia kerja bagai nak gila nak jadikan hidup kita senang.. Lagi pun Rara tahu tak..."

Sekali lagi Zarra memotong ayatnya. Dia masih tidak puas hati. Air matanya yang melimpah disapu dengan penuh rasa benci. Dia bangun untuk membantah. Datin Sabrina juga turut bangun akibat bengang dengan sikap anaknya yang kurang ajar.

"Papa?!.. Papa?!.. Tolong lah.. He's having fun with other women right now.. Having sex with girls in England.. Can you just stop talking about him!". Zarra sebenarnya memang merindui bapanya, Dato'Zack akan tetapi dia sedar bahawa Dato'Zack sudah lama melupainya.Sudah lama berkahwin dengan perempuan lain di England.

Pangg!

Satu tamparan diberi oleh Datin Sabrina kepada Zarra. Mukanya merah menahan sakit. Air matanya yang tidak berhenti mengalir menjadi semakin laju dari yang dulu. Tangan kanan Zarra memegang mukanya yang kemerahan akibat ditampar. Datin Sabrina yang dari tadi menahan marah kini sudah menangis dalam kekecewaan.

"Zarra!!.. Zarra memang kurang ajar. Kenapa zarra jadi macam ni??.. Sejak bila Zarra pandai melawan cakap mummy!.. Mummy dah layan Zarra sebaik-baiknya.. Apa lagi yang Zarra nak!.. " Ujar Datin Sabrina yang sedang menunding jari ke muka Zarra

"Za-Zarra benci mummy.. Zarra benci!!". Dengan pantas Zarra mengambil jaket, telefonnya,wallet dan kunci kereta Porsche. Dia meninggalkan Datin Sabrina yang bersedih di dalam bilik keseorangan. Segera Zarra menurun tangga rumah banglow 3 tingkatnya lalu menaikki kereta.

-Sayang.. Mummy sorry.. Mummy tahu Rara banyak lalui perkara yang tak sepatutnya.. Mummy minta maaf-
Rayu Datin Sabrina dalam hati. Sepatutnya Zarra yang meminta maaf kepada ibunya tapi apakan daya ibunya terlalu memanjakan dia dari kecil.

Milik Aku!? (COMPLETED)Where stories live. Discover now