Paksa..

45.6K 312 13
                                    

Ting tong..
Ting tong..

"Kak Siti!...tolong bukakan pintu.." Jerit Datin Sabrina mengarah orang gajinya.

"Ya buk..sebentar.. Kak Siti sedang letak lauknya..". Bergegas Kak Siti membuka pintu rumah majikannya.

"Assalamualaikum.. Ni rumah Datin Sabrina ye. Mak kepada Zarina Aliya.

"Waalaikumusalam.. Ya betul lah tu". Jawab Kak Siti pendek. Puan Dalia memeluk tubuh Kak Siti yang menyangkakan bahawa itulah Datin Sabrina.Wajah Kak Siti hairan.

"Ha .. Syukur dapat jumpa rumah Datin. Cantik betul rumah Datin.. Mesti mahal kan barang-barang dekat rumah Datin ni". Puji Puan Dalia sambil memandang sekeliling.

"Eh.. Saya bukan datinnya buk. Saya orang gajinya..hehe" jelas Kak Siti sambil menggarukan kepalanya.

"Lah.... Ye ke?.. Hahaha" muka Puan Dalia kemerahan menahan malu. Encik Ruzi dan Nik hanya mampu menahan ketawa dibelakang. Maklumlah,pakaian Kak Siti tidak sedikit pun menunjukkan bahawa dia seorang orang gaji.

"Maih masuk Datinnya udah tunggu di depan ruang tamu" pelawa Kak Siti. Puan Dalia memasukki rumah Datin Sabrina. Encik Ruzi dan anaknya mengikut gerak geri mereka. Nik memandang sekeliling rumah. Begitu kemas rumah banglow milik Datin Sabrina akan tetapi kekurangan perhiasan. Maklumlah perhiasan yang mahal-mahal sudah dijual demi membayar yuran sekolah dan bil-bil rumah.

"Assalamualaikum.." Kata Puan Dalia. Kelihatan Datin Sabrina sedang menonton filem kegemarannya Hunger Games yang dilakonkan oleh Jennifer Lawson di HBO sambil meminum air kopi.

"Waalaikumusalam.. Ha.. Sampai pun..". Tanpa melengahkan masa Datin Sabrina bangun lalu menyalam tetamu istimewa nya.

"Lama ke tunggu?.. Sorry lambat Datin.. Tadi ada jamed .. Mesti Datin busy kan?." Terang Puan Dalia dan meminta maaf.

"Ehh.. X busy pun .. By the way jangan Datin-datin sangat. Panggil Kak Sabrina je.. Jap.. Umur brape?" Tanya Datin Hana. Wajah Nik ditenung lama.

"39.."

"La...sama laa kita.. Haha.. Muda lagi tu.. Hahaha.. Ikut laa nak panggil apa.. Awak-awak pun boleh. Maih makan..banyak lauk dah sedia.. Kak Siti masak sedap" . Sakat Datin Sabrina. Betul dia bukan lah seorang yang sibuk dengan peringkat dan nama. Dia tidak kesah. Dia lebih selesa dipanggil seperti orang biasa. Masing-masing menarik kerusi lalu duduk. Tersedia lauk Ikan masak pedas, rendang, sayur masak lemah, satay ayam dan ayam masak merah. Sudah seperti majlis hari raya.

"Ni.. Nama apa?" Tanya Datin Sabrina sambil memandang wajah Nik dengan tajam membuatkan Nik berasa takut dan terkedu.

"Ha?!.. Er.. Nama saya.. Nama saya.. Nik.. Nik Iskandar Bin Ru-Ruzi" jawab Nik tergagap-gagap.

"Ooo.. Nik.. Nama sedap.. Macam mukanya.. Sedap dipandang. Tapi.. Yang awak jawab tergagap macam mak cik nak makan awak kenapa..hahaha.. Eh.. Makan laa..makan.. Siti.. Air..Jap lagi makan sekali.. Mana pulak si budak Rara ni". Bebel Datin Sabrina seorang diri.

"Tak pe datin.. Maksud saya Sabrina.. Kita tunggu je apa nama tadi.. Err Zarra turun..makan sekali.."Kata Puan Dalia.

Mengikut cara dia,memang patut lah kalau dia dapat menjadi seorang datin sungguh pandai dia memegang segala jawatan. Sebagai seorang majikan. Sebagai seoarang kawan dan juga seorang ibu.

"Zarina Aliya.. Sayang Rara..cepat turun makan." Jerit Datin Sabrina dengan lembut.

"Yes mummy.." Jawab Zarra. Suara Zarra begitu manja sekali membuatkan Nik terpaku. Zarra turun dari anak tangga dengan berpakaian baju Short Tee dan short pants .Rambutnya dibaluti dengan tuala putih. Encik Ruzi terbeliak memandang pakaian Zarra. Puan Dalia juga turut terkejut. Akan tetapi Nik lebih terkejut. Dia terkejut melihat bertapa menggodanya Zarra. Dengan buah dada yang besar. Punggung yang tonggek. Pinggang yang ramping. Fuhh. Tambahan pula pehanya putih. Baju short tee pula terlekat-lekat di tubuh Zarra akibat basah selepas mandi Nafsu Nik yang bergelora ditahan.

"Zarina Aliya.." Kata Datin Sabrina terkejut.

"Mummy!?.. Mummy tak bagi tahu Rara pun ada orang datang". Wajah Zarra merah menahan malu. Dia memandang tajam wajah Nik sekali imbas. Dia lupa perkara yang diberitahu ibunya. Datin Sabrina hanya mampu menggelengkan kepalanya. "Rara... Zarra tukar baju sekejap". Sekali lagi Zarra turun ke dapur. Kali ini dia turun dengan memakai jubah. Jubah hitam kegemarannya sejak Datin Sabrina membelinya di Tanah Suci Mekah. Nik hanya ketawa kecil melihat gelagat Zarra yang sungguh comel.

"Sorry late" suara Zarra perlahan. Dia hanya menungguk. Sebenarnya dia agak kurang selesa apabila seatnya ditempatkan di sebelah Nik.

"Sokay" jawab Puan Dalia pendek.

"Mari makan.. Enjoy .. If anything.. Just cakap je.. Make yourself at home"

Sesudah mereka menjamu selera. Keluarga Nik bertanya serba sedikit tentang Zarra. Datin Sabrina juga bertanya serba sedikit tentang Nik. Mereka berdua berasa pelik tapi dua-dua menghiraukan perkara itu. Banyak perkara yang sama diantara mereka. Tetapi mereka lahir begitu jauh sekali. Zarra dilahirkan di Pulau Pinang manakala Nik dilahirkan di Thailand.

"Baiklah kalau macam tu. Dah elok sangat laa ni.. Bila tarikh kawin nya?" . Akhirnya Encik Ruzi bersuara. Dia memandang mereka berdua.

"Hah?!.. Kawin???" Serentak mereka menjawab.

"Pa... Mana bleh pa.. Zarra .. Zarra mesti tak nak nya" kata Nik memahami wajah Zarra.

"Tau tak pe..cinta mana boleh di pilih macam tu je.. We cannot married with someone we do not like nor love" jawab Zarra tegas.

Nik hanya memandang wajah Zarra. Sebenarnya dia memang mencintai Zarra walaupun dia berasa keliru.

"Zarina Aliya.. Mummy tak kira.. Minggu depan semua dah siap.. Macam mana Kak?.." Tnya Datin Sabrina kepada Puan Dalia.

"Nik.. Ok?" Puan Dalia mahu memastikan bahawa anak lelakinya sudah bersedia untuk perkahwinan pada minggu hadapan. Nik tercengang dengan soalan itu. Tapi akibat Encik Ruzi memandangnya dengan pandangan yang tajam. Dia hanya mengangguk menandakan bersetuju. Zarra juga terpinga-pinga apabila Nik bersetuju.

Milik Aku!? (COMPLETED)Where stories live. Discover now