"Assalamualaikum..." Qaisara memberi salam sebaik sahaja dia menghentikan motosikal buruknya di bawah rumah. Plastik berisi asam keping di bimbit hingga ke tangga depan. Matanya terhenti pada satu pasang selipar berwarna hitam yang berada di tepi tangga . Air liur di telan. Dia dah balik ke?Bisik si hati. Perlahan-lahan tangga kayu itu di daki.
"Woi!"
Qaisara tersentak. Langkahnya terus berhenti di pertengahan ruang tamu yang menempatkan kerusi kayu dan televisyen sahaja.
"Ayah...bila ayah balik?" Terketar-ketar suara Qaisara bila melihat ayahnya yang terbaring di depan tv. Sudah hampir 2 bulan ayahnya tidak balik ke rumah. Bila tiba-tiba balik, mesti inginkan sesuatu. Siapa tak kenal kaki judi tu. Satu kampung kenal.
"Mari sini kau!" ArahPak Daud. Rokok yang tersepit pada jari di lempar tepi dinding.
Geleng kepala Qaisara dengan sikap ayahnya itu. Suka berkelakuan begitu. Nanti akulah tu yang nak kena kemas.
Perlahan lahan Qaisara melangkah ke arah ayahnya sambil menunduk. Seram sejuk pula dia tengok muka lelaki tua itu.
"Aku nak duit"minta pak Daud keras.
"Qai mana ada duit,ayah"beritahu Qaisara. dia masih lagi belajar di salah sebuah university, manalah dia ada duit. kerja pun tidak.
"Duit biasiswa kau!"
Qaisara membulatkan matanya. Kalau ayah ambil duit biasiswa aku,habis aku nak makan apa dekat university nanti?
Kepala di geleng tanda tiada. Perbohongan yang mampu selamatkan duit biasiswa dia sekarang ini.
"Ada anak pun tak guna!"Marah Pak Daud. Dia bangun dari duduk. Plastik pada tangan anaknya terus dia ragut.Untung-untung ada duit.
Bulat matanya bila melihat sekotak rokok di dalamnya.Bila dia buka,memang ada isi. Penuh pula tu. Dahlah jenama rokok yang paling mahal.
Qaisara seperti tergamam. Macam mana pula asam keping boleh bertukar jadi rokok?
" Tak ada duit? Ni apa? Ada pula duit kau beli benda ni!" Jerkah Pak Daud kuat. Kotak rokok terus di lempar pada tubuh anaknya. Bukan rokok yang dia mahukan sekarang ini, tapi duit. Aku perlukan duit untuk perjudian malam ni.
" Bukan..." Belum sempat Qaisara habiskan ayat, ayahnya terus memotong.
"Kau dah pandai hisap rokok!"Tengking pak Daud.
Qaisara berganjak ke belakang setapak.
"Tak! rokok tu..."belum sempat Qaisara menerangkannya, tiba-tiba...
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi dan menyebabkan tubuhnya terjelopok pada lantai. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Terasa panas pada bahagian pipi.
"Abang!"Jerit mak bedah sebaik sahaja tiba dari dapur. Bila telinganya menangkap bunyi orang bergaduh di ruang tamu,terus dia menerpa ke situ. Tubuh anak perempuannya di peluk. Kelihatan kesan darah di hujung bibir gadis itu.
" Pandai kau didik anak kau! Lepas ni nak didik jadi apa pula? pelacur?"Sembur pak Daud pada isterinya sebelum melangkah keluar dari rumah. Panas pula duduk dalam rumah buruk ni. Satu benda pun tak berguna!
Teresak-esak Qaisara menangis. Bukan menangis kerana sakit tapi menangis kerana mempunyai seorang ayah yang begitu kejam. Kenapalah ayah tak mati saja!
"Sabar sayang"Pujuk mak bedah sambil memeluk erat anaknya.
"Kenapa mak tak tinggalkan ayah? Qai benci ayah!Ayah jahat!" tangis Qaisara. Sejak dari kecil lagi dia di perlakukan sebegitu. Tidak pernah dia dapat kasih sayang dari seorang ayah. Mak Bedah hanya berdiam diri. Bukan dia tidak pernah meminta cerai. Selalunya sakit yang dia dapat bila menyuarakan hasrat itu. Suaminya juga pernah mengugut untuk mencederakan anaknya jika terus bercakap tentang 'cerai'. Apa pilihan yang dia ada?
"Qai tak hisap rokok kan?"Soal mak Bedah sambil tangannya mencapai kotak rokok yang berada atas lantai.
Qaisara mengelengkan kepala. Tak kan aku nak merokok. Nak beli maggi pun tak cukup duit inikan nak beli benda tak berfaedah tu.
Otaknya ligat memikirkan mana datangnya rokok itu dan masa itu dia terbayangkan seseorang bila melihat beberapa biji gula-gula bertaburan pada lantai. Lelaki tadi...
"NAK beli apa lagi,Qai?"Soal pak Dollah bila melihat gadis itu memasuki ruang kedainya. Apa yang peliknya kali ini ,gadis itu hanya menunduk bila plastik hitam di letak atas kuanter pembayaran.
"Apa ni?"Soal pak Dollah namun tangannya masih mencapai plastik itu. Di keluarkan isi dalamnya.
"Rokok?"Pak Dollah masih keliru. Di kerutkan dahi saat memandang kotak rokok pada tangan.
"Qai tersilap ambil plastik berisi rokok jadi Qai hantarlah balik."Beritahu Qaisara sambil menunduk. Tidak berani mengangkat muka. Takut Pak Dollah nampak pula kesan lebam pada mukanya.
"Qai kena pukul dengan ayah Qai lagi ke?"Duga Pak Dollah. Selalunya, kalau datang kedai dalam keadaan murung,memang sah kena pukul.
Dia angkat muka gadis muda itu dan rambut yang menutupi separuh muka di selak. Banyak kali dia beristifar bila melihat kesan lebam di hujung bibir dan nampak bengkak pada bahagian pipi.
" Sebab rokok ni Qai kena pukul,kan?"Soal PAk Dollah lagi .
Qaisara kembali menunduk. Dia datang kedai semula untuk menghantar rokok dan mengambil semula asam kepingnya.
Pak Dollah mengelengkan kepala. Kesian sungguh dia dengan nasib gadis itu. Dari dulu sampai sekarang, hidup tak pernah tenang.Daud Daud... Kau mmg tak guna!
"Mana tokey kedai ni?"
Pak Dollah terkejut bila tiba-tiba muncul seorang lelaki muda di kedainya. Muka mcm nak makan orang."Saya..."balas Pak Dollah. Qaisara langsung tidk memandang ke arah lelaki itu. Segera sembunyikan wajah.
"Aku beli rokok kenapa benda lain yang aku dapat?"Marah Hazril sambil melemparkan plastik hitam di atas kaunter pembayaran. Dia tak tahu nama barang yang ada dalam beg plastik yang dia ambil. Macam daun kering pun ada. Ada juga orang makan benda pelik macam tu.
Serta merta Qaisara mengangkat muka. Asam keping aku! Dia apa lagi, terus capai beg plastik yang baru di lemparkan lelaki itu dan berlari meninggalkan kedai runcit Pak Dollah begitu sahaja.
Hazril terpingga pingga. Dia hanya memandang gadis itu berlalu pergi dengan menaiki motosikal buruk.
"Maafkan saya encik. Saya tukar yang lain"Pak Dollah terus menyerahkan kotak rokok kepada Lelaki muda di depannya.
"Siapa tu?"Soal Hazril sambil menunjuk ke luar kedai walaupun gadis tadi sudah tiada di situ. Cermin mata hitamnya di buka. Kenapa aku rasa macam pernah nampak perempuan tadi?
"Itulah orang yang tertukar plastik dengan encik"beritahu Pak Dollah. Hazril baru teringat perempuan yang menjual rokok padanya tadi. muka memang tak nampak tapi dia masih cam baju yang di pakai.
" Kesian budak tu..." Keluh Pak Dollah sambil menyusun tin-tin susu pekat pada rak.
" kesian kenapa?" Hazril mula berminat untuk tahu. Entah mengapa perlakuan wanita itu menarik minatnya untuk tahu."Di sebabkan rokok enciklah, dia kena pukul"cerita pak Dollah.
"Maksud pak cik?" Sebab rokok aku dia kena pukul? siapa yang pukul dia?
"Pak cik syak yang ayah dia pukul sebab dia bawa balik kotak rokok. Mesti dia kena tuduh merokok."Cerita Pak Dollah. Siapa tak kenal Si Daud tu. Kaki judi, kaki botol,kaki pukul. Semua kakilah dia ada.Hazril seperti tergamam. Sebab rokok aku dia kena pukul. Salah aku ke?Kepala di garu beberapa kali.
Ya,mmg salah aku sebab aku yang ambil plastik hitam tu dulu sebelum dia. Aku yang salah ambil.
Tiba-tiba perasaan bersalah menyelubungi diri.
"Ayah dia memang kaki pukul. sejak kecil lagi dia dah kena pukul. Salah sikit makan penamparlah jawabnya."sambung pak Dollah lagi.
" Terima kasih pak cik. Minta maaf pak cik sebab saya tinggikan suara tadi" mohon Hazril. Tak sepatutnya dia marah-marah tadi.
" Tak apalah,nak" senyum Pak Dollah. Sikit pun dia tak ambil hati sebenarnya.
Hazril terus meminta diri bersama sekotak rokok pada tangan.
YOU ARE READING
CINTA ASAM KEPING
Short StoryMengisahkan tentang gadis kampung yg bertembung dgn lelaki poyo...maka terjadilah perang dunia ke tiga😄😄