"Tak guna betul!Masa macam nilah kau nak rosak!Kau saja buat aku sakit hati kan!"Qaisara menendang badan motosikalnya beberapa kali.
Geram sungguh dia rasa bila motosikalnya boleh pula mati tiba-tiba.Dahlah matahari terik betul-betul atas kepala sekarang ni. Rasa macam nak terjun sungai pun ada.
Satu pokok pun tak ada di tepi jalan. Yang ada hanya sawah padi kiri dan kanan jalan.
Ketika dia sedang menyumpah- nyumpah sendirian,tiba-tiba sebuah kereta mewah berhenti di hadapannya. Bukan main laju kereta itu drif depan dia. Terkejut pun pasal, dia lepaskan motosikalnya begitu sahaja. Kebetulan dekat situ kawasannya tanah mendap. Terus motosikalnya mengelusur masuk ke dalam tali air dan perlahan-lahan ia tengelam.
" Ya Allah... Moto aku!" Jerit Qaisara kuat. Terduduk dia pada rumput bila melihat satu-satunya motosikal yang dia ada tergelam ke dasar tali air. Walaupun motosikal itu buruk, tapi dia sayang sebab itulah kenderaan yang dia guna untuk ke mana-mana.
Air mata mula membasahi pipi. Kenapalah nasibnya tidak selalu baik. Hari ini saja, bermacam-macam dugaan yang dia kena lalui.
" kenapa aku!"jerit Qaisara sambil meragut rumput di sisi lalu di lempar ke depan.
Hazril menelan air liurnya bila melihat seorang wanita sedang menangis di tepi tali air. Sebenarnya dia tak sengaja nak drif depan wanita itu tadi. Konon-konon nak tunjuk hebat. Tak sangka wanita itu terkejut sampai macam itu sekali. Dia nampak perlahan-lahan motosikal buruk itu tergelam ke dasar.
" Cik..." Tegur Hazril serba salah. Dia berniat untuk bertanya arah sebenarnya. Keadaan jalan di kampung ni agak mengelirukan. Lagipun dia bukan biasa dengan kampung ni. Tak sangka pula benda lain yang jadi. Tapi perempuan ni... Bukan ke dia yang tertukar beg plastik dengan aku tadi?
Qaisara bangun dari duduk. Perlahan-lahan kakinya mendekati tebing tali air.
"Kau nak mati ke? Dalam tu!"Marah Hazril bila melihat wanita itu seperti ingin terjun ke dalam tali air. Laju tangannya itu menyambar tangan wanita itu lalu di tarik menuju ke tempat yang lebih selamat.
"Moto aku!"jerit Qaisara sambil meronta-ronta.
"Berbaloi ke kau mati untuk selamatkan motosikal buruk tu?"Balas Hazril sedikit kuat. Masa itu baru dia nampak keseluruhan wajah wanita itu. Ada kesan luka di hujung bibir dan lebam pada pipi sebelah kiri. Jadi betullah dia kena pukul?
"Bagi kau motosikal tu memang buruk!Tapi bagi aku, motosikal tu segala-galanya!Kau tak faham!"Marah Qaisara. Di sentap pengangan lelaki itu.
" Memang aku tak faham,tapi motosikal kau dah tak dapat di selamatkan. Kalau kau terjun sekalipun, belum tentu motosikal kau tu masih elok"jelas Hazril.
"Sebab kaulah aku jadi macam ni!Sebab kau aku kena tampar!Sebab jumpa kau jugalah motosikal aku jatuh dalam parit. Semuanya sebab kau!Aku benci kau!"Qaisara terus berlari meninggalkan lelaki itu begitu sahaja. Dia anggap lelaki itu punca segala masalah. Apa yang berlaku pada aku, semuanya sebab dia! Dasar pembawa sial!
" Woi!"panggil Hazril,namun wanita itu langsung tidak berpaling. Laju betul dia lari.
"Aku nak minta maaf jelah"ucap Hazril sendirian. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.
Pandangan di alih ke arah tali air. Tenang sahaja air di dalamnya. Mesti kedalamannya melepasi kepala. Tengok pada warna air, seram sejuk jadinya. Entah-entah ada buaya. Eeeee....
Tanpa berlengah, segera dia meninggalkan tali air itu.
YOU ARE READING
CINTA ASAM KEPING
Short StoryMengisahkan tentang gadis kampung yg bertembung dgn lelaki poyo...maka terjadilah perang dunia ke tiga😄😄