BAB 8

206 7 0
                                    

"Hati-hati sayang..."Mak Bedah memeluk tubuh anak perempuan. Terasa berat untuk melepaskan anaknya pergi,namun dia harus redha. Gadis itu pergi untuk menuntut ilmu,jadi dia harus merelakannya.

"Baiklah mak. Qai pergi dulu." Qaisara meminta diri. Beg pakaian di sangkut pada bahu dan beg galas di gendong atas belakang. Langkah di atur meninggalkan halaman rumah kampungnya. Di sebabkan motosikal dan basikal sudah tiada, terpaksalah dia jalan kaki menuju ke tempat kebiasaan orang-orang kampung menunggu teksi untuk ke pekan. Di pekan barulah dia menaiki bas menuju ke university.

Kepalanya di dongak ke atas. Kelihatan gumpalan awan hitam di situ. Janganlah hujan. Dahlah aku jalan kaki ni. Tempat tunggu teksi jauh lagi.

" Qai! nak pergi mana?"
Qaisara terkejut dengan sapaan itu. Sebuah kereta proton wira berhenti di sebelahnya.Matanya terhenti pada seorang wanita di bahagian belakang.

"Nak pergi pekan. Cuti dah habis, so kenalah balik university semula." Beritahu Qaisara.

" Jom aku hantarkan"pelawa Hakimi.

"Awak!"

Keras nada suara wanita di bahagian belakang . Qaisara tersenyum. Dia sudah faham apa yang wanita itu fikir. Cemburu betul Karmila pada aku. Di sebabkan aku rapat dengan Hakimi, dia jadikan aku musuh. Aku tak kebulur lah dengan tunang kau tu!

"Eh tak payahlah. Aku boleh pergi sendiri. Kan ada pula yang tak puas hati"Sindir Qaisara. Dah lah muka tak cantik lepas tu berlagak nak jadi bos. Asal naik kereta mesti duduk di bahagian belakang. Teruk betul perangai.

Langkah di atur meninggalkan kereta itu. Hakimi tidak berdiam diri. Langkah Qaisara di kejar dari belakang.

"Marilah aku hantarkan"Hakimi menarik beg yang di galas Qaisara.

"Awak! kita dah lambat ni! Nak try baju kahwin lagi, nak beli barang hantaran lagi!"Jerit Karmila sebaik sahaja keluar dari kereta. Geram sungguh dia rasa bila tunangnya beria mengejar Qaisara.

"Kan aku dah cakap tak payah!"Keras Qaisara menarik beg sandangnya dari terus di tarik. Alamak dia ni, aku ckp tak nak, itu bermakna tak nak lah!

"Qai, kalau kau terima aku, sekarang juga aku akan putuskan pertunangan aku dengan Mila."Beritahu Hakimi perlahan agar Karmila tidak mendengarnya.Dia setuju untuk menikahi Karmila kerana kecewa bila cintanya di tolak Qaisara.

" Apa kau ni? Kau dah nak kahwin tahu tak. Tolong jangan rosakkan hubungan persahabatan kita"Marah Qaisara. Lelaki ni senang je. Masa suka di ambil,masa tak nak di buang. Aku memang suka kau Hakimi, tapi ibu bapa kau tak suka aku. Keluarga kau hina keluarga aku. Aku tak boleh terima semua tu. Please jangan merayu lagi. Aku takut aku jadi lemah. Rintih hati kecil Qaisara. Sememangnya ramai orang kampung tidak suka dengan keluarganya. Semua itu di sebabkan sikap ayah yang suka berjudi.

"Tapi aku sayangkan kau,Qai."ucap Hakimi.Sekali lagi beg galas Qaisara di tarik. Qaisara tahu tahap kemarahan Karmila ketika ini. tengok muka pun dah tahu. Terus dia tarik semula beg galasnya dari tangan Hakimi. Maka berlakulah sukan tarik menarik.

Karmila mula berang. Terus dia berlari ke arah mereka berdua dan tubuh Qaisara di tolak kuat hingga gadis itu terjelopok atas tar jalan.

Qaisara mengetap bibir geram. Tak guna kau perempuan!Dia cuba bangun? Namun tidak berhasil. Terasa sakit di bahagian buku lali. Alamak! Kaki aku patah ke?Asal sakit sangat?

"Awak buat apa ni?"Marah Hakimi pada tunangnya. Dia cuba membantu Qaisara untuk bangun? Namun di halang oleh tunangnya.Berlaku perang mulut pula di situ. Menitis air mata Qaisara bila menahan kesakitan yang amat di bahagian kaki.

CINTA ASAM KEPINGWhere stories live. Discover now