♡♥♡♥♡♥♡♥
" Sial betul! Masa-masa macam nilah kau nak pancit! Tak guna betul!"Hazril menendang tayar kereta BMW 3 series nya untuk melepaskan amarah di hati. Dahlah cuaca sekarang tengah panas terik. Nak celik mata pun tak boleh. Butang baju kemejanya di buka sedikit pada bahagian atas.
Terus dia masuk ke kembali ke dalam perut kereta. Penghawa dingin di hidupkan. Ah,nyaman sedikit dari cuaca di luar. Telefon dalam poket di keluarkan bila ada yang menelefon.
"Bila nak sampai ni? Janji pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa? Amanda dah sampai dekat airport. Dia call mama cakap kamu tak sampai lagi" bebel Datin Dahlia di corong telefon. Hazril mengeluh panjang. Nasiblah. Siapa suruh aku jemput. Kalau bukan sebab mama,memang aku malaslah nak jemput kau. Gatal nak aku jemput juga. Macamlah aku ni tak ada kerja lain nak di buat dari melayan dia.
"Boy!"
Hazril tersentak dari lamunan. Wajah gadis kacukan inggeris itu terbang dari benak fikiran.
"Boy tahulah mama. Boy bukan sengaja lambat. Kereta boy pancit ni. Apa kata mama jelah pergi jemput Amanda, tak pun mama suruh je mak bapak dia jemput. Boy dah tak sempat nak jemput ni. Boy kena hantar kereta pergi bengkel dulu" jelas Hazril. Dia bukannya tak reti tukar tayar kereta tetapi dia tidak suka kotorkan tangan. Lagipun, ada juga alasan dia untuk tidak menjemput Amanda di lapangan terbang.
"Ada-ada jelah kamu ni. Boy tak tipu mama kan?"
Hazril tersengih sendirian.
"Selama ni pernah ke boy tipu mama? Tak pernah kan? Mama kena percayakan boy."Balas Hazril. Bohonglah kalau dia tidak pernah menipu mama selama ni. Banyak kali aku menipu sampai tak boleh di bilang dengan jari, cuma mama je yang tak tahu.
"Yelah-yelah, nanti mama jemput Amanda. Tapi masa makan malam nanti,mama nak boy ada, faham?"Datin Dahlia mengingatkan anaknya.
"Ya ma..."Hazril akur dengan setiap arahan wanita yang melahirkan dia ke dunia ini. Talian di matikan. Matanya melilau sekeliling mencari seseorang yang boleh membantu dia.
Dengan keadaan di luar agak panas,jadi dia tidak akan meletihkan badannya untuk menukar tayar keretanya sendiri. Dia ada duit,jadi lebih baik suruh orang lain yang tukarkan.
"Hello Zack,kau dekat mana?"Soal Hazril di corong telefon. Sekarang ini dia ingin meminta bantuan dari kawan baiknya. Itu sahaja cara untuk segera beredar dari situ.
"Aku dekat tapak projeklah. Ada apa Ril?"Soal Zack kembali. Baru jumpa tak sampai sejam, dah call tanya dekat mana. Tak kan dah rindu aku kot.
"Bagus. Kau datang ambil aku. Tayar kereta aku pancitlah."minta Hazril. Kedengaran suara zack gelak di corong telefon.
"Pancit? Projek juta-juta kau handle mcm makan kacang, tak kan benda kecil pun tak boleh nak settle?Tukar jelah tayar tu"balas Zack di selang dengan tawa.
"Kau ni bnyak bunyi lah. Datang jelah. Aku potong gaji baru tahu."ugut Hazril. Alang-alang dah pancit, lebih baik hantar bengkel sebab penghawa dingin pun dah rasa kurang sejuk dari sebelum ini.
"Yelah bos. Nasib baik kau bos aku,kalau tak keringlah kau kat tepi jalan tu tak ada siapa nak menolong"Gurau Zack lagi.Hazril menamatkan panggilan. Tak kuasa nak melayan kerenah kawannya itu.
Tangan mula mengibas-ngibas muka. Asal makin panas pula econ ni? Tak boleh jadi ni. Makin teruk pula kereta aku.
Pintu kereta di buka dari dalam.
Buk! Arrghhh!!
Hazril tercengal. Suara siapa tu? Cepat-cepat dia keluar dari kereta. Kelihatan seorang wanita sudah tergolek di sebelah kanan keretanya bersama dengan basikal.
"Adoi!Sakitnya..."
Rungut perempuan itu. Hazril mula cuak bila melihat kesan darah pada lengan mangsa yang melanggar pintu keretanya di buka dari dalam. Alamak!Parah ke ni?
" Kau buta ke?Sakit tahu tak!"Tengking Qaisara. Lengannya mula terasa pedih. Bila di tengok,memang sah luka sebab bergeser dengan tar jalan tadi. Entah macam mana dia boleh terlanggar pintu kereta. Tak guna betul.
Hazril mengerutkan dahi. Macam kenal tapi dekat mana ek? Bila bergaul dengan ramai wanita, dia jadi lupa yang mana satu dan di mana dia jumpa gadis ini.
"Kau tu yang salah. Asal guna jalan bertentangan. Jalan kau sebelah sana bukan sebelah sini"Balas Hazril kambali. Nak salahkan aku pula, dia yang bengong. Itu baru bawa basikal, kalau bawak kereta mahu lori di langgar.
Qaisara mengetap bibir geram. Dahlah buat aku jatuh,lepas tu tak nak mengaku. Yang dia bukan pintu kereta tiba-tiba tu kenapa?Salah aku ke?
"OMG! My car!"jerit Hazril bila melihat kesan calar pada pintu keretanya. Ini yang menaikkan darah aku nih!
Di kerling tajam pada wanita yang masih lagi duduk di atas tar jalan."Apa?"Jeling Qaisara kembali. Ingat kereta kau tu cantik sangat!
" Aku nak ganti rugi!"minta Hazril. Qaisara membulatkan matanya. Bukan terkejut dengan permintaan itu tetapi terkejut... lelaki ni. lelaki yang aku jumpa dekat kedai pak Dollah dan lelaki ini juga yang menyebabkan aku kehilangan motosikal. Aku dah ingat! Serta-merta dia bangun dari duduk.
"Kau ingat kau sorang je boleh minta ganti rugi? Habis tangan aku yang berdarah ni siapa nak tangungjawab?"Qaisara membalasnya kembali. Ingat kau sorang ke pandai minta ganti rugi?
" Itu masalah kau sendiri. kau yang langgar kereta aku,bukannya aku suruh" Hazril semakin bengang dengan perempuan itu. Dia yang buta nak salahkan aku pula.
"Habis yang kau pijak asam keping mak aku tu,siapa nak bayar?"
Hazril mengerutkan dahinya. Mata terus jatuh ke kaki.Bila melihat asam keping berselerak di sekitar kakinya, terus dia berganjak ke belakang beberapa tapak. Tak perasan pula yang dia pijak benda tu.
"Asal ni"
Muncul sebuah kereta lain situ. Kelihatan seorang lelaki di dalamnya. Hazril terus berlari masuk ke dalam kereta itu.
"Cepat Zack! Bla!" Arah Hazril pada kawannya.Nasib baik Zack datang kalau tidak memang dah kena cakar dengan singa betina. Zack dalam keadaan mamai tetap memandu pergi.
"Kau tak bayar aku calarkan kereta kau,setan!"teriak Qaisara kuat bila kereta yang lagi satu mula bergerak dan meninggalkan dia. Harap kereta je mahal,tapi kedekut nak mampus.
Basikal aku yang dah senget ni siapa nak tangungjawab? Dahlah hilangkan motosikal aku,lepas tu basikal aku pun kau nak jahanamkan. Sebab itulah aku benci kau.
Senyuman meleret di bibir bila kereta y membawa lari lelaki tak guna tu mula mengundur. Tahu takut.
"Nah!Cukup?Puas hati kau?"Hazril menurunkan cermin kereta dan melemparkan not RM50 ringgit sebanyak 5 keping ke muka perempuan macam gengster itu. Muka cantik, tapi perangai...
"Tak guna!"bengang betul Qaisara dengan perlakuan lelaki itu. Aku bukan pengemis lah. Belum sempat dia menyerang,kereta itu sekali lagi bergerak laju meninggalkan dia sendirian. Duit yang bertaburan di atas tar, terus di punggut. Bukan senang nak dapat duit. Orang bagi tak baik membazir.
"Siapa tu?"Soal Zack dalam pemanduan.
"Entah,perempuan gila kot..tapi aku macam..."Hazril mengerutkan dahi. Kenapa aku rasa macam sangat-sangat mengenali perempuan tadi?
"Macam apa?"Soal Zack kembali.
"Aku dah ingat siapa perempuan tu!"beritahu Hazril.
"Siapa?"
YOU ARE READING
CINTA ASAM KEPING
Short StoryMengisahkan tentang gadis kampung yg bertembung dgn lelaki poyo...maka terjadilah perang dunia ke tiga😄😄