"Hey auntie..." Sapa Amanda sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu villa putih itu. Kelihatan seorang wanita sedang menonton tv di situ."Eh,Amanda. Bila sampai? tak perasan pun".Datin Dahlia terus memeluk tubuh anak muda itu dan kedua-dua pipi di laga.
"Baru aje. Uncle dengan Hazril mana, auntie?"Soal Amanda saat punggung di labuhkan pada sofa. Sunyi sepi villa itu dari suara-suara penghuninya. Yang ada sekarang hanya bunyi rancangan di tv.
"Uncle dengan boy still kat office lagi. Selagi keadaan dekat luar masih cerah, jangan harap kamu nak jumpa dua orang yang gila kerja tu"Gurau Datin Dahlia. Amanda hanya mgangguk tanda mgerti. Datin Dahlia mematikan televisyen. Tumpuan dia hanya pada anak saudaranya itu.
"Manda ada masalah ke?"Soal Datin. Dia nampak yang Amanda langsung tidak mengukir senyuman. Nampak macam ada masalah.
" Ril tak sukakan Manda..." ujar Amanda.
Datin Dahlia tergelak kecil.
"Sebab tu je? Ingatkan masalah dunia tadi" sempat lagi Datin Dahlia bergurau. Amanda memuncungkan mulut. Orang serius dia main-main pula.
"Alah bergurau sikit dah merajuk. Sabarlah Manda. Manda kan baru je balik sini. Boy tak biasa lagi dengan kehadiran Manda. 3 tahun tak jumpa memang macam tu. Auntie yakin suatu hari nanti boy akan terima Manda. Percayakan auntie"Datin Dahlia menyakinkan anak saudaranya itu. Dia tahu yang anak lelakinya tidak mempunyai teman yang betul-betul istimewa. Yang ada hanya perempuan yang tidak layak di jadikan isteri.
Amanda paksa mulutnya untuk senyum. Harap-harap tu lah. Aku tak nak orang lain. Akuu nak anak auntie yang kacak tu sorang je. Hazril Mikail, kau akan jadi milik aku suatu hari nanti.
♡♥♡♥♡♥♡♥
"Kenapa ni mak?"Soal Qaisara cemas bila kedengaran suara tangisan maknya di hujung talian. Punggung di labuhkan pada birai tilam."Ayah pukul mak lagi ke?"Soal Qaisara lagi. Selalunya bila wanita tua itu menangis, pasti di pukul oleh ayah. Baru seminggu tinggalkan kampung,macam-macam yang berlaku.
"Mak?" Jantungnya makin laju berdenyut bila tangisan mak semakin kuat. Kedengaran suara lain di situ. Apa yang berlaku sebenarnya ni?" Mak! janganlah mcm ni. Mak buat Qai takut."Hampir menitis air mata Qaisara bila mendengar tangisan dari maknya itu.
"Hello..."
kedengaran suara orang lain di talian." Ini mak Nab. Qai ke dekat sana?"
Qaisara sudah menangkap siapa pemilik suara itu. Jiran sebelah rumahnya."Mak Nab,kenapa mak menangis? apa yang berlaku?"Soal Qaisara cemas.
"Mak Nab rasa lebih baik kamu balik kampung sekarang. Bila kamu balik nanti, kamu akan tahu apa yang berlaku." Cadang Mak Nab. Qaisara menjadi semakin takut. Kenapa semua orang nak berahsia ni? Apa yang berlaku di kampung? Mak! kenapa mak menangis?
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♥Angin sepoi-sepoi bahasa membelai setiap helaian rambutnya. Sawah padi di hadapannya juga turut bergerak saat di tiup angin. Dia memang suka duduk di pangkin tepi sawah apatah lagi bila waktu-waktu petang sebegini. Keluhan panjang di lepaskan. kedua-dua lutut di lepuk erat.
Dalam masa seminggu ini,macam-macam telah berlaku. Rumah dia yang sememangnya sejak azali lagi buruk? Telah di bakar oleh Ah Long bila ayah tidak membayar hutang. Ayah pula hilang entah kemana bila melepaskan semua hutang pada mak. Nasib baik ada juga orang kampung yang menghulurkan bantuan untuk bina semula rumah baru. Walaupun rumah di bina lebih kecil dari yang dulu,namun sudab cukup memuaskan. Boleh berteduh dari panas dan hujan, itu sudah cukup memadai.
" Qaisara"
Qaisara terus berpaling ke belakang. Bulat matanya bila melihat lelaki yang sudah lama dia tidak di temui,kini berdiri tidak jauh dari situ.
"Abang Epul?" Qaisara tidak berapa cam lelaki yang begitu segak mengenakan kemeja putih bersama jean hitam.
"Tak sangka Qai masih ingat Abang Epul."Balas Saifu dalam senyuman. Punggung di labuhkan pada pangkin sebelah kiri gadis cantik itu. Sudah tujuh tahun dia tidak menemui Qaisara kerana melanjutkan pelajaran di luar negara.
Qaisara menjuntaikan kakinya ke bawah. Sudah lama tidak jumpa abang kepada kawan baiknya iaitu Maria.
"Abang Epul simpati atas apa yang menimpa Qai sekeluarga. " Sebaik sahaja tiba di kampung, dia terus datang menemui gadis itu. Walaupun dia masih kepenatan bila seharian berada di dalam kapal terbang,namun khabar Qaisara harus dia tahu.
Qaisara hanya menunduk. Sudah ramai yang datang menemuinya dan ucap kan kata-kata sebegitu. Dia sudah muak mendengarnya.
" Adik Abang Epul dah makin cantik sekarang"puji Saiful sambil mengosok kepala Qaisara beberapa kali. Dia sudah menganggap Qaisara seperti adiknya sndiri. Lagipun Qaisara begitu rapat dengan adik perempuannya.
Qaisara tergelak kecil.
"Bila Abang Epul balik sini?"Qaisara menukar topik perbualan.
"Pagi tadi. Lepas ni abang Epul dah tak payah baik sana lagi. Study Abang Epul dah tamat"beritahu Saiful gembira.
"Wah! Lepas ni abang Epul akan bergelar doktor lah. Bestnya jadi orang cerdik ni" ujar Qaisara. Dalam keluarga Maria, saifu yang paling berjaya. Yang lain semuanya kahwin awal termasuklah Maria.
"Qai pun cerdik apa.Dapat masuk university,kira pandailah tu. Keluar university nanti mesti dapat kerja yang bagus"puji Saifu .
Qaisara melepaskan keluhan panjang. Tak tahulah sama ada dia dapat habiskan pembelajaran atau tidak dengan keadaan keluarganya yang masih belum stabil lepas apa yang berlaku. Lagipun dia dah tak ada duit lagi untuk terus menyambung kuliah. Semua duit biasiswanya telah di gunakan untuk membayar hutang Ah Long. Kalau dia tak bayar hutang Ah Long, ugutan bunuh yang dia akan dapat nanti.
"Kenapa Qai?"Soal Saifu bila melihat wajah Qaisara berubah. Pasti ada sesuatu yang di sembunyikan dari pengetahuan dia.
Qaisara mengelengkan kepala. Saifu tidak harus tahu yang dia akan berhenti belajar. Dia tidak akan sesekali menyusahkan orang lain dengan masalah keluarganya.
♡♥♡♡♡♥♡♥♡
YOU ARE READING
CINTA ASAM KEPING
Short StoryMengisahkan tentang gadis kampung yg bertembung dgn lelaki poyo...maka terjadilah perang dunia ke tiga😄😄