"Mak!"jerit Qaisara bila punggung sudah di labuhkan pada tangga rumah. Penat dia bila terpaksa berjalan sambil menolak basikal sampai ke rumah. Gara-gara terlangar pintu kereta,tayar basikalnya menjadi senget dan hampir tercabut dengan badan. Begitulah keadaan basikal buruk bila berlanggar. Semua benda nak terlerai.
"Apa kena dengan kau ni?"Soal Mak Bedah sebaik sahaja muncul di muka pintu.Terkejut dia bila melihat kesan luka pada lengan anaknya. Terus dia berlari ke dapur untuk mengambil tuala kecil serta air suam.
"Apa dah jadi ni?"Soal Mak Bedah bila lengan anaknya di lap dengan tuala basah. Dia tidak mempunyai peralatan perubatan seperti orang lain,hanya itu yang dia mampu lakukan.
"Qai langgar kereta..." beritahu Qaisara selamba. Bulat mata mak bedah mendengarnya.
"kau langgar kereta? Bukan kereta langgar kau?"Pelik sungguh mak bedah dengan kenyataan anaknya itu.
"Qai langgar kereta yang orang parking tepi jalan"cerita Qaisara. soal apa yanv berlaku di antara dia dan lelaki tadi,malas nak bercerita. Mak Bedah menunjal perlahan kepala anaknya.
"Apa kau ni? Kereta orang parking pun kau langgar. Mata letak dekat lutut ke? Itulah,berangan je kerjanya"bebel Mak Bedah. Qaisara memuncungkan mulut. Apa yang maknya bebel, tidak sedikit pun dia masukkan ke dalam hati.
" Sakitlah mak..."Rungut Qaisara bila maknya menekan di bahagian luka. Nak marah pun janganlah balas dendam pada luka aku.
"Habis mcm mana dengan asam keping mak?"Soal Mak bedah ingin tahu.
"Habislah berselerak. Qai berjaya selamatkan banyak ni je. Yang lain dah kotor " Qaisara menghulurkan bakul berisi asam keping ke arah maknya. Sepatutnya asam keping itu di hantar ke kedai Pak Dollah. Itu yang tidak di pijak,yang dah di pijak dia tinggalkan. Tak kan nak bagi orang makan asam keping bekas tapak kaki si belagak tu.
"Tapi mak jangan risau. Pemilik kereta tu bayar ganti rugi semua asam keping mak " Qaisara menghulurkan duit yang dia terima tadi pada maknya. Mak bedah terus menyambut.
"RM250? Banyak ni. Kalau jual asam keping kita ni,baru dapat RM30 Ringgit."jelas Mak Bedah. Terkejut dia dengan nilai wang itu. Duit itu terlalu banyak berbanding dengan apa yang dia harus dapat.
"Tak apalah mak. Orang dah bagi kita ambil jelah. Lagipun orang tu kaya. Setakat nilai sebegini, lekat celah gigi depa je" balas Qaisara.
" Bagi balik duit ni pada tuan dia. Ini bukan duit kita."Minta Mak Bedah. duit di tangan terus di serahkan kembali pada anaknya.
"Asal pula mak? Dia dah bagi,jadi duit kita lah"
"Entah kau ni. Bodoh betul. Orang dah bagi ambil jelah!"
Muncul satu suara . Pantas kepala Qaisara mendongak ke pintu rumah. Ayah? Kenapa mak tak cakap yang ayah dah balik? Habislah...
" senang-senang bagi aku kalau dah tak nak duit ni"Pantas tangan Pak Daud merampas duit dari tangan anaknya. Qaisara hanya berdiam diri. dia tidak akan melawan walaupun sedikit. Kalau melawan sekalipun, duit itu tidak akan bertukar tangan lagi. Keluhan panjang di hela.
"Bagus anak ayah. Macam nilah baru ayah sayang"Pak Daud mengusap rambut anak perempuannya.
Qaisara ketap bibir. Begitulah ayah bila berjaya dapat duit. Cakap pun macam dalam kain selimut. Perlahan je. Macam pijak semut tak mati. Tapi bila tak dapat duit,terus bertukar jadi buaya kelaparan.
"Tengoklah mak. Sekarang kita berdua yang berputih mata. Ayah juga yang syok boleh enjoy dengan duit tu."Kesal Qaisara dengan apa yang berlaku. Dia hanya mampu memandang kelibat ayahnya semakin menghilang. Nak pergi berjudilah tu! Aku yang dapat sakit, dia yang merasa duit tu. Tak guna betul ada ayah mcm kau ni!
YOU ARE READING
CINTA ASAM KEPING
Short StoryMengisahkan tentang gadis kampung yg bertembung dgn lelaki poyo...maka terjadilah perang dunia ke tiga😄😄