BAB 4

244 8 0
                                    

  "Mak! Qai pergi dulu ya"jerit Qaisara sebaik sahaja turun dari tangga rumah. Selipar jepun di saut pada kaki dan bakul berisi nasi lemak di sangkut pada lengan. Menjadi kebiasaan cuti-cuti sem sebegini,dia akan membantu maknya menghantar nasi lemak di warung-warung berdekatan.

      "Yelah, hati-hati!"jerit Mak Bedah dari dalam rumah. Qaisara menarik nafas dalam bila memandang basikal di bawah rumah. Sudah seminggu dia ke hulu hilir dengan berbasikal gara-gara motosikal masuk parit tempoh hari. Bila ingat kejadian itu hatinya menjadi panas.

Semuanya sebab lelaki tu.Kalau lelaki itu tak salah ambil plastik,mesti aku tak bawa balik rokok ke rumah dan kalau lelaki itu tak berhenti tepi jalan masa motosikal aku rosak,mesti motosikal aku tak tergelincir masuk tali air. Semuanya sebab dia!

Dengan lafaz bismillah,kayuhan di mulakan bila bakul berisi nasi lemak sudah terikat kemas pada bahagian belakang basikal.

Mula-mula nasi lemak di letak di warung Kak Senah, lepas tu warung Babdul dan yang last sekali warung Mat Salleh. pemilik warung yang paling muda di dalam kampungnya. Baru berusia 25 tahun,sudah mampu memiliki warung sndiri. Maju pula tu.

     "Abang Mat, bagi air kosong satu"Minta  Qaisara bila punggung di labuhkan pada kerusi. Penat sungguh dia rasa bila terpaksa mengayuh basikal dari satu warung ke satu warung. Peluh di mula menitis pada dahi.

     "Asal lambat hari ni Qai?"soal Mat Salleh. Segelas teh o ais diletak di hadapan Qaisara. Nasi lemak yang gadis itu bawa di hulur pada pekerjanya. Kerusi di tarik lalu punggung di labuhkan berhadapangan dengan gadis itu.

     " Qai minta air kosong je bukannya teh o ais"beritahu Qaisara. tekaknya mula menelan air liur bila melihat wap ais di sekitar gelas. sedapnya dapat minum air sejuk.

     " Tak apalah. Abang Mat belanja."beritahu Mat salleh. Dia tahu  Qaisara seorang yang berjimat- cermat. Kalau bab beli air,memang yang paling murah.

     "Ye ke? Jangan masuk buka ek. terima kasih Abang Mat"ucap Qaisara.  Turus dia sedup teh o ais itu.Ahhh! Leganya tekak.

      "Kenapa lambat hantar nasi lemak? Ramai dah pelanggan cari nasi lemak tadi. Dah rugi banyak tu."beritahu Mat Salleh. Sememangnya ramai yang datang ke warung dia akan beli nasi lemak hasil air tangan Mak Bedah. Memang sedap terangkat.

     "Dulu naik moto,sekarang kayuh basikal. Memanglah lambat. Penat tau nak sampai sini" ujar Qaisara. dia tahu,sejak tiada motosikal ni, dia selalu lmbat tiba di warung Mat Salleh kerana warung itu lebih jauh dari warung-warung yang lain.

     "  Mat,bagi mee goreng satu!"
jerit seorang pelanggan y baru tiba.

     "Tak nak makan nasi lemak ke?"Balas Mat Salleh pada pelanggan itu.

     "Tak naklah. Tekak aku dah mual makan nasi lemak Mak Bedah"

Qaisara memandang lelaki muda yang bermulut longkang itu mengunakan ekor matanya. Tak guna betul kau Syafik! Bila aku tolak cinta kau, kau hina nasi lemak mak aku!

     "Nak pedas ke tak?"Mat Salleh menukar topik perbualan bila dia rasa kata-kata Syafik menguris hati gadis comel itu.

     "Qai minumlah dulu. Abang Mat nak masak mee goreng kejap"Mat salleh meminta diri. Qaisara terus bangun dari duduk.

     "Tak apalah Abang Mat. Qai balik dulu. Duit nasi lemak, esok jelah Qai ambil."Qaisara trus melangkah ke arah basikalnya.

     "Dah nak balik ke 'model kampung'"Sindir Syafik di selang gelak ketawa dari kawan-kawan lelaki itu. Qaisara mengetap bibir geram.
Dia cabut selipar jepun pada kaki lalu di lempar ke arah Syafik dan dengan pantas basikal di kayuh laju pergi dari situ.
Ambil kau! Makan selipar buruk aku tu! Tak guna betul. Kalau aku lelaki dah lama aku tumbuk kau,tapi aku perempuan. Aku takut....
#############

     "WOI PEROKOK!"

Qaisara yang baru sahaja keluar dari bawah rumah selepas meletakkan basikalnya di situ menghentikan langkah dan kepala terus berpaling ke arah pangkin yang berada di bawah pokok rambutan sebelah kiri rumah.

Keluhan panjang di lepaskan. Dah seminggu menghilang,tiba-tiba muncul balik. Kan lebih baik mampus je daripada hidup menyusahkan orang.

      "Mari sini kau!"

Qaisara buat tidak tahu.Malas nak melayan sebenarnya. Kalau di layan,makan penampar dan kalau tak di layan pun makan penampar juga. Kaki laju melangkah ke tangga rumah.

      " Woi pelacur!kau nak pergi mana tu?"Jerit pak Daud bila melihat anaknya mula mendaki anak tangga.

      "Ayah nak apa lagi?Tak cukup ke selama ni seksa Qai? Ayah tak balik lagi baguslah"Balas Qaisara berani. Selama ini dia tak pernah melawan dan hari ini dia sudah tidak mampu bertahan lagi. Cukuplah tubuh dia di sakiti.

     "Kurang ajar!Sekarang dah berani melawan aku!"tengking Pak Daud.

Qaisara buat tak endah.b Bila melihat ayahnya mula turun dari pangki,terus dia kembali turun dari tangga dan menyorong basikal keluar dari bawah rumah. Sebelum jadi mangsa kemarahan ayah,lebih baik dia cepat-cepat lari.

Merah muka pak Daud menahan marah.Pasu bunga di depannya,di tendang beberapa kali hingga pecah. Kau balik nanti,mati aku kerjakan!
♡♥♡♥♡♥♡♥

CINTA ASAM KEPINGWhere stories live. Discover now