"Mak tak setuju!"keras Mak Bedah bila anak perempuannya mengutarakan keputusan untuk berhenti belajar. Di tenung muka Qaisara yang dari tadi lagi hanya menunduk.Terus dia duduk di sofa bertentangan. Nasib baik jirannya baik hati menumpangkan dia dua beranak sementara rumah kecilnya siap di bina.
" Tapi mak..."belum sempat Qaisara menghabiskan ayat, Mak Bedah terus menyampuk.
"Tak ada tapi-tapi lagi. Kau tak boleh berhenti belajar. Mak tak benarkan! Pelajaran yang mampu ubah kehidupan kita nanti. Mak tak nak kau jadi macam mak. Hidup merempat sampai ke tua" nasihat mak bedah.
"Qai nak tolong mak. Qai nak kerja dan tanggung mak. Kita bukan macam dulu lagi. Semua duit biasiswa Qai dah tak ada. Qai kena berhenti belajar sebelum hutang Qai dengan university semakin bertambah. Qai janji, lepas ekonomi kita stabil, Qai akan sambung belajar semula"rayu Qaisara. Dia tidak mahu membebankan wanita tua itu lagi. Lagipun dia dah dapat kerja di pekan sebagai pembantu jualan. Lagipun hutang dengan Ah Long masih ada lagi. Tak kan dia nak biarkan mak tangung hutang itu sendirian dengan hanya menjual nasi lemak.
"Biarlah Qai pilih cara hidup dia sendiri,Bedah. Sekurang kurangnya dia ada dekat kampung untuk tengok-tengok kan kau"Sampuk Mak Nab pula. Mak Bedah hanya berdiam diri. Dia tidak mengangguk mahupun menggeleng.
♡♥♡♥♡♥♡
Hazril menyandarkan tubuh pada sofa. Kaki di silang ke atas dan tangan pula di depa. Sejak Erin pergi, hidupnya jadi tidak keruan. Entah mengapa dia terasa kosong. Erin tidak seperti wanita lain yang berjaya menambat hati batunya."Bro!Dah ready ke? jom"Ajak Zack sebaik sahaja memasuki ruang pejabat majikannya itu. Bila tiada balasan dari Hazril, dia melangkah ke sofa dan punggung di labuhkan di situ.
"Asal kau ni? Sejak dua tiga hari ni aku nampak macam tak berapa bersemangat. Level playboy dah turun ke?"Usik Zack. Dia perasan yang kawannya itu tidak seperti biasa. Lebih banyak termenung. Bercakap pun kurang apatah lagi ketawa.
"Tak ada apa-apa lah. Dah nak pergi ke?"Soal Hazril. Dia kerling jam pada tangan. Sudah masuk pukul 2 petang. Dia janji nak balik ke kampung untuk tengok tapak projek, pukul 1 petang. Dah lewat satu jam dari waktu yang di janjikan.
"Aku tahu kau ada masalah. Masalah company ek?"Duga Zack. Selalunya masalah syarikat yang mampu buat lelaki itu menjdi murung. Kalau masalah lain rasanya tidak ada. Masalah perempuan lagilah tak lojik. Tak kan kasanova dah kalah kut.
"company mana ada masalah. Okey je. Ini masalah lain" balas Hazril kurang bersemangat. Zack merenung kawannya.
" masalah perempuan?"
Hazril melepaskan keluhan panjang.
" Ini yang aku takut. Playboy yang aku kenal tak mcm ni. Asal kau jadi teruk sangat ni? Perempuan mana yang dah berjaya menambat hati kasanova yang paling hebat kat KL ni?" Soal Zack pelik. Habislah bila kasanova dah jatuh cinta.
"Erin dah tinggalkan aku..."beritahu Hazril.zack mengerutkan dahi.
"Budak perempuan yang bertudung tu?"
Hazril mgangguk.
" Alah kau ni. Kata kasanova, tak kan jatuh cinta pada budak tak hot tu. Lupakanlah dia tu. Ramai lagi perempuan cantik dan seksi-seksi nak dekat kau. Julia, Mazni, Hanna, Sofia, semua kejar kau. Apalah sangat dengan budak skema tu" Nasihat Zack dalam tawa. Ingat perempuan manalah tadi, 'ustazah' tu rupanya. Tapi aku tabik kat kau Erin sebab berjaya menghancurkan hati Hazril. Tak pernah ada seorang wanita pun yang berjaya menambat hati lelaki itu.
YOU ARE READING
CINTA ASAM KEPING
Short StoryMengisahkan tentang gadis kampung yg bertembung dgn lelaki poyo...maka terjadilah perang dunia ke tiga😄😄