"Qaisara!mana barang yang mak pesan tu?"Jerit Mak Bedah dari dapur.
Qaisara yang sedang leka membaca novel di sofa ruang tamu terus berdiri bila kedengran suara seiras pontianak bergema di bahagian dapur.Novel pada tangan terpelanting jatuh ke lantai kayu. Sebelum dia pula yang terpelanting, laju kaki di hayung ke dapur seiring dengan bunyi lantai papan yang terhimpit sesama sendiri. Begitulah bunyinya setiap kali melangkah. Maklumkan, rumah papan katakan.
"Adalah lah mak atas meja tu"beritahu Qaisara sebaik sahaja tiba di bahagian dapur.Kelihatan mak sedang mengorek sesuatu dari perut peti ais yang begitu usang.Kalau tutup pintu tu kuat-kuat,memang tercabutlah. Pintu dekat bahagian beku pun dAh tertanggal.Sebab itulah peti ais dah jadi mcm gunung salji.Tak payah pergi I-cty, dalam peti aku pun dah cukup sejuk.
"Mana?"Marah Mak Bedah sebaik sahaja peti ais di tutup perlahan. Kalau tercabut pintu peti ais ni, aku juga yang susah. Aku bukannya orang kaya,peti buruk ni pun hutang tak habis lagi.
" Ini"Qaisara menunjuk ke arah plastik yang baru sahaja dia bawa pulang dari kedai.
"Cuba kau periksa apa yang tak ada dalam plastik tu"Arah Mak bedah sambil berpeluk tubuh.
Qaisara terus menyelongkar beg plastik berwarna putih itu. Tomato ada,bawang merah dengan bawang putih ada. Kunyit debu ada. Timun batang ada. Apa yang tak adanya?Aku rasa aku dah beli semua barang yang di pesan.
"Apa yang tak ada?"Soal Mak Bedah lagi.
"Semua yang mak pesan adalah. apa yang Qai tak beli?"Soal Qaisara kembali.Dia memang tak pernah lupa apa yang mak dia minta belikan selama ini.Kalau pesan seratus barang sekalipun,dia akan ingat. Ini Qaisara lah. matamatik dapat A. Ingatan aku kuat. Kalau dua tiga barang, celah gigi je tu.
" Asam keping aku mana?"Soal Mak Bedah.
Qaisara mengerutkan dahi.Bila masa pulak mak pesan asam keping?
"Mana ada mak pesan asam keping? Asal otak Qai tak ingat pun yang mak pesan asam keping?"balas Qaisara hairan.
"Hah!sesuai sangatlah tu.Kau dengan asam keping pun tak ada beza. Otak sama-sama kering. Benda senang pun tak boleh ingat"Bebel Mak bedah sambil mengacau gulai ayam kampung di dalam periuk.
"Apa mak ni.Suka cakap Qai macam tu. Rumah kita ni langsung tak ada stok asam keping ke, mak?" Soal Qaisara pelik. Selama ini, mak salah seorang pembekal asam keping dekat kampung ni. Setiap tahun mak hasilkan asam keping dari buah gelugur.Untung ada pokok asam gelugur dekat belakang rumah.Dapatlah juga menjana pendapatan sampingan dari situ selain menjual nasi lemak.
"Sebab tak adalah mak suruh kau beli. Mak lupa nak simpan sikit hari tu. Semua asam keping kita tu mak dah jual" Sengih Mak Bedah. Kalau bab itu, dia salah.
Geleng kepala Qaisara dengan kerenah maknya itu. Macam-macamlah mak ni. Ada ke pembekal asam keping pergi beli asam keping sendiri? Geli hati pulak aku rasa.
" Pergilah beli"arah Mak Bedah sekali lagi.
"Yelah, Qai pergi kedai balik"Qaisara akur.Terus dia melangkah meninggalkan ruangan itu.
Mak Bedah memerhati setiap langkah anaknya meninggalkan dapur. Bila dah yakin anaknya sudah berlalu pergi,Mak Bedah tergelak besar. Sebenarnya mak yang lupa nak pesan tadi,bukannya kau lupa.
"Qai dengar tu!"
Kedengaran suara anaknya dari ruang tamu.Mak Bedah terus menutup mulut. Alamak!macam mana dia boleh dengar aku bercakap dalam hati? Suara aku terkeluar ke tadi?
"Cepat pergi beli!Mak nak masak ni!"Jerit Mak Bedah kembali. kali ini dia menahan tawanya. Padam muka kena tipu.
"PAK DOL,bagi saya asam keping Rm2 ringgit"minta Qaisara sebaik sahaja memasuki kedai runcit salah seorang penduduk kampung.
YOU ARE READING
CINTA ASAM KEPING
Короткий рассказMengisahkan tentang gadis kampung yg bertembung dgn lelaki poyo...maka terjadilah perang dunia ke tiga😄😄