"Qai!tunggu!"
Qaisara terpaksa menghentikan basikalnya bila di halang oleh satu motosikal yang di tunggang dua pemuda. Kedua-duanya kawan sepermainan dia ketika zaman kanak-kanak dulu.
"Nak pergi mana ni? Kalut je aku tengok"Soal si pemandu motosikal itu yang bernama Jamal.
"Nak pergi rumah Maria."balas Qaisara. Memang dia suka ke rumah kawan baiknya itu ketika ada masalah. Nasib baiklah Maria menetap di kampung,jadi bila-bila masa pun boleh jumpa.
"Aku dengar kau bagi syafik makan selipar pagi tadi,betul ke?"Soal si pembonceng pula yang bernama Hakimi. Qaisara tergelak kecil.Cepat betul berita itu tersebar padahal baru pagi tadi kejadian itu berlaku.
"Mulut dia kurang ajar sangat. Dia kutuk nasi lemak mak aku. Itu yang aku angin tuh! Alang-alang dah jumpa korang dekat sini, korang boleh tolong aku tak?" minta Qaisara sambil tersenyum nakal.
Jamal dan Hakimi saling berpandangan sebelum sama-sama mengangguk laju. Mereka dah lama berkawan dengan gadis melayu versi ganas itu. Kalau setakat minta tolong, tak ada hal lah. Tapi jangan minta duit,sebab mereka memang tak ada duit.
"Orait! Korang tolong ambil balik selipar aku,boleh?"Minta Qaisara. Jamal dan Hakimi tergelak kecil.
"Selipar jepun yang buruk tu? aku tengok selipar tu tahap masuk tong sampah dah,kau still nak lagi"sindir Jamal.
"Kau cakap baik-baik sikit. Walaupun buruk,aku still sayang tau. Masih boleh pakailah. Lagipun membazir buang macam tu je. Kalau nak beli selipar lain,kena pakai duit bukannya pakai daun"bebel Qaisara. Jamal mengelengkan kepala dengan kerenah Qaisara.
"Qai,Qai. Kedekut nak mampus. Taik hidung masin kau ni"Usik Jamal. Pantas tangan Qaisara memukul lengan Jamal. suka-suka nak mengutuk aku. Aku bukan kedekut tapi aku lebih suka berjimat cermat.
"Boleh tolong tak ni?"Qaisara inginkn kepastian.
"Asal kau tak ambil sendiri?"Sampuk Hakimi pula.
"Aku malaslah nk mengadap muka Syarik gila sawan tu. Kau lah tolong aku. Nanti aku belanja korang rambutan depan rumah aku tu"Pujuk Qaisara lagi dengan di tawarkan umpan yang paling murah dan tidak mengeluarkan duit.
"Rambutan je? Kedekut betul. Belanjalah nasi kandar ke? Laksa penang ke? Nasi ayam ke? Tak pun habis-habis ciput, belanja nasi lemak mak kau selama seminggu"cadang Hakimi pula.
"Cantik sikit!Daripada belanja korang makan,lebih baik aku belanja anak-anak yatim. Untung nasi lemak mak aku tu banyak manalah sgt,itu pun kau nak kebas"Qaisara memulakan kayuhan.Malas nak melayan kerenah kawan-kawannya itu.
"Qai!Aku tolong!"jerit Jamal bila gadis itu semakin jauh darinya.
Qaisara hanya mengangkat tangan dan langsung tidak berpaling ke belakang. Senyuman lebar terukir di bibir. Kan dah cakap, mereka memang baik. Perangai saja kadang-kadang tu jadi nakal.
##########"PAK DOLLAH, buah gelugur dekat belakang rumah saya dah masak. Tahun ni Pak Dollah masih nak ambil stok dengan mak saya ke?" Soal Qaisara. Sememangnya setiap tahun, pada lelaki itulah dia jual asam kepingnya selepas selesai di jemur.
"Eh, elok sangat lah tu. Tak payah Pak Dollah ambil stok dari kampung seberang dah. Asam keping mak kamu lagi elok dari asam keping kampung seberang.Buat banyak-banyak tau"beritahu pak Dollah gembira. Asam keping dari kampung seberang kurang elok dan kadang-kadang ada yang jadi busuk selepas sebulan.
"Qai balik dulu lah Pak Dollah. Nanti Qai hantar asam keping tu" Qaisara meminta diri. Trus dia kayuh basikalnya balik ke rumah.
Kalau mandi sungai ni mesti best.Bisik hati kecilnya.Kaki semakin pantas mengayuh basikal menuju ke hujung kampung. Di situ ada air terjun. Ramai orang berkhelah di situ jadi tidaklah takut sangat kalau pergi sendirian.
Ketika dia melintasi satu kawasan,terasa panas sungguh pada bahagian kepala. Selalunya,kawasan itu redup dengan rimbungan pokok-pokok di tepi jalan. Basikal di hentikan di tepi jalan. Dia pandang ke kiri. Kawasan yang dulunya penuh dengan pokok-pokok kini tiada lagi.Dah jadi seperti padang bola sepak yang tidak berumput pun ada.
Apa dah jadi dengan kebun getah Pak Dollah ni? Kenapa tebang semuanya?Pak Dollah nk tanam pokok kelapa sawit kut. Yelah sekarang ni ramai pengusaha getah beralih pada tanaman kelapa sawit pula. Kata mereka, getah terlalu murah bila di jual. Agaknya lah.
"Woi model!"
Qaisara tersentak dri lamunannya.Terus dia berpaling ke arah motosikal yang mula berhenti di sebelah. Senyuman manis di hadiahkan pada Maria dan suami wanita itu.
"Nak pergi mana?"Soal Maria dari belakang.
"Nak pergi mandi air terjun. kau?"Soal Qaisara kembali.
"Aku pun sebenarnya nak pergi mandi air terjun juga tapi jabatan kesihatan tak benarkan orang mandi dekat situ sebab ada kes pengunjung kena jangkitan kencing tikus. So aku patah baliklah."beritahu Maria.
Qaisara kecewa dengan apa yang Maria baru sampaikan itu. Penat-penat kayuh basikal smpai sini,last-last tak dapat mandi. Adoi!!!
"Buat penat je aku kayuh sampai sini. kau tarik aku boleh tak?malas lah nak kayuh"minta Qaisara. Maria hanya mngangguk. Terus tangan kiri Qaisara di pegang. Bila motosikal bergerak,maka bergeraklah juga basikal gadis itu. Tak payah penat-penat kayuh. Mesti rasa mcm naik basikal berenjin.
# # # #
"MINGGU depan Qai dah kena masuk asrama balik. Kesian kat mak sebab kena hantar nasi lemak sendiri lepas ni" ujar Qaisara di meja makan. Kacang panjang pada tangan di patahkan beberapa bahagian. Mak kata nak masak kacang panjang di goreng bersama hati ayam. Tak sabar nak makan.Mak Bedah yang baru selesai membasuh sayur bayam terus membawanya ke meja makan di mana anaknya sedang memotong kacang.Punggung di labuhkan pada kerusi.
"Alah sebelum ni mak buat sendiri juga. Masa cuti macam ni je kau tolong mak"balas Mak Bedah.
"Itu masa kita ada motosikal,sekarang ni kita ada basikal je. Sorry mak sebab hilangkan motosikal kita"mohon Qaisara murung. Nasib baiklah mak tidak marah soal motosikal masuk tali air itu. Sebab itulah aku sayang mak. Mak seorang wanita yang selalu berdiri di belakang aku dalam setiap susah dan senang. Kalau ayah, aku benci!!!
"Nak mak maafkan, beli motosikal baru untuk mak"minta Mak Bedah .
Qaisara mengerutkan dahinya.
"Apa mak ni..."Qaisara merenung wajah maknya. Mak Bedah tergelak besar. Tahu takut...
" Tapi lepas Qai dapat kerja lah. Masa tu mak tuntut motosikal mak balik"Usik Mak Bedah. Qaisara tergelak besar. Dia bangun dan terus memeluk tubuh maknya dari belakang. Di kucup pipi tua itu.
"Sebab itulah Qai sayangkan mak. Qai janji, Qai akan habiskan study and cari kerja cepat-cepat sebab Qai nak ganti balik motosikal mak." janji Qaisara. Mak Bedah membelai pipi anaknya.
"Mak pun sayangkan Qai. Qai satu-satunya anak yang mak ada." ucap mak bedah pula.
"Mak, ayah balik tak hari ni?"Soal Qaisara sebaik sahaja kembali duduk dan meneruskan kerjanya semula. Dia berharap sangat yang ayahnya tidak akan balik sampai bila-bila.
"Ayah tu ayah Qai tau. Bukannya ayah tiri" Mak Bedah mengingatkan anaknya. Dia tahu di sebalik persoalan itu . Walau macam mana sekalipun,lelaki yang kejam itu tetap suaminya. Qaisara menjuihkan bibir.Kepala di tunduk ke bawah.
"Tahu..."balas Qaisara sedikit kecewa.Kalau lelaki itu bukan ayah dia,lagi bagus.
"Walaupun ayah kau bukan macam ayah orang lain, tapi sampai ke mati lelaki buruk tu tetap ayah kau."Nasihat Mak Bedah. Qaisara mengangguk sahaja.Dia tidak ada buah untuk menyampuk lagi. Kalau bercakap dengan mak,memang selalu mati kata-kata.
" Dah siap potong kacang tu?"Mak Bedah menukar topik perbualan bila melihat anak perempuannya monyok. Terasa hati lah tu.
Qaisara mengangguk. Kacang yang sudah selesai di potong terus di letak dalam singki. Di cuci sebelum mengorengnya.
"Lepas kau bergaduh dengan ayah kau dekat tangga hari tu,sampai sekarang ayah kau tak balik-balik."beritahu Mak Bedah tanpa di pinta.
"Maaf mak,sebab Qai ayah tak balik"mohon Qaisara di singki.
" Biarlah dia.Dah jom masak"Ajak Mak Bedah. Dia bukan hairan sangat suaminya balik atau tidak tapi dia tak nak Qaisara berdendam dengan suaminya itu. Dia tak nak Qaisara jadi anak derhaka. Itu sahaja. Harap Qai faham.
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡
YOU ARE READING
CINTA ASAM KEPING
Short StoryMengisahkan tentang gadis kampung yg bertembung dgn lelaki poyo...maka terjadilah perang dunia ke tiga😄😄