Beginning

7.7K 298 8
                                    

Sekolah. Dengar je perkataan tu dah buat kita mengeluh dah. Students jelah faham rasanya macam mana. Actually suka je sekolah,boleh jumpa kawan-kawan,lepak dengan member,makan,tapi yang tak sukanya bila belajar,bila cikgu kau bagi homework berlambak,bila ada exam yang kau kena hadap tiap bulan,yang paling cuakk,tunggu result!

"Urghhhh"

Aku mengeluh sekuat-kuatnya dalam bilik aku. Kalau boleh,nak je stay dalam bilik ni all day long tau. Tapi apa kan daya,mimpi yang tak akan jadi realiti. Mahu tak mahu,terpaksa lah aku paksa kan diri aku bangun awal pagi bersiap. Tuala aku capai,perlahan-lahan pintu bilik air aku kuak. Lepas mandi,baju seragam sekolah berwarna putih yang sungguh membosankan itu aku sarungkan ke tubuh. Rambut disanggul,tudung disarung.  Ok done!!

Selepas berposing beberapa ketika dihadapan cermin,langkahku diatur menuju ke dapur memandangkan perutku sudah berbunyi keroncong memohon untuk diisi dengan segera.

Bau nasi lemak masakan Mak Esah sudah menarik minat ku. Segera aku mencedok nasi dan sambal lantas menyuapkan ke mulut ku.

"Amboi,makan tak menyabar ke sampai doa pun lupa nak baca"

Pehhh deep nya Mak Esah perli aku.

"Ala,makanan Mak Esah sedap sangat ni sampai terlupa nak baca doa" aku sengih melebar.

**

"Nia,sini!!. Cepat lah oi"

Aku melambai memanggil Nia setelah kelibat bff aku itu muncul. Nia ni pun satu berjalan macam siput khinzir.

"Hehe,sorry lambat harini,aku sakit perut kat rumah tadi,nasib dah okay lepas makan ubat" Nia menyengih.

"Haa ye lah,tak pe,macam lah tak biasa dengan perut sembelit kau tu. Ni aku ada story ni"

Aku pun apa lagi,cerita lah pasal mamat tu mesej aku & macam tahu² je aku buat apa blah,blah,blah,semua tu.

"Weh,serius lah,takut nya,habis tu,kau nak buat apa sekarang ni?"

"Buat apa,bukannya dia datang cari aku kat sekolah pun"

Kelakar pula aku dengar pertanyaan Nia ni. Tanya macam aku ni dah kena apa-apa je.

"Weh,pinjam buku matematik,soalan semalam tak siap lagi hehe"

Aku mencebik. Cis,ada udang di sebalik batu rupanya kawan aku ni. Baik-baik pagi ni bersebab.

"Haa okay,nanti aku bagi".

Aku pun bukanlah jenis kedekut. Lagipun Nia memang bukan jenis kawan yang suka ambil kesempatan. Bila betul-betul perlu baru dia minta. Itu yang aku suka bila berkawan dengan Nia,sebab aku memang pernah ada pengalaman dengan kawan aku dulu. Mentang-mentang aku pandai,tiap kali homework nak tiru. Amboi banyak cantik muka dia. Dia fikir aku senang-senang kena pijak.

***

Lalu,bermulalah seharian aku di sekolah. Cikgu masuk,keluar,masuk balik,keluar balik,homework,homework dan homework.

Setelah mengharungi medan peperangan lebih 7 jam,akhirnya berjaya juga aku tempuh.

Ringgg!!

Hehe student mana je yang tak suka dengar bunyi tu kan? Bunyi yang menandakan semua pelajar boleh pulang. Fuhh,selesai jugak urusan aku harini. Packing-packing barang sekolah. Ok siap!

"Nia,jom balik,kau tak payah lah telefon mak kau,kau telefon cakap nak buat kerja sekolah kat rumah aku,nanti aku hantar balik,sebab kerja berlambak buat seorang memang tak siap lah jawabnya." Aku mengajak Nia untuk duduk di rumah aku. Boleh lah buat homework sama-sama,tak faham boleh bincang. Senang kan?

***
Sedang aku dengan Nia tunggu Pak Mat di pagar sekolah,Nia tarik-tarik lengan aku and tunjuk kat seorang lelaki yang sedang khusyuk pandang kitorang.

"Weh,itu bukan mamat yang usya kau haritu ke?"

Aku terdiam. Rupa memang agak macam dia tapi masa tu dia tengah pakai cermin mata hitam. So susah sikit kitorang nak pasti kan. Bila dia nampak je kitorang nampak dia,cepat-cepat dia masuk dalam kereta dia and pergi. Aku apa lagi,mula lah takut. Masinnya mulut aku,pagi tadi cakap "bukan dia cari aku kat sekolah pun" tapi sekarang? Haa,betul-betul kena ikut ni.

Aku paut lengan Nia and cakap yang aku betul-betul takut. Nia cuba tenangkan aku and yakinkan aku maybe kitorang salah orang. Ya,maybe kitorang salah orang. Cepat-cepat aku tenangkan diri aku.

***
Homework dah siap. Nia pun dah balik. Tapi aku rasa tak sedap hati dengan kejadian petang tadi. Macam mana kalau tadi memang mamat haritu? . Aku berteka-teki dalam hati. Siapa yang tak takut bila orang yang kita baru kenal tiba-tiba tahu sekolah kita. Serabut kepala aku fikirkan benda ni.

📩Hye,tengah buat apa tu? -Hakimi-

Aku diam. Tak membalas apa-apa sebab takut. Nombor Hakimi aku delete dan block. Segala mesej aku dengan dia pun aku delete. Aku tak nak ada apa-apa lagi urusan dengan dia. Selimut aku capai dan lelapkan mata mengharapkan semuanya hanya mimpi.

PSIKOPATWhere stories live. Discover now