Feed

7.1K 255 8
                                    

"Sini!"

Lenganku ditarik kuat. Tiba di sebuah rumah,tubuhku diheret keluar daripada kereta yang diberhentikan lantas sebelum dibawa masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja ke dalam rumah,, tubuhku dihempas ganas ke dinding.

"Kau dengar sini eh perempuan,kau kena ikut apa sahaja cakap kami,jangan berani nak melawan sepatah pun, kalau kau lawan, kau tahu lah apa nasib kau nanti"

Telingaku dihamburkan kata-kata itu secara kuat. Aku menangis ketakutan.

"Aku taknak! Aku taknak!" Aku tak tahu dari mana aku dapat keberanian nak melawan kata mereka.

"Kau taknak?! Berani kau lawan cakap aku eh?! Aku dah kata jangan sesekali bukak mulut! Kau memang nak kena!"

Lelaki tadi segera mengangkat buku limanya bersedia untuk menumbukku. Mataku terpejam rapat menjerit sepuasnya. Aku takut. Badanku menggigil kuat.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!"

"Yana! Yana!"

Terasa tubuhku digoncang agak kuat. Segera aku mencari kekuatan untuk membuka mataku sepenuhnya. Cahaya matahari perlahan-lahan memasuki mataku. Dapat aku lihat wajah Mak Esah penuh kebimbangan melihat aku. Mungkin terkejut dengan perlakuan aku. Allah,tak sangka rupanya mimpi. Dadaku berombak laju. Jantungku juga masih berdegup kencang.

"Yana okay ke tidak ni? Terkejut Mak Esah dengar Yana berteriak tadi. Sampai ke luar dengar. Yana kenapa?"

"Yana okay,mimpi buruk je tadi." Bibirku segera menguntumkan senyuman. Aku pun tak nak biar Mak Esah risaukan aku lama-lama. Peluh di dahi aku kesat. Mimpi pelik lagi. Tapi kali ni,mimpi ni agak kasar dan nampak seperti realiti. Allah. Mulut aku terkumat-kamit membaca surah untuk tenangkan hati. Bukan pertama kali mimpi buruk, tapi entah kenapa mimpi buruk malam tadi terus berlegar dalam fikiran aku. Mungkin salah aku juga kerana tidur terlalu lewat semalam. Mungkin juga kerana aku terlalu letih. Mungkin.

Pelik juga sebab alarm di telefonku tidak berbunyi. Mungkin kerana semalam aku terlalu letih menyiapkan kerja sekolah sampaikan tidak sempat nak set apa-apa alarm pada handphone.

Ting!
Ting!

Notification masuk. Malas aku nak check memandangkan aku dah lambat nak ke sekolah. Segera aku turun untuk menikmati sarapan masakan Mak Esah. Kelihatan papa mamaku turut sama di meja makan. Mungkin mereka baru pulang pagi tadi.

"Yana ada duit belanja lagi tak?" Tanya mama.

"Ada lagi ma, jangan risau"

"Ha yelah,belajar elok-elok." Bibirku menguntum senyuman. Walaupun kelihatan seperti ayat yang simple,namun mamaku bukanlah jenis orang yang mudah untuk mengungkap sedemikian.

"Papa mama naik dengan Pak Mat ke?"

"Tak,papa mama gerak sendiri. Sebab nak singgah kat tempat yang jauh sikit" jawab papaku.

Aku mengangguk. Tangan Mak Esah,papa dan mama aku salam sebelum ke sekolah.

**

"Peh, creepy cerita kau ni, kalau kau mimpi lagi bagilah tahu aku, boleh aku dapat inspiration untuk buat novel ke".

Nia tersengih sendiri lepas buat lawak hambar. Tak guna betul minah ni. Ada ke patut, aku cerita penuh semangat nak bagi dia dengar tentang mimpi aku semalam,dia boleh buat lawak dia kononnya nak buat kompilasi mimpi aku as novel dia. Hampeh betul.

"Ha ha ha" Aku gelak sepatah-sepatah. Malas nak melayan perangai sewel si Nia ni. Tak pernah nak serius.

"Halah, gurau je sis, jangan lah emo sangat. Kau takde bagitahu sesiapa ke pasal mimpi kau ni. Papa mama kau?"

"Ish taknak aku cerita,tak dilayan. Diam-diam sudahlah. Yang kau tu,jangan nak dihebohkan pulak. Kalau aku tahu, memang aku tak nak aku datang rumah kau buat homework kau tu haha"

"Ya,tak lah. Dont worry. Btw janganlah risau sangat pasal mimpi kau tu. In sha allah okay je"

Nia mengusap bahuku perlahan. Aku sekadar senyum sendiri. Aku mengeluh perlahan.

**

Tombol pintu bilik aku putar perlahan sebelum menghempaskan badan ke katil. Penat seharian di sekolah. Mimpi semalam pun aku dah buat bodoh je,malas nak ingat mimpi mengarut tu lagi.

Ting!
Ting!

Dari semalam lagi phone aku berbunyi. Cuma aku tak sempat nak check phone semalam sebab penat sangat menyiapkan homework di rumah Nia. Pagi tadi pun rushing ke sekolah sampai tak sempat. Finally ada juga masa.

Password handphone aku tekan. Kelihatan banyak notification masuk tertera di skrin telefon. Aku membaca satu persatu.

'Unknown224 liked your post'

'Unknown224 liked your post'

'Unknown224 liked your post'

23 notification.

Kesemuanya adalah notification yang sama dan juga daripada orang yang sama. Aku cuba berfikir positif. Mungkin dia mahu spam like di wall instagram aku. Aku cuba membuka wall Unknown224 tersebut di instagram. Ada 3 posts. Tapi,akaunnya itu dah di'set'kan dalam keadaan private yang buatkan aku tidak boleh tengok gambar yang di'post'kan. Di dalam kepala, aku fikir berkali-kali sama ada mahu menekan butang follow yang tertera di skrin phone aku itu atau tidak. Kalau boleh memang tak mahu ditekan tetapi rasa ingin tahunya itu membuak-buak. Akaun misteri itu sering menarik perhatian aku kerana akaun tersebut takde gambar profile yang tertera and disebabkan nama usernamenya yang agak pelik dan misteri. Akhirnya,butang follow aku tekan sebelum aku mandi dan menyiapkan kerja sekolah yang still tergendala.

Ting!

Notification masuk.

'Unknown224 accept your friend request'

Notification tersebut aku baca. Aku teruja. Cepat-cepat aku membuka akaun misteri tersebut untuk melihat gambar yang di'post'kan ke dalam akaun itu. Keterujaan aku tidak bertahan lama. Gambar yang di'post'kan nampak agak creepy untuk dilihat orang yang biasa dan normal. Gambar yang dipost semuanya adalah gambar keluarga yang berbeza sedang tersenyum. Senyuman yang menakutkan.  Gambar itu juga nampak seperti ia diambil pada waktu tengah malam dengan berlatar- belakangkan dinding usang dan kesemua mereka duduk di atas kerusi lama. Seram sejuk aku melihat gambar yang di'post'kan itu dan yang paling menyeramkan orang yang di'follow' di akaun itu hanyalah aku.

Ya. Hanya aku. Aku terdiam.

Aku memilih untuk tidak menekan butang 'block' bagi membolehkan aku melihat post yang akan datang dari akaun misteri itu dan mengetahui empunya akaun itu.

Seperti biasa, aku catatkan semua yang terjadi di dalam diari.

PSIKOPATWhere stories live. Discover now