Ting!
Sedang aku berbaringan di katil,telefon yang sentiasa berada denganku 24/7 berbunyi tanda nitofikasi masuk. Apa lagi,tak sampai sesaat terus aku capai telefon pemberian papaku itu.'Unknown224 have followed you'
"Siapa pulak unknown ni,haih. Suka hati lah dia nak follow aku"
Lagipun aku memang setkan instagram aku ke mod public so sesiapa yang nak follow memang dibenarkan pun. Malas nak ambil pusing,buku kimia aku capai,alat tulis kemudian aku lambakkan di atas katil. Ya,ini lah habit aku. Buat homework atas katil walaupun dah tersiap sedia meja belajar yang cantik di sudut dinding. Bijak kan? Haha.
Setelah bertarung 30 minit dengan buku kimia,akhirnya aku selesai. Fuhh!! Aku menjerit semahunya lantas meregangkan badan yang sakit kerana terlalu lama baring. Telefon aku capai. Instagram aku buka. Ada satu mesej. Hmm,siapa pulak mesej aku ni? Nia ke? Aku berteka-teki dalam hati.
📩Hye- unknown224
Siapa pulak ni? Haih. Kalau kenal,tak apa lah jugak. Butang delete aku tekan. Aku memang macam ni. Bukan sombong,tapi memang tak melayan orang yang aku tak kenal dekat laman sosial ni. Tapi entah kenapa,aku rasa tak sedap hati dengan mesej tadi.
Dear diary,
Harini ada orang yang aku tak kenal follow dan bagi mesej dekat aku. Aku bukan apa,cuma rasa tak sedap hati. Yelah,haritu dekat sekolah macam nampak kelibat Hakimi. Sumpah creepy gila bila ingat balik.Baru sahaja aku nak sambung penulisan aku,bilik aku diketuk dengan tiba-tiba. Fuhh,sakit jantung aku. Pintu bilik aku buka.
"Mak Esah ni,terkejut Yana tau,ish"
Terkejut aku dibuatnya. Ingatkan siapalah tadi,ketuk bagai nak rak dibuatnya.
"Haha,maaf lah Yana,mak Esah dah panggil dari dapur tadi,maybe Yana tak dengar,dah lah,jom makan,Mak Esah masak lauk ayam goreng,tak nak ke?"
"Nak!" Jerit aku dan terus berlari ke dapur. Perut pun memang daripada tadi dah berkeroncong minta kena isi. Kena saji pula dengan ayam goreng. Fuh! Terbaik lah Mak Esah. Tahu-tahu aja bila perut aku lapar.
"Blurp!! Alhamdulillah. Thanks Mak Esah,nanti masak lagi tau"
"Haa yelah Yana,nak mengikut isi perut Yana,sampai bila-bila pun tak puas"
Mak Esah menggeleng-geleng melihat aku mengusap perut ku yang kekenyangan.
Selesai makan,apa lagi,baring lah haha. Telefon aku capai dan laman sosial ku dibuka selang-seli. Sekejap buka instagram,sekejap twitter,sekejap whatsapp. Melihatkan jam di tepi katilku sudah capai angka 12,cepat-cepat aku set alarm di telefon dan selimut aku tarik bagi menambah keselesaan semasa aku tidur.
Sedang aku khusyuk tidur,telinga aku sempat menangkap bunyi bising di bilikku,aku membuka mataku separuh dan melihatkan tiada apa yang berlaku,tidur lena aku sambung sehinggalah alarm di telefonku berbunyi tepat jam 6 pagi. Aku menggeliat kemalasan dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu' dan menjalankan kewajipanku.
Selesai solat,telekung aku lipat dan letakkan di atas rak yang tersedia betul-betul di tepi tingkapku. And then,lepastu,baru aku perasan yang ada benda tak kena dengan tingkap aku. Nampak macam agak rosak. Macam ada someone try buka dari luar. Lepastu baru aku teringat yang aku terdengar bunyi bising dari tingkap masa aku tidur but aku tak larat nak buka mata penuh-penuh nak tengok sebab terlalu letih dan kenyang.
Jantung aku berdetak laju. Rasa tak sedap hati makin menjadi-jadi. Entah kenapa aku rasa benda ni semua macam ada kaitan dengan Hakimi. Ish,tak mungkinlah dia. Aku geleng-gelengkan kepala. Yang penting,semua benda ni,aku mesti cerita pada Nia.
"Weh! Creepynya!"
Nia menjerit sambil menekup mulut after aku cerita all the thing that happen. Rasa kelakar pun ada,overdrama betul minah ni.
Aku memandang Nia tanpa reaksi. Act,aku pun tak tahu nak buat apa lepasni.
"Kau tak bagitahu parents kau?"
"Tak." Aku menjawab malas. Bukan taknak beritahu,tapi yelah,diorang kesah ke? Tu yang malas nak beritahu tu.
Nia kemudian pukul lengan aku.
"Ish kau ni. At least,kalau tak nak beritahu parents kau,beritahu lah Mak Esah. At least,ada someone tahu apa jadi. Faham?"
Nia kemudian sambung lagi bebelan dan syarahan dia sampai habis waktu rehat. Apa yang dia bebel? Entahlah,aku pun tak dengar. Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Nak tak nak,terpaksalah tadah telinga dengar.
Aku pun tengah pening sama ada nak beritahu parents aku atau tidak. Ah! Bagitahu jelah! At least aku cuba.
Sampai saja di rumah,mamaku aku panggil untuk masuk ke bilikku.
"Apa dia Yana? Cepat sikit,mama ada meeting lepas ni."
Belum lagi tunjuk,mama aku dah naik angin. Apa lah nasib aku ni. Tapi aku dah nekad,aku mesti beritahu semua dekat parents aku.
"Ni ha,tengok tingkap Yana ni. Se.."
"Yana buat apa sampai rosak macam ni?!"
Belum lagi sempat aku ceritakan semuanya,mama aku dah mencelah dan meninggi suara. Kemudian,datang pula kelibat papa aku,mungkin nak panggil mama aku untuk cepat ke meeting.
"Abang, tengok Yana ni,habis tingkap rosak dibuatnya."
Mama tanpa mengetahui cerita sebenar,terus mengadu kepada papaku. Apa lagi,aku tadah telinga dimarahi mama dan papa ku. Kalau tahu jadi macam ni,aku tak akan cerita pun dekat diorang.
Lepas parents aku beredar,pintu bilik aku tutup. Aku mengeluh semahunya. Air mata yang aku tahan daripada tadi terus mengalir jatuh.
Aku cuma mengharapkan sedikit perhatian dari parents aku. Sikit pun jadi lah. Aku memeluk tubuh. Kadang aku cemburu dengan rakanku yang lain. Seronok memasukkan gambar mereka bercuti,makan dengan family. Orang yang tak pernah rapat dengan aku,mesti diorang rasa kehidupan aku cukup sempurna. Ada harta,minta apa pun dapat. Haih,padahal bukan semua tu yang aku nak. Aku cuma nak papa mama aku yang dulu. Yang ada masa untuk diluang bersama aku.
Dear diary,
Aku sedih lagi harini. Guess what? Harini aku just nak sikit masa dari parents aku. Nak cerita semua masalah aku. But at last,aku yang kena marah. Kenapa? Diorang benci ke dekat aku? Susah ke nak luang sikit masa? 5 minit pun jadi lah. Tapi,bagi diorang 5 minit tu terlalu lama untuk aku. Apa yang penting? Business diorang. Ya,aku mengaku aku cukup bersyukur ada semuanya. Tapi aku nak perhatian. Bukan saja dari Pak Mat and Mak Esah. Aku nak perhatian dari papa mama aku. Hm,aku cuma harap aku dapat putar masa.
-Dayana-Buku diary aku tutup dan kemudian aku menghempaskan badan ke katil. Mata aku kemudian perlahan-lahan tertutup untuk tidur. Mungkin penat menangis tadi. Aku kemudian dibuai tidur yang lena.
YOU ARE READING
PSIKOPAT
Mystery / ThrillerPuteri Dayana,gadis 16 tahun yang boleh dikatakan sebagai 'beauty with brain'. Hidupnya yang kurang kasih sayang daripada ibu bapanya sudah cukup membuatkan dia kesunyian. Tindakan kurang bijaknya yang memberi nombor telefon kepada lelaki yang tida...