"Sini! Teman aku tengok video ni jom"
Hakimi menarik kasar tangan aku.
'Polis kini sedang meluaskan usaha pencarian mereka dalam menjejaki seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dipercayai hilang sejak...'
Belum sempat aku mengamati video itu, Hakimi kemudian menutup aplikasi youtube itu sambil disambut dengan hilaian tawanya.
"HAHAHHAHAH! kelakar,kelakar,kelakar. Budak ni dekat sini je,yang korang pergi cara ke sana kenapa ?"
Air mataku mengalir laju. Aku ingin segera keluar dari sini.
Ini bukan rumah aku!
Aku membentak dalam hati.
"Kenapa menangis ha?"
Aku tersentak. Terkejut dengan herdikan Hakimi. Pantas aku menggelengkan kepalaku takut dia mengapa-apakan aku.
"Kau dengar sini, aku akan pastikan kau berkawan ,bersama dengan aku,selamanya. Kau takkan aku lepaskan ,kau jangan jadi sama macam Ain,faham?!"
Kepalaku ditolak kuat sebelum Hakimi segera beredar.
Ain?
Aku berteka-teki dalam hati.****
"Datin,datin dengarlah cakap saya ni,saya memang perasan sebelum Yana diculik,memang perangainya agak pelik,macam ada benda yang ganggunya"
Datin Maziah memandang Mak Esah dengan pandangan pasrah. Sejak kehilangan Yana,emosinya tidak stabil,makan tidak lalu,urusan kerja pun diuruskan suaminya. Sungguh dia penat berikhtiar. Berapa banyak wang yang sudah dia dan suaminya laburkan untuk mencari puteri tunggal mereka itu.
"Mak Esah,agaknya semua ni terjadi sebab saya kan? Saya tak pernah ambil berat tentang Yana. Sibuk dengan kerja sampaikan anak pun diabaikan. Memang patutlah Allah bagi saya begini kan?"
Kelopak mata Datin Maziah berkaca sebelum air matanya mengalir. Rasa bersalah semakin menebal dalam dirinya.
"Datin,semua yang berlaku ada hikmahnya,In sha Allah,Yana masih selamat di luar sana. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa,selebihnya kita serahkan pada Allah ya? Lepas ni,datin ikut saya ya,amik wudhuk,kita solat hajat untuk keselamatan Yana"
Ujar Mak Esah sambil mengusap belakang badan Datin Maziah. Tipulah jika dia tak rindukan Yana yang sudah dia anggap seperti anak sendirinya itu. Perlahan-lahan air matanya bercucuran.
Ting tong!
Bunyi loceng dari luar rumah memecahkan kesunyian mereka. Mak Esah segera menyambut tetamu yang datang.
"Haa Nia,jemputlah masuk"
"Terima kasih Mak Esah"
Nia tersenyum lemah.
Perlahan-lahan langkahnya memasuki rumah rakannya itu dan langkahnya pantas menuju ke arah Datin Maziah.
"Makcik,saya ada benda nak cerita. Benda ni penting. Mungkin ada kaitan dengan Yana"
****
"Baby,jom kita keluar,maaf pasal tadi"
Ujar Hakimi tersengih. Aku keliru. Sekejap baik,sekejap tidak. Dia seperti punya dua personaliti berbeza.
Ah kesah apa aku,dia tetap tak guna
Ujarku dalam hati.
"Amik topi ni,pakai baju ni sekali,saya tunggu awak kat luar ya"
Hakimi senyum sambil menghulurkan topi berawarna merah dan hoodie besar berwarna kelabu. Mataku meliar mencari kelibat Hakimi di sekeliling. Tiada. Okay! Segera tanganku capai pen dan aku koyakkan kertas daripada buku nota di tepi katilku.
Tak sia-sia aku minta Hakimi belikan aku barang ni haritu. In sha Allah kau akan selamat Yana.
Aku semakin bersemangat. Semoga rancanganku berjalan lancar.
Perjalan ke destinasi yang Hakimi ingin bawa aku terasa sangat jauh dan perlahan.
Awal-awal tadi dia sudah mengugutku dengan pistol dan pisau yang diletakkan dalam poket bajunya serta mengancam akan mengacau keluargaku jika aku berani lari darinya.
Pada mulanya memang aku rancang mahu lari sebelum masuk ke dalam van Hakimi tapi ternyata vannya di letakkan di dalam garaj bertutup. Dia juga meminta aku memakai mask berwarna hitam agar tidak dicam.
Aku kini mengambil peluang memerhati ke luar tingkap. Buat seketika,aku rasa hidup kembali. Aku berpeluang untuk melihat cahaya matahari, tumbuh-tumbuhan, dan manusia yang bebas bergerak. Aku tersenyum di sebalik topeng yang dipakai.
Ya allah,kalau waktu gini,mesti Nia suka ajak aku lepak,tak pun pergi taman kan?
Bibirku mengukir senyuman.
"Kau pandang-pandang luar kenapa haa? Pandang bawah! Nanti ada orang nampak kau tahu tak ? Tak guna"
Kepalaku ditolak kasar. Segera pandanganku dialihkan ke bawah.
"Aku selalu mendoakanmu agar kau bahagia bersama dirinya,selamanya..."
Lagu Papinka -Masih mencintainya yang diputarkan di radio terikut-ikut di bibir Hakimi. Aku sekadar memerhati namun pandangan aku sempat ditangkapnya.
"Kenapa pandang saya macam tu sayang?"
Aku membisu.
"Saya tanya ni awak"
Aku tetap membatukan diri.
"Aku tanya ni!! Kenapa kau pandang aku macam tu ha?! Sebab aku jijik kan?! Ouh,sebab kau dah jumpa yang lebih baik dari aku kan?! Hahahah agh! Takguna kau Ain!!"
Pedal brek van itu ditekan mendadak.
Aku terkejut lantas tercampak ke hadapan bahagian kereta.
BAM!
Sakit.
Segera aku pegang kepala aku. Dalam hati aku menyumpah Hakimi. Kepala aku berdenyut-denyut.
Aku seka hidung aku.
Darah.
Tak guna.
Mungkin kerana terhantuk terlalu kuat. Aku memandang Hakimi dengan rasa marah. Hakimi memandangku dengan pandangan kosong.
Tiada riak muka bersalah pun pada air mukanya.
Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman yang menakutkan ,menampakkan giginya.
"Heheheh"
Niat aku nak menyumpah Hakimi aku batalkan. Aku seram.
Pemanduan diteruskan.
SCREEETT!!
Pedal brek ditekan sekali lagi dan aku sekali lagi tercampak ke hadapan bahagian kereta. Hakimi memandang aku dengan pandangan yang mengandungi seribu kepuasan. Mungkin dia bahagia.
"HAHAHHAAHHAHAHAH"
Hilaian tawa Hakimi mengejutkan aku. Sumpah aku takut. Aku memeluk tubuh aku erat.
Mama,papa. Selamatkan Yana.
YOU ARE READING
PSIKOPAT
Mystery / ThrillerPuteri Dayana,gadis 16 tahun yang boleh dikatakan sebagai 'beauty with brain'. Hidupnya yang kurang kasih sayang daripada ibu bapanya sudah cukup membuatkan dia kesunyian. Tindakan kurang bijaknya yang memberi nombor telefon kepada lelaki yang tida...