Crush

9.1K 348 11
                                    

Bantal di sebelah aku capai dan tekup ke muka. Aduh bosan tahap gaban dah ni. Aku capai telefon,nombor Nia aku cari di senarai contact. Nombor Nia yang aku simpan sebagai "bestfriend sengal" aku tekan.

"Woi,kau buat apa? Buat lemak je keje kau kat rumah,jom keluar dengan aku. Alah banyak songeh lah kau,aku jemput kau kat rumah,lagi 1 jam aku sampai,cepat sikit siap"

Aku pun lekas mandi dan bersiap untuk keluar. Selepas bersiap,wallet dan telefon aku capai dan terus berlari-lari anak ke ruang tamu.

"Pak Mat,Yana nak keluar ni,minta singgah rumah Nia eh,nak jemput dia"

**
Sampai-sampai saja depan rumah Nia,Nia dah tercegat depan rumah. Aku tergelak sendiri. Yelah,salah aku jugak,ada ke patut aku cakap dalam 1 jam aku sampai tapi last-last aku yang lewat 30 minit. Aduh,nasib kau lah Nia.

"Haha woo,aku ingat model mana yang buat runway show kat jalan tadi" berdekah aku menyakat Nia

"Kurang asam punya member,aku kalau jadi model,tak main lah buat dekat street,tu haa,dekat fashion show tu,berlaga-laga orang minta aku jadi model diorang tau"

Huh,Nia dengan perangai masuk bakul angkat sendiri dia tu memang tak pernah berubah.

"Ceh,jangan bongkak,semua kejayaan milik Allah #donedakwah"

"Pehhhh deeeppp" ujar Nia sambil menekup dadanya acah-acah terasa.

"Pak Mat,tak payah tunggu lah,nanti sy telefon bila kitorang dah balik nanti ya"

Pak Mat mengangguk

**

"Haa,mana nak go?" Nia menyoal aku sambil menyuap mulut yang masih penuh dengan nasi ayam. Tak semenggah betul si Nia ni,kot ya pun tunggu lah nasi tu habis ditelan.

"Kau ni,nak bercakap tu,tunggu mulut tu lapang sikit,ni tak,dengan syaitan kau sumbat" aku menggeleng.

"Haha okay-okay,ni aku tanya ni,mana nak go"

"Entah lah,aku pun tak tahu,movie nak?"

"Eh boleh,kau belanja ke?" Nia mengenyit matanya. Nak bodek aku lah tu.

"Ya aku belanja. On"

"Okay! On!"

Bukan main happy lagi minah ni. Mentang-mentang masuk movie free.

**
"Sy nak movie geostorm untuk dua orang" Lepas selesai menempah tiket dan tempat duduk,kitorang apa lagi,berlegar lah kat shopping complex tu,lagipun aku belum makan tadi,yang makan tadi cuma Nia je sebab dia tak sempat sarapan dekat rumah.

"Weh,tengok laki tu,dari tadi pandang kau ke weh,muka gentle gak"

Aku pun pusing lah kepala tengok mamat mana yang dok usha aku yang macam Nia cakap. Aku pandang dia,dia pandang aku. And then dia senyum. Aku pun senyum lah,tak nak lah kena label kerek pulak kan. Senyum kan sedekah. Baru je sampai kaunter nak bayar,then ada surprise pulak

"Cik tak perlu bayar,ada lelaki dah bayar kan"

"Ouh lelaki mana?"

"Tu" jawab pakcik kaunter makan tu sambil menuding jari ke arah lelaki yang senyum-senyum kat aku tadi.

Baru je aku nak selamba badak keluar kedai tu,Nia dah tahan aku.

"Woi,at least cakap lah terima kasih kat dia"

"Haa yelah-yelah" aku malas nak dengar Nia ni membebel. Dia kalau dah start membebel mahu sampai esok tak habis.

"Terima kasih eh belanja"

"Sama-sama,kalau nak balas,boleh sy dapat nombor awk? As kawan. Dont worry"

Aku pun bagi je lah,malas fikir banyak. Aku ni pulak jenis yang berkawan dengan semua orang. So aku tak berapa kisah sangat. And after that,dia senyum. Tak tahu  kenapa,even he is good looking,cara dia senyum lepas dapat nombor aku tu,creepy gila. And let me tell you,the moment when i give him my number phone,it is the worst decision i have ever made in my life.

"Untung lah ada crush sekarang" Nia sakat aku sambil mengangkat-angkat kening. Malas aku layan si Nia ni.

Lepas tu,aku dengan Nia pun blah,sebab movie kitorang dah nak start. Sebelum tu sempat kitorang beli popcorn,yelah kalau tengok movie kalau tak ada popcorn,mana sah. Duduk-duduk je dekat seat aku,and then guess what? Lelaki yang sama belanja aku tadi,duduk sebelah aku. Yes!! Really besides me!

"Eh,we meat again?"

"Haha ouh yaa" aku pun senyum je lah.

Habis je movie tu,cepat-cepat aku ajak Nia balik.

"Nia,jom balik,dah lambat"

"Haa jom"

**

Lepas hantar Nia balik rumah,aku pun apa lagi,bukak lah diary aku,dah macam habit aku cerita semua benda dekat diary ni even macam syok sendiri kan,tapi rasa macam kepuasan bila dapat luah kan semua.

Dear diary,
Guess what? Harini aku jumpa someone. Entah lelaki mana entah,start dari dia belanja aku. After that,dia minta nombor aku,aku pun bagi jelah,lagipun sebagai salam kenal kan. Tapi aku rasa tak selesa masa tengok movie dengan Nia tadi. Yelah,mana tak nya,dia duduk sebelah aku and kadang-kadang pandang muka aku. Oh my god! Creepy gila! Hm harap-harap dia okey je. Kan diary? -Dayana-

Lepas dah luahkan semua. Aku pun buat lah rutin aku as pelajar. Siap kan homework,and then ikut jadual. Then baru aku capai telefon aku,dah ada mesej. But dari orang tak kenal.
 
📩-Hi- unknown

📩-oh hi,sapa ni- aku

📩-the guy tht you just met,tak kan baru lupa,my name hakimi,you?- hakimi

📩-ouh haha mana ada lupa,iam dayana- aku

📩-ouh sedap nama,tengah busy ke?- hakimi

📩-yes- aku

Actually aku tak busy but aku malas nak layan dia so buat-buat lah busy.

📩-aik? Duduk atas katil macam tu pun busy- hakimi.

Okay. Now aku takut gila. How does he know aku tengah duduk atas katil and tak busy. Aku pun malas nak balas.

📩-hello? I gurau jelah hahaha- hakimi

Fuh aku tarik nafas lega. Buat cuak je mamat ni. After that aku pun layan je lah dia and dapat tahu that he is actually 19 y/o and work around here. Then aku bagitahu that aku nak tidur untuk sekolah esok. Aku pun apa lagi,tidur lah. Korang expect aku chat mamat tu lagi? Memamg tak lah. Sleep is better.

PSIKOPATTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang