Start

7.2K 280 6
                                    

"Do you want to play with this baby?"

"Of course"

Lelaki itu bercakap sendiri.

Sebilah kapak diambil dan dipegang dengan kedua tangan.

Zapp!!!

Patung bayi ditetak. Darah terus mengalir laju. Lelaki itu terus ketawa mengilai namun masih menetak patung di hadapannya yang sudah hancur itu.

"Dont you want to play with me too?"

"Do you?"

"You can join me if you want,what are you looking at? Come on"

Aku terkejut.

Perlahan-lahan lelaki itu berjalan mendekati skrin sebelum berada betul-betul di hadapan skrin sambil tersenyum dengan darah yang terus mengalir tanpa henti dari mata dan mulutnya.

"Aghhhhhhh!!!!". Aku menjerit kuat. Terkejut aku dibuatnya.

Cepat-cepat aku tutup whatsapp chat dari stranger itu.

Gila.

Petang tadi, baru sahaja aku nak menikmati hari aku dengan bersenang-lenang, tiba-tiba aku mendapat notification whatsapp chat dari nombor yang tidak dikenali. Terkejut aku bila aku menerima video yang memaparkan post creepy itu. Pada masa yang sama, Unknown224 juga memuat naik gambar baru di instagramnya. Gambar yang menunjukkan patung arnab yang hanya berkepala tanpa badan yang berlumuran darah diletakkan di atas meja sambil tersenyum.

Butang 'block' pada nombor dan instagram Unknown224 itu aku tekan. Dadaku berombak laju. Tak pernah lagi aku terima video sekejam dan sepelik tu.

Dear diary,
Aku takut. Kenapa benda ni jadi dekat aku? Apa aku  nak buat? Aku sendiri tak tahu nak buat apa dah. Aku tak tahu nak cerita benda ni dekat siapa. Aku takut.

Penulisanku terhenti dek bunyi deringan yang menandakan mesej masuk dari telefon pintarku.

Mesej dari nombor tak dikenali sekali lagi cuma ia dari nombor yang berbeza. Aku bukan dihantar SMS tetapi MMS. Cepat-cepat aku download dan buka. Bunyi hilaian bayi ketawa kedengaran.

"Ya allah.  Apa semua ini? Kenapa?"

Aku bercakap sendiri.

Aku memeluk tubuh kuat dan menangis sekuat hati di atas katil. Aku sendiri tidak tahu siapa dan mengapa aku dikacau sampai sebegini sekali.

**

Langkah naik ke sekolah aku atur laju. Entah mengapa,perjalanan ke sekolah aku rasakan sangat menakutkan seolah-olah seseorang sedang mengekori aku dari belakang semasa aku berada di dalam kereta. Kalau aku tak silap,memang ianya kereta yang sama dengan kereta yang aku syak tempoh hari. Cuma aku sendiri tak dapat pastikan 100% sama ada ianya kereta yang sama atau tidak.

Tumpuan aku dalam kelas juga terganggu. Berkali-kali cikgu menegur aku sedang mengelamun. Aku bukan berangan. Cuma aku berasa tak sedap hati dengan semua kejadian pelik yang jadi sejak kebelakangan ni. Mana boleh aku lupakan semuanya. Semuanya sangat mengganggu kosentrasi aku di sekolah. Kalau boleh nak sahaja aku balik ke rumah,aku memang tiada mood langsung nak bersekolah. Mahu saja aku balik dan merehatkan minda di rumah. Aku nak lupakan semuanya.

Bermula dengan gambar,video,semuanyalah. Kalau boleh, aku nak lupakan semuanya. Aku taknak semua ni berlaku pun. Semuanya betul-betul mengganggu tumpuan aku. Seolah-olah aku berada di dunia lain dan bukannya di sekolah.

Di perhentian bas sekolah, Nia berkali-kali cuba buka beberapa topik perbualan denganku. Aku balas acuh tak acuh.

"Kau okay tak?"  Mungkin dia pun pelik aku banyak berdiam diri hari ni.

"Okay" Jawabku sepatah.

"Kau biar betul?"

"Ya"

"Kalau kau tak okay,kau ce..."

"Aku cakap aku okay,aku okay lah! Kau tak paham ke?!" Belum sempat Nia menghabiskan ayat, Nia aku herdik kuat sebelum beg sekolah aku capai dan masuk ke dalam kereta yang dipandu Pak Mat. Aku meninggalkan Nia terpinga-pinga.

**
Aku menangis sendiri. Rasa bersalah aku pada Nia semakin menebal. Sanggup aku tengking dia? Memang aku mengaku aku tiada mood untuk bercakap tapi aku sepatutnya tahu dia cuma risau dan ambil berat tentang keadaan aku. Ya allah.

Telefon aku capai dan mendail nombor Nia namun tidak diangkat. Aku cuba sekali lagi namun masih tidak diangkat juga. Aku tahu Nia terasa. Hm. Salah aku.

"Pak Mat! Pak Mat"

Namun tidak bersahut.

"Kenapa cari Pak Mat?" tegur papa.

"Pa,Pak Mat mana?"

"Dia hantar Mak Esah ke klinik. Papa mama tak de dekat rumah tadi terpaksalah Pak Mat hantar sendiri. Kenapa ni?"

"Pa,boleh hantar kan Yana dekat rumah Nia tak? Please pa,urgent sangat,hal penting"

Lama papa berdiam. Agaknya papa pun tak sanggup tengok aku mahu menangis,dia bersetuju. Walaupun aku agak terkejut papa bersetuju namun pada yang sama aku gembira. Cepat-cepat baju aku tukar dan sarung untuk ke rumah Nia segera. Aku mesti minta maaf dan cerita semuanya pada dia supaya dia faham keadaan sebenarnya yang terjadi pada aku. Ya!

"Pa,Yana tunggu kat depan rumah tau"

Ting!

Notification masuk ke DM aku sekali lagi sementara aku menunggu papa di depan rumah. Sekali lagi,dari stranger yang aku tidak kenal. 'Anonymous224'. Usernamenya aku baca.

'hai,remember me?'

Bang!

Bunyi yang datang dari banglo kosong di depan rumahku buatku tersentak. Bunyinya tidak kuat namun aku mendengarnya dengan cukup jelas. Mataku dapat menangkap tubuh di balik dinding rumah usang itu. Deringan telefon dari Nia di telefon langsung tidak aku perasan kerana aku telah setkan telefonku ke mod senyap. Jantungku berdetak laju. Perlahan-lahan aku kumpul keberanian dan mengatur langkah ke banglo usang itu.

Perlahan-lahan aku masuk. Kelihatan beberapa perabot usang terletak di situ. Keadaan sekeliling aku perhati. Rumah itu kelihatan usang sekali kerana warna dindingnya yang kian luntur. Aku terus atur langkah memasuki ke dalam sebuah bilik usang di dalam banglo itu. Sama seperti di bahagian hadapan rumah tadi,terdapat beberapa perabot usang di situ.

Namun dinding di bilik itu tidak kosong.

Ia menarik perhatian aku. Ada sekeping gambar.

Perlahan-lahan aku dekati gambar itu untuk melihat dengan jelas.

Gambar aku!

Tertampal di dinding itu gambar aku tersenyum.

"Ya allah,apa semua ni?" Badanku menggigil ketakutan. Aku mengundur ke belakang untuk lari keluar.

"Cantik?"

Suara garau di belakang di telingaku,membuatku tersentak. Belum sempat aku pusing untuk melihat,

"Mmphhhh!! Mmphhh!!"

Mulutku ditekup kuat menggunakan kain. Aku cuba melawan namun aku tidak berdaya memandangkan lelaki itu menyerangku dari belakang dan disebabkan kekuatan lelaki itu jauh beza berbanding aku. Telefonku juga jatuh dari genggaman.

"Diam!"

Ring!
Telefonku menyala. Nama Nia terpampang di skrin. Lelaki itu pantas memijak telefonku sehingga skrinnya pecah.

Mulutku terus ditekup dan dibawa ke penjuru bilik itu.

"Yana!!"

"Yana!!"

"Yana!!"

Suara jeritan papa jelas kedengaran. Mungkin sedang mencari aku yang menghilang secara tiba-tiba. Kesan cecair dari kain yang ditekup ke mulutku membuatkan mata aku tidak dapat bertahan lama. Perlahan-lahan, mataku tertutup rapat.

PSIKOPATTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang