Reveal

6.7K 268 7
                                    

'Seorang remaja berusia 16 tahun hilang tanpa dikesan setelah..'

Telingaku sempat menangkap suara berita yang dibaca sebelum diganti dengan hilaian tawa yang kejam dari seorang lelaki yang tidak aku kenali.

"HAHAHAHHAHAHAH, Bodoh! Kau semua tak kan dapat jumpa budak ni,dia milik aku,selamanya milik aku!"

Aku tersentak. Dek ketakutan,mataku terus aku pejam serapat mungkin. Air mata yang aku tahan terus mengalir deras.

Kemudian satu suara datang dekat ke telinga aku.

"Hey sayang,kenapa menangis ni? I ada teman u dekat sini,okay?" Air mata tadi dikesat lelaki itu.

Entah kenapa,suara lelaki itu macam suara yang aku kenal. Cuma aku tidak dapat pastikan siapa.

Ring! Ring!

Bunyi telefon berdering jelas kedengaran.

"Ughh! Spoil betullah telefon ni!"

Lelaki tadi mengeluh dan segera bangkit dan beredar. Aku menarik nafas lega.

Mama,papa. Yana takut.

Bisikku di dalam hati.

Perlahan-lahan mata aku buka. Cahaya dari lampu sedikit menyilaukan pandangan mata aku. Aku kemudian memerhatikan sekeliling, aku berada di dalam sebuah bilik. Agak gelap kerana lampu yang dipasang agak samar-samar. Di tepi ku terdapat tandas yang disediakan. Di sisi pula terdapat meja dan kerusi. Aku rindukan rumah. Aku rindu kan Papa,Mama,Mak Esah ,Pak Mat,Nia. Aku pun belum sempat meminta maaf pada Nia atas kelakuan aku haritu. Kalau lah aku tak ambil risiko pergi ke rumah usang tu,mesti semua ini,tak akan berlaku. Sekali lagi air mata aku mengalir deras dari kelopak mata.

"Dah bangun?"

Aku terkejut. Segera aku berundur ke  belakang. Mukaku aku angkat perlahan.

"Hakimi! Awak buat apa dekat sini?!"

Aku terkejut. Sungguh aku tidak menyangka Hakimi sanggup buat semua ini.

"Untuk apa? Untuk kita lah"

Hakimi senyum sampai ke telinga.  Senyumannya nampak sangat menakutkan.

Aku bingung.

Untuk kita? Kenapa?

Aku berteka-teki dalam hati.

"Kenapa? Apa kaitan awak dengan saya?Awak bukan sesiapa! Kenapa awak buat semua ni? Please. Lepaskan saya,saya merayu. Kalau awak lepaskan saya,saya janji tak akan buka mulut apa-apa pun dekat pihak polis. Lagipun kita kawan kan?". Aku cuba sedaya upaya memujuk Hakimi. Aku pasti masih belum terlewat untuk betulkan semua masalah besar ini.

"Apa dia? Tak dengar lah. Kawan? Kawan kau cakap? HAHAHHAHAHA! Baru tadi kau cakap aku bukan sesiapa dalam hidup kau,sekarang kau gelar aku kawan?! Aku sudi kawan dengan kau,Dayana. Tapi apa kau buat? Kau jauhkan diri dari aku,kau block aku dari hidup kau,kau sama macam perempuan lain Dayana! Kau sama! Eh,But no no no,i'm sorry. Kau special sayang. Special okay?Aku ambil keputusan,aku akan jaga kau sebaik mungkin macam puteri okay? Sekarang kau milik aku."

Rambutku diusap lembut.

"Jangan sentuh aku!"

Aku menjerit kuat. Cepat-cepat aku tepis tangan Hakimi dari buat sedemikian. Jijik!

Hakimi tersenyum.

"Tak apa,take your time. I'll make sure one day you will fall for me. When the right day come,i'll make you mine,yang halal buat saya. Okay baby? HAHAHHAHAHAHAH"

Hakimi kemudian beredar sambil ketawa kuat.

"Ouh ya,dear princess,atas meja tu ada makanan. Makan lah ya,enjoy your meal"

Pintu tadi dibuka dan kedengaran seperti dikunci dari luar.

Aku berpeluk tubuh. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan sekarang. Aku terkurung. Tingkap di dalam bilik aku ini,jauh di atas,mustahil aku nak menjerit minta tolong. Pintu? Aku dah cuba buka tapi seperti ada halangan dari luar. Aku menangis sendiri. Puas aku mengetuk pintu ,dinding,minta tolong,menjerit semahunya tapi tiada kesan apa-apa. Useless. Makanan yang ada di atas meja aku jamah. Yang ada cumalah roti kosong dan air kosong. Aku rindukan masakan Mak Esah. Macam mana dengan hari esok? Adakah esok aku akan bebas? Air mata aku kesat.

PSIKOPATWhere stories live. Discover now