" Sayang, sorry. Saya tak berniat pun nak buat awak sakit. Saya tak sengaja tadi, awak jangan merajuk dengan saya okay?"
Hakimi mengusap kepalaku perlahan.
"Nah, sayang"
Tisu dihulur.
Pelik.
Aku sendiri pun tak faham kelakuan Hakimi yang agak sukar untuk diramal. Kadang dia melayan aku dengan baik,kadang tidak. Sumpah. Aku takut. Takut dia tiba-tiba akan bertindak di luar kawalan. Aku terus membatukan diri. Tak berani untuk bersuara. Nanti takut aku yang dimakinya.
Van diparkir.
Mall?
Aku tertanya.
Buat apa mamat ni bawak aku ke sini?
Aku berteka-teki dalam hati.
"Jom"
Aku menuruti langkah Hakimi. Sempat dia pesan dan mengugutku agar jangan tanggalkan mask hitam yang dipakai.
Hmm
"Jom,kita pergi beli baju untuk awak sempena birthday awak. Jom,jom. Saya belanja"
Hakimi menyengih.
"Sebelum kita masuk,nah"
Sekuntum bunga ros merah plastik dihulur.
"Happy birthday awak. Saya baru sempat beli ni je,nanti ada masa saya beli sejambak pula,saya tinggalkan dalam kereta dulu ya"
Dahi aku berkerut.
"Birthday apa kau merepek ni?! Harini bukan birthday aku! " Aku memberontak.
Apa ke gila mamat ni tiba-tiba nak belanja hadiah. Dahlah harini bukan birthday aku.
"Awak,jangan melawan please. Harini kan birthday awak. Saya tanak marah-marah . Saya dah cakap dari dulu lagi,saya takkan pernah lupa birthday kesayangan saya sebab awak yang terindah"
Hakimi mengusap kepalaku sebelum menolak kepalaku agak kasar. Mungkin geram aku menidakkan kata-katanya.
"Dah,jom cepat"
Aku terus membuntuti langkah Hakimi sebelum dia cepat-cepat menarik aku ke sisinya dan mencengkam erat pergelangan tanganku. Mataku meliar melihat sekeliling. Mana tahu mungkin ada manusia yang aku kenal di sini lagipun sudah lama aku tidak keluar sejak aku 'diambil' Hakimi.
Segelintir manusia memandangku atas bawah. Mungkin pelik melihat penampilan aku yang terlampau 'extra' ke mall dengan mengenakan mask hitam. Hakimi menjeling memandangku sebelum mencengkam tangan aku lebih kuat.
"Kau jangan terfikir nak buat apa-apa. Kalau tak, kau tahu lah apa nasib kau nanti" bisik Hakimi.
Aku mengangguk.
Hakimi terus melangkah membawa aku ke bahagian pakaian wanita.
"Pilihlah,pilih baju apa awak nak"
Aku hanya memandang kosong baju yang bergantungan. Memang banyak pilihan, tapi apakan daya,rasa 'excited' itu memang tiada. Mungkin sebab aku membeli bukan kerana aku mahu,tapi kerana dipaksa.
Haih.
Aku mengeluh perlahan.
"Pilihlah,tunggu apa lagi. Haa ni, baju ni cantik juga kan?"
![](https://img.wattpad.com/cover/126902727-288-k90778.jpg)
YOU ARE READING
PSIKOPAT
Mystery / ThrillerPuteri Dayana,gadis 16 tahun yang boleh dikatakan sebagai 'beauty with brain'. Hidupnya yang kurang kasih sayang daripada ibu bapanya sudah cukup membuatkan dia kesunyian. Tindakan kurang bijaknya yang memberi nombor telefon kepada lelaki yang tida...