Escape

7.3K 249 52
                                    

Dayana kini menjalani kehidupannya seperti biasa.

"pstt, tu perempuan yang kena culik tu kan? Kau rasa agaknya dia waras tak? Ke dia sekali dah sama gila dengan lelaki tu ? Hahahaha"

Sindiran dan ketawa yang dibisikkan beberapa pelajar sekolah di sekolahnya membuatkan Dayana panas telinga. Hampir setiap hari dia diajukan soalan mengenai pengalamannya, seperti mereka tidak endah dengan perasaannya yang masih trauma dengan peristiwa yang terjadi padanya. Dia kemudian mengambil keputusan untuk berpindah ke sekolah lain , keputusan berat itu merobek hatinya memandangkan rakan baiknya masih kekal di sekolah itu, namun dia berjanji untuk masih kekal berhubung dengan rakannya itu.

Sementara itu di penjara..

"Allahu akbar"

Hakimi mengangkat takbir ,menunaikan solat di sel penjaranya. Pada hari kejadian, sebaik sahaja dia meninggalkan bilik Dayana, rumahnya diserbu segerombolan polis untuk menangkapnya dan dia kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Boleh dikatakan seluruh pegawai penjara senang akan sikapnya yang ramah dan senang membantu itu.

"Aku tengok Hakimi tu, takde lah jahat mana, baik aje budaknya. Mungkin kita yang salah anggap" Bisik Azhar (pegawai penjara) kepada rakannya. Rakannya gegas mengangguk tanda setuju.

Hakimi tersenyum apabila dia tedengar perbualab mereka. Mungkin apa yang diperkatakan mereka itu betul,

Atau salah?

"Dayana milik aku ,satu."
"Dayana milik aku, dua"
"Dayana milik aku, tiga"

Hakimi duduk di sudut sel penjaranya sambil mengira-ngira dan mengulangi ayat yang sama.

"Kalau aku tak dapat kau, tiada siapa boleh dapat kau. Mungkin aku tak dapat kau, tapi hati aku selalu ikat kau, kau selamanya milik aku"

Hakimi tersenyum.

-------------------     T A M A T     -----------------------

PSIKOPATTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang