Ikutkan keadaan rumah aku,memang mustahil untuk sesiapa ceroboh sebab rumah aku dikelilingi rumah lain. Cuma memang terrdapat rumah kosong terletak berhadapan rumahku. Kata Pak Mat rumah tu memang dah lama dikosongkan. Katanya rumah itu memang tak berpenghuni kerana mengikut kata orang ,ramai mengatakan rumah itu berhantu. Kononnya. Tapi kawasan rumah aku ini memang agak berisiko kerana tiada pengawal yang mengawal. Sebab parents aku still tengah menunggu rumah kami siap. So nak taknak,parents aku beli jelah rumah ni buat diduduk sementara menunggu.
Malas aku nak ambil pusing. Biarpun sesekali aku terlihat bayangan manusia di rumah banglo dua tingkat lama itu,aku abaikan sahaja.
Sedang aku mengelamun sendiri,
Tok! Tok!
"Yana, dah siap ke belum tu? Sarapan dah siap ni"
Ish Mak Esah ni,tak sah kalau tak kejutkan aku bila time-time macam ni.
"Ya,kejap lagi Yana turun" sahutku
✏✏✏
"Pada tahun 2016, menurut pangkalan data statistik kanak-kanak, terdapat kira-kira 9781 kes kanak-kanak yang hilang di Malaysia"
Aku mengelamun sendiri. Aku sendiri pun tak dapat bayangkan mengapa tergamaknya sesetengah individu yang membuat kes jenayah besar tanpa memikirkan kesannya.
"Dayana? Awak dengar tak saya cakap ni?"
Sergah Puan Maimunah."Haa? Haa, ya cikgu. Saya dengar" Terketar-ketar suara aku menahan gugup. Nasib cikgu tak sound lagi. Mengelamun lagi haih. Aku mengomel sendiri.
"Babe! Petang ni jadi tak datang rumah aku? Kata nak buat homework bio tu sama-sama,aku blur topik tadi,kalau boleh nak suruh kau ajar sikit hehe" Nia senyum kambing. Nampak fake sangat huh. Senyum kalau nak membodek memang gitu le rupanya.
"Haa kau kalau nak bodek aku senyum sampai ke telinga. Ya,aku datang,aku pun tak de plan apa-apa petang ni"
"Alright,ini yang sayang lebih dekat hang ni haha"
Menyampah aku dengan minah ni lah.
✏✏✏
Pak Mat memandu kereta membawa aku ke rumah Nia. Aku pula,duduk di belakang sibuk scroll ig. Sedang aku khusyuk main phone,sempat aku toleh ke cermin sisi. Dapat dilihat ada kereta yang sedang dipandu oleh lelaki muda. Rupa agak macam Hakimi. Yaa.
Wait,what?! Aku menjerit di dalam hati. Cepat-cepat aku toleh ke belakang untuk melihat lebih jelas,tapi kereta tu makin perlahan dan lelaki tu memandu sambil agak menunduk menutup muka. Tak dapat aku nak pastikan. Aku sekadar mendiamkan diri. Di dalam kepala,segera aku menafikan benda-benda yang menerawang dalam fikiran.
Latihan yang diberikan aku belek perlahan.
"Nia,kesian kan dekat parents yang hilang anak dia?. Cikgu pun ada mention yang still ada yang tak jumpa. Sedih aku dengar. Hmm"
Nia pandang muka aku. Mungkin pelik tiba-tiba sahaja aku buka topik ni.
"Haha kau dah kenapa pandang muka aku gitu? Aku tanya sebab terfikir."
Nia membatu.
"Hm entah lah Yana. Aku pun tak dapat bayangkan macam mana feeling diorang"
Aku lihat wajah Nia berubah. Aduh,sudah. Minah ni bukan boleh aku buka topik sedih. Cepat sangat effectnya. Sensitip lah katakan.
"Babe, yang homework pasal mitosis semua ni,dah siap tak?"
"Dah,kau nak tengok ke?" Nia menjawab.
"Haa,boleh jugak"
Lega aku. Risau juga kalau-kalau Nia sedih lama-lama tadi. Mahu menangis,aku yang kena pujuk karang.
✏✏✏
Urghhhh!!
Aku mengeliat kepuasan.
"Fuh! Siap pun!"
Segala report experiment, latihan, karangan dan sebagainya berjaya juga disiapkan. Tak sia-sia buat homework dekat rumah Nia ni. Kalau nak tunggu buat semua homework ni dekat rumah , huh, mahu nak tunggu sampai ke esok baru aku buat. Yelah,sebab takde sesiapa nak ingatkan,tu yang menjadi-jadi malasnya bila duduk di rumah. Ni bila buat di rumah Nia,ada lah juga dia sebagai insan yang tolong ingatkan kerja yang tergendala yang asyik memanggil-manggil.
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting! Ting! Ting! Ting! Ting!Notification masuk. Aku pun abaikan ja,malas nak tengok sebab tengah sibuk layan drama korea dengan Nia. Tak de masa aku rajin nak menjenguk handphone aku tu. Kalau boleh,nak je kitorang melekat ke skrin laptop ni. Yelah,drama korea kot. Who can resist kan?
"Bye,balik dulu,jumpa esok kay"
"Okay babe,bye. Kirim salam Pak Mat and Mak Esah tau" ujar Nia.
"Wokeh. No prob"
Kereta yang dipandu Pak Mat meluncur perlahan menuju balik ke rumah. Nasib Pak Mat hon kereta dari luar rumah Nia tadi. Agak lamalah juga Pak Mat tunggu. Ni semua angkara drama korea lah. Sampai aku pun tak sedar masa. Tengok-tengok rupa-rupanya almost 4 jam kitorang layan drama tadi. Gila!
"Lama Pak Mat tunggu Yana tadi. Khusyuk sangat study ya sampai dah nak waktu balik pun tak sedar haha".
Pak Mat perli je tu. Bukan dia tak tahu aku layan drama korea dengan Nia. Dah banyak kali dah jadi macam ni,sampai Pak Mat pun naik masak dah dengan perangai aku ni haha.
"Sempatlah juga Pak Mat minum kopi tadi duduk tunggu Yana tadi. Tak nak ganggu ,takut hilang pulak fokus pelajar contoh ni"
Haa,tengok. Disambungnya sakat aku. Pak Mat ni memang tau. Haih. Aku mengomel dalam hati.
"Aamiin"
Aku meng'amin'kan je kata-kata Pak Mat tadi. Yelah,kut-kut jadi kenyataan ke kan.
Kereta yang dipacu tiba di perkarangan rumah. Sempat aku menoleh ke banglo kosong di hadapan rumah aku. Tak silap tadi,mata aku memang nampak cahaya datang dari dalam rumah tu. Aku menggeleng kepala sendiri. Mungkin aku salah tengok kut. Lagipun rumah tu kosong,tak berpenghuni. Manakan mungkin ada cahaya dari situ. Aku pun malas nak ambil pusing. Segera aku masuk ke dalam rumah. Tak sabar nak makan masakan Mak Esah.
"Mak Esah,papa mama mana?"
"Busy katanya. Malam ni tak balik"
Aku mengeluh. Seperti biasa.
Dear diary,
Aku tak tahu lah kenapa lately ni aku fikir macam-macam benda yang tak penting. Macam-macam tu tak boleh dijelaskan. Pelik. Creepy pun ada. Tak pernah lagi jadi macam ni. It just something yang. Hm. Aku duk pikir banglo,and then orang. And then kadang-kadang nampak kelibat orang yang hm. You know who kan? Hakimi. Idk lah if it was him. Samar-samar.Aku membatu. Lama kemudian aku tergelak sendiri. Yelah,tak mungkin lah tu Hakimi. Gila apa ? Haha.
But. Hm. No way he following me all the way through Nia's house kan? That impossible kan? Haha. Omg, bila fikir twice,rasa kelakar . Tak mungkin lah. Maybe i should relax myself lah. Mungkin ni effect homework yang banyak kot. Menyebabkan halusinasi haha. Okay. Gotta sleep now!
-Dayana-Segera aku tunaikan solat dan hanyut dalam mimpi.
![](https://img.wattpad.com/cover/126902727-288-k90778.jpg)
YOU ARE READING
PSIKOPAT
Mystery / ThrillerPuteri Dayana,gadis 16 tahun yang boleh dikatakan sebagai 'beauty with brain'. Hidupnya yang kurang kasih sayang daripada ibu bapanya sudah cukup membuatkan dia kesunyian. Tindakan kurang bijaknya yang memberi nombor telefon kepada lelaki yang tida...