18 : Again

250 38 17
                                    

■■■■■■■■■■■■■■

sudah dua hari berlalu sejak chorong dan taehyung berada di itaewon. dan sejak dari itu taehyung berusaha untuk tidak bertentang mana dengan chorong begitu juga dengan gadis itu sendiri.

prom night pula akan berlangsung malam ni memandangkan hari sukan dah tamat minggu lalu, pada hari chorong dan taehyung berada di itaewon.

Pin! Pin!

chorong tersedar dari lamunannya yang panjang apabila hone kereta kedengaran. pantas chorong berdiri handbag diambil lalu disangkut kebahu. Penampilan diri di pandang buat kali terakhir sebelum turun ketingkat bawah.

baju warna purple pudar dengan tulisan didada 'Nike' dipasangkan dengan seluar panjang warna kelabu, rambut pula dibiarkan tidak berikat. itulah penampilan chorong hari ini. Chorong tersenyum sebelum turun kebawah. shopping untuk prom malam ni bersama Apink.

*******

" kemana dulu? "

masuk sahaja dipusat beli belah, naeun terus bertanya hala tuju mereka. mereka tersenyum sesama sendiri.

" makan! "

serentak mereka sebelum ketawa atas keserasian mereka tadi.

well, Apink dan makanan berpisah tiada.

mereka berenam berjalan ke restoran kegemaran hayoung. itupun sebab hayoung menang dalam osom semasa mereka dalam perjalanan kepusat beli belah tadi.

bomi,eunji,namjoo dan hayoung jalan dihadapan manakala naeun dan chorong jalan dibelakang.

" eh tu bukan mamamoo ke? "

tunjuk namjoo kearah kesebuah butik lantas mereka berenam memandang kearah tunjukan namjoo.

" jangan tegur buat tak nampak! "

tegas chorong sambil berharap mamamoo tidak menyedari kehadiran mereka berenam. hubungan dia dan solar pun tak baik lagi. entah chorong pun tak pasti nak percayakan solar ke tidak.

Apink hanya akur. dan ya mereka dah tahu pasal solar, chorong dah beritahu sebab antara mereka berenam memang tiada rahsia.

sampai sahaja direstoran kegemaran Hayoung, mereka terus duduk di sudut hujung sekali restoran itu.

Chorong berhadapan dengan eunji, ditepi chorong, namjoo dan dihadapan namjoo ialah naeun. disebelah namjoo pula bomi dan dihadapan bomi pula ialah Hayoung. (faham tak? ke nak gambar?😂)

menu yang berada diatas meja mereka tilik dahulu sebelum memanggil pelayan. seorang pelayan lelaki datang kemeja mereka.

" em 3 set kaki ayam. rice ball 1 set, cheese ddeobokgi 1 set, spicy silkworm soup 1 set, steamed egg stew 1 set dan tofu kimchi 2 set. "

ujar chorong sambil menunjuk menu itu, pelayan lelaki tu hanya mengangguk dan mencatat pesanan mereka berenam.

" untuk kaki ayam tu spicy ke original? "

" original "

sebut bomi dan namjoo serentak. pelayan itu mengangguk sebelum beredar.

beberapa minit kemudian pelayan tadi datang bersama makanan yang apink pesan lalu mereka berenam menikmati makanan mereka bersama sama.

" selama ni aku tak pernah makan chicken feet serius. tapi sebab chorong unnie benda ni dah jadi makanan kegemaran aku. "

ujar naeun. mana tidak kalau bila mereka sama sama makan, chorong akan pesan kaki ayam tak pernah berubah dari dulu.

chorong hanya ketawa.

" jadi aku penyebab korang semua ni suka kaki ayam lah? "

apink semua mengangguk. chorong tersenyum, dia mengambil satu kaki ayam lalu dimakan dengan berselera. dah lama dia tak makan kaki ayam ni kira kira macam sebulan begitu.

jadi harini lah dia nak makan puas puas.

*******

" omo! cantiknya! "

jerit namjoo teruja. gaun berwarna kuning diambil lalu dibelek beleknya.

eunji disebelahnya pula mengambil gaun berwarna merah paras lutut. mulutnya mengukir senyuman, mungkin berkenan dengan gaun itu.

Hayoung pula tengah memilih aksesori baru, dia rancang nak pilih aksesori dulu baru baju, sebab kalau cari baju yang cantik perlukan masa yang lama dan dia jenis yang sangat cerewet.

di butik lain dimana chorong, bomi dan naeun berada.

bomi tengah mencuba gaun yang dipilihnya tadi di fitting room lebih kurang 5 gaun berlainan warna yang dipilihnya. rambang mata dia sebab gaun dibutik itu semua cantik cantik.

naeun duduk mencuba kasut tumit tinggi 3 inci berwarna hitam. seorang pekerja wanita dibutik itu hanya berdiri disebelahnya naeun memandang naeun yang mencuba kasut itu.

dah lebih 3 kali naeun cuba kasut tumit tinggi dibutik itu. semua tak berkenan dihatinya. nasib baik pekerja tu melayan je kehendak naeun. dan disitulah naeun setuju dengan ayat yang pernah dia baca di Instagram yang 'customers always right'.

chorong berdiri didepan sebuah topeng muka berwarna putih. hanya topeng itu sahaja diletak di dalam kaca manakala topeng lain diletak diluar. nampak sangat itu exclusive. chorong tunjuk topeng itu kearah pekerja perempuan menjaga kaunter.

" saya nak yang ni. "

pekerja perempuan itu keluar kan topeng putih itu dari dalam kaca lalu diletak disebuah kotak berwarna coklat dan ada logo butik mereka. " 60 000 won. "

chorong memberikan credit card yang diberikan oleh daddynya, nasib baik credit card tu tiada limit boleh lah dia beli apa apa je yang dia nak.

" tak dapat lah cik "

" apa dia? "

" kad kredit cik tak dapat. "

hampir luluh jantung chorong mendengar ayat pekerja itu. takkan lah daddy dah beku kan..?

sampai hati!

" biar aku bayar "

pekerja itu mengambil kredit kad dari tangan seseorang. chorong pandang manusia disebelahnya.

" terima kasih. sila datang lagi "

kata pekerja itu. minhyuk mengangguk lalu menyambut beg kertas itu dari tangan pekerja itu. kad kredit diletak ke dompetnya balik.

beg kertas itu di berikan kepada chorong " nah aku belanja. "

" dari mana kau tau aku ada disini? "

" aku nampak naeun diluar cuba kasut jadi aku masuk lah sini sebab aku tau kau mesti ada. "

chorong mengangguk. " kau sendiri ke? "

minhyuk menggeleng " btob ada diluar kacau naeun. "

sekali lagi chorong mengangguk. minhyuk mengambil tangan chorong lalu beg kertas yang berisi topeng tadi bertukar tangan.

" jangan lupa pakai cantik cantik malam ni tau. untuk aku. "

■■■■■■■■■■■■■■

Kiddo, I Love YouWhere stories live. Discover now