■■■■■■■■■■■
Hujan. bising. sejuk.
begitulah keadaan di Kirin Art Highschool pada waktu balik pada hari ini. chorong menggeserkan kedua belah tapak tangannya untuk mendapatkan haba sebelum dia berpeluk tubuh semula.
sekarang dia sedang berdiri di luar kelasnya sambil memandang hujan yang turun dengan lebat. tiada tanda lagi untuk hujan itu akan berhenti.
sudahlah daddy nya call tadi yang dia akan ambil chorong bila hujan sudah berhenti sebab sekarang jalan tengah jammed teruk disebabkan hujan.
seohyun dan Apink dah lama balik ikut kenderaan sendiri. hampir lagi chorong ikut Apink tapi tak sempat sebab waktu balik mereka tak sama dengan waktu balik chorong. kalau seohyun pula dia balik ikut kereta solar jadi takkan dia ikut pula kan?
bagai jatuh ditimpa tangga
itulah pepatah yang boleh disamakan dengan gadis itu pada waktu ini.
chorong mendengus. dari dia menunggu disini bagus dia ke library sekarang, ada juga faedahnya dari berdiri macam entah pape kat sini sambil menunggu hujan yang dia tak tahu bila penghujungnya.
*******
" seriusly? sunyinya "
berbanding dengan suasana luar, suasana di library memang terlalu sunyi seperti tiada berpenghuni. eh memang tiada orang pun. bunyi hujan lebat yang membasahi zink library sahaja yang kedengaran.
chorong tersenyum sendiri. suasana beginilah yang dia suka. sunyi dan tiada orang.
kakinya melangkah ketempat letak beg lalu meletakkan beg miliknya kelantai. belum sempat chorong berganjak ke rak buku seseorang telah menolak pintu library.
serta merta perbuatannya terhenti memandang wajah orang yang masuk kedalam library itu.
taehyung.
perasan akan keberadaan chorong. taehyung berlakon seperti gadis itu tiada disitu dan berjalan kesebuah meja yang ada barang barangnya diatas dan menyambung assignment nya semula.
chorong mendengus. langkahnya diteruskan kearah rak buku untuk memilih novel yang dia rasa best sambil mencuba untuk tidak menghiraukan taehyung.
setelah selesai, dia pergi kearah meja yang kedudukannya jauh dari kedudukan taehyung. kerusi ditarik lalu chorong melabuhkan punggungnya diatasnya.
Tajuk novel chorong baca.
Secret Law Of Romance
chorong tersenyum sendiri. menarik. tanpa membuang masa muka surat pertama chorong selak lalu dibaca dengan penuh khusyuk.
*******
akhirnya siap!
taehyung tersenyum sendiri memandang kertas kerjanya yang perlu dihantar esok kepada madam im. semua alat tulis yang digunakan tadi, taehyung letak semula di kotak pensel setelah semuanya selesai dia memandang jamnya.
4:54
dahi dikerutkan. chorong ni tak balik ke apa? matanya dilirikkan kearah chorong yang tunduk membenamkan mukanya kelengan. tidur?
YOU ARE READING
Kiddo, I Love You
Hayran Kurgu[COMPLETED] "I love you" ain't that the worst thing you ever heard? Start : 28 august 2017 End : 24 august 2018