"mama rasakan lebih baik kamu pergi cari kerja,isi masa terluang kamu ni sementara menunggu result keluar" kata Puan Rahimah kepada Zania yang sedang duduk bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abah.
Zania tersentap dengan permintaan mamanya yang menyuruh dia mencari kerja.
"Mama,Nia malaslah nak kerja baru ingat nak relaxkan otak lepas habis sekolah...tup tup kena kerja pulak." bantah Zania atas permintaan ibunya.
"A'ah adik,pergilah cari kerja....untung-untung dapat juga cari duit poket lebih.Tak payah kami membazir keluarkan duit banyak-banyak untuk kamu." Kata abah menyokong pendapat mama.Aku sedang memikirkan baik buruknya bekerja buat masa ini.
"eemm...yelah,yelah nanti Nia fikirkan balik nak kerja ke tak ek" balas Zania kepada ibunya.
________________________________________________
Zania memusingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan di atas tilamnya yang empuk kerana tidak dapat melelapkan matanya walaupun matanya berasa terlalu berat untuk dibuka.
"Apahal dengan mata aku ni,tak nak tutup pulak" bebel Zania seorang diri.
"Nak cakap tak mengantuk,dah tahap gaban dah ni,cepatlah mata bila nak tutup ni aku dah tak tahan ni"sambung Zania lagi.
Sementara Zania menunggu matanya untuk tertutup,Zania teringat akan permintaan mamanya agar dia mencari kerja.
"Nak kerja ke tak nak...hadoiii...malasnya.." rungut zania. "tapi bagus jugak aku dapat kumpul duit banyak-banyak." Fikir Zania dari sudut pandangan lain.
Esok aku ingin mengajak Sarah untuk mencari pekerjaan juga,dia mesti boleh punya kawan karib dunia akhirat harus mahu dong...hihihi.Hanya terluah didalam hati Zania sahaja.
Akhirnya Zania terlelap jua,sedangkan masa bergerak seiring dengan berjalannya waktu malam yang semakin larut....
________________________________________________
"Hello,Sarah.Assalamualaikum,kau tengah buat apa ni?" Tanya Zania setelah panggilannya dijawab oleh Sarah,kawan karibnya.
"Waalaikumussalam,tak buat apa-apa pun.Bosanlah,tak tahu nak buat apa ni."Kata Sarah.
"Hah! Apa kata kita pergi cari kerja,nak tak?....daripada duduk rumah tak buat apa-apa."Cadang Sarah pula sebelum sempat Zania menyuarakan pendapatnya.
Berguna betul otak budak ni,boleh pula sama dengan apa yang ingin aku perkatakan....memang sesuai jadi kawan.
"Ek eh...boleh pula otak kau sama dengan aku ek,tapi aku pandai sikitlah daripada otak kau." Sempat Zania mengutuk kawannya,tapi aku cukup tahu dia tidak akan terasa dengan apa yang baru sahaja aku perkatakan tadi.
"tengok jari kakilah." Kata Sarah pula kepada Zania dengan perasaan bangga.
"Tak kuasa nak tengok kaki kau yang buruksss tu,dahlah berkarat siap ada hitam-hitam lagi celah kuku...eiiuuuu!!!" balas Zania ingin mengenakan kembali rakannya itu.
"Lagi-lagi nak tengok jari kaki kau yang banyak kuman tu plus busuk gilerrrrr....hahaha" Sambung Zania lalu tergelak besar bersama Sarah.
"eeeiiii....kuang hajoq betul kau ni ek.Agak-agaklah nak kutuk . Aku jaga kot kaki aku ni.Takde parut pun tau." Balas Sarah kembali.
"kalau takde parut,maknanya.....kau ni anak manjalah...hahaha."Lagi sekali Zania mengenakannya.
Sarah di sebelah sana hanya ketawa sakan.
"Okaylah, yang pasal cari kerja tuh,besok kau datang rumah aku tau....kita gerak sama-sama."kata Zania sambil memberi cadangan.
"Okay, no hallah.Pukul berapa ek?"Tanya Sarah kembali.
"Lebih kurang pukul 9 kau gerak pergi rumah aku..dan yang pasal tadi tu...aku minta maaf ek?"Jawab Zania dan mengambil peluang untuk meminta maaf kepasa Sarah.
"Ishh, kau ni buang tebiat ke apa..tak ada yang nak dimaafkannya.Kita berkawan no maaf-maaf,terus 0-0 balik,faham?" balas Sarah kembali.
"Hihihi...aku lupa pulak,okaylah kita jumpa esok tau.Bye,assalamualaikum..."Kata Zania lalu mengakhiri perbualan mereka dengan salam dan dibalas oleh Sarah pula.
"Waalaikumussalam....bye.Hati-hati tau kalau pergi mana-mana. jaga diri,okay."Talian terputus setelah mereka memberi salam.
YOU ARE READING
JODOH KAU DAN AKU
RomancePertemuan Zania Mariana dengan Hanazif Akmal merupakan malapetaka yang paling teruk dalam hidup bagi Zania.Pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Zania kepada Hanazif berubah dari benci kepada perasaan suka tanpa diketahui oleh tuan empunya ba...