"Assalamualaikum,Nia..."Sarah memberi salam setelah dia tiba di pekarangan rumah Zania tepat pada pukul 9.30 pagi.
"Waalaikumussalam,eh....Sarah.Ada apa datang sini,nak jumpa dengan Nia ke?" Tanya Puan Rahimah terkejut melihat kehadiran kawan baik anaknya setelah dia keluar ingin melihat siapakah yang hadir ke rumahnya pagi-pagi begini.
"A'ah mak cik,saya datang ni nak jumpa Nia dan saya juga ada hajat."Jawab Sarah sambil menyalami tangan milik Puan Rahimah.
"Owhhh...apa hajatnya nak.Eh,jomlah masuk buat apa tercegat macam tiang eletrik dekat luar ni."Ajak Puan Rahimah kepada Sarah.
"Saya datang sini ada hajat nak menyunting anak mak cik untuk ayah saya....boleh tak makcik?"Jawab Sarah ingin mengenakan mama Zania.
"Hah!" Terkejut Puan Rahimah."Yang ini betul-betul kamu dah buang tebiat,apa ke gilanya nak kahwinkan bapak kamu dengan anak mak cik."Sambung Puan Rahimah lagi.
Sarah yang sejak tadi menahan gelaknya,akhirnya terhambur jua.Sakan betul dia gelakkan mama Zania.
"Apa yang kamu gelakkannya Sarah,makcik tak buat lawak pun tau benda ni serius tahap dewa tahu...kamu jangan main-main."Balas Puan Rahimah dengan perasaan yang tidak senang.Sedangkan Sarah gelak tidak berhenti-henti sejak tadi.
Setelah gelak Sarah sudah mulai reda,dia berkata."Ya Allah,makcik janganlah ambik serius sangat hal ni..sebab saya main-main je makcik."
"Takkanlah saya nak bagi ayah saya kahwin dengan anak makcik,simpang malaikat 44 lah kalau macam tuh."Sambung Sarah lagi.
"Astaghfirullah budak ni,main-main kamu ya.Nasib baik makcik tak ada sakit jantung,kalau tidak pagi-pagi ni dah collapse kamu tahu tak.Lain kali jangan buat lagi tau..."Balas Puan Rahimah kepada Sarah.
"Yalah makcik,maafkan saya tau...saja nak bergurau dengan makcik,kan saya dah lama tak datang rumah makcik ni.."Kata Sarah.
"A'ahkan,kenapa kamu dah lama tak datang ke sini ek?"Soal Puan Rahimah kepada Sarah.
"Tak ada masa lah makcik,kan saya nak fokus dekat SPM...sekarang exam dah lepas,so bolehlah saya lepak dekat sini lama-lama."Jawab Sarah kepada pertanyaan Puan Rahimah.Sementara Puan Rahimah pula hanya menggelengkan kepalanya.
"Suka hati kamulah Sarah,macam tak biasa je."Kata Puan Rahimah pula.
"Apa yang korang cakap ni hah?engkau Sarah,dari atas aku boleh dengar kau ketawa...kuat gilerrr." Tanya Zania kepada Sarah.
"Tak ada apa-apalah ,jomlah kau dah siap ke belum ni?"tanya Sarah.
"Dah,jomlah kita pergi nanti kempunan pulak tak dapat kerja...hihihi.Mama Nia pergi dulu tau."Pamit Zania kepada Puan Rahimah untuk pergi mencari kerja.
"Eh! kamu nak pergi mana ni?tak cakap dengan mama pun nak keluar ek?"Tanya Puan Rahimah kepada anaknya.
"Owhh...hehehe.Lupa nak bagi tahu,patik mahu mencari kerja bagi menampung kehidupan patik yang bagai kais pagi makan pagi,kais petang makan petang dan ini juga berkesesuaian dengan kehendak Permaisuri Rahimah....."Kata Zania mengikut dialek yang digunakan di dalam istana"
"Hah!Hah!Hah!"sambung Zania sambil tangan didepakan lalu menuju ke arah mamanya untuk menyalaminya.
Puan Rahimah hanya menggeleng kepala dengan perangai anaknya yang semakin hari semakin menjadi-jadi manakala Sarah pula berketawa besar.
"Yang kau ni dah kenapa?"Soal Zania kepada Sarah.Pelik aku dengan dia ni, dari tadi gelak tak berhenti-henti."Aku lambung kau dekat tanjung Manggis karang ,kena kencing manis kau nanti..."Sambung Zania.Gila-gila,kawan aku dah tak siuman...TOLONG!!!!!
YOU ARE READING
JODOH KAU DAN AKU
RomancePertemuan Zania Mariana dengan Hanazif Akmal merupakan malapetaka yang paling teruk dalam hidup bagi Zania.Pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Zania kepada Hanazif berubah dari benci kepada perasaan suka tanpa diketahui oleh tuan empunya ba...