"Sarah kita pergi beli tiket first then pergi makan dulu boleh?"Pertanyaan Zania dijawab dengan anggukan Sarah."Nanti ramai orang tak sempat nak beli."
Lalu Zania dan Sarah menuju ke kaunter untuk membeli tiket."Sarah kau beli kan tiket tau.Ni duit aku belanja semua dont worry.Aku tunggu dekat sini."Kata Zania kepada sarah."Okay dont worry be happy aku belikan okay."Sarah menyambut huluran duit bernilai 50 ringgit dan berlalu untuk membeli tiket.
"Hehehe....aku nak kena kan kaulah Zania.Alang-alang kau dah suruh aku beli.Kau tengoklah cerita apa nanti.Mesti kau terkejut beruk punya....hahaha."Kata Sarah bermonolog sendirian setelah dia semakin hampir ke kaunter membeli tiket.Sarah cukup tahu bahawa Zania merupakan seorang yang cukup takut kepada hantu.Tempat gelap tu...boleh lagilah hehehe.
Zania hanya berdiri kaku sambil menunggu kedatangan Sarah bersama dua tiket."Lamanyalah budak ni.Kaki aku dah sakit dah ni.Cepatlah Sarah ooiiii!!!...."Zania terlihat kelibat Sarah yang menuju ke arahnya.Hah tu pun Sarah.Apalah yang lama sangat belinya mungkin ramai orang kot.Fikir Zania sendirian.
"Hah amacam ada tak tiketnya?Lama sangat aku menunggunya."Tanya Zania kepada Sarah."Eh...mestilah ada.Ceritanya seperti yang kau inginkan mesti best punyalah cerita dia..."Kata Sarah yang ingin mengenakan Zania dengan membeli dua tiket cerita hantu.
"Okay then.Eh...jomlah pergi makan aku dah lapar ni.Tunggu kau punya lama sangat."Ajak Zania."Alah relaxlah ramai orang tadi....sebab tu lama.Hehehe..."Tersenyum senget Sarah kerana dapat mengenakan Zania.Jarang wooo aku boleh kenakan dia...asyik-asyik aku jew yang dia buli.Sekali-sekala nak jugak buli dia....hahaha(tanduk syaitan keluar).
"Yang kau tersengih macam kerang busuk apasal???"Sergah Zania kepada Sarah.
"Ek eh...mana ada.Perasaan kau je tuh.Sangkal Sarah supaya rahsianya tidak terbongkar selagi belum tiba masanya.
"Dah lah banyak cili celah gigi kau tu."Kata Zania lagi."Hah!! Ye kew...mana? mana? Nia cepatlah bagi tahu!!"Tanya Sarah berulang-ulang kali.Aduh malunya aku kalau betul ada cili....hwaaaa!!!
Zania yang sejak tadi menyembunyikan gelaknya akhirnya terhambur jua."Hahaha...padan muka kau kena tipu dengan aku."Kata Zania kepada Sarah.Ketawa Zania masih belum reda.Sarah sudah menaikkan tangannya dan....pap!!! satu pukulan hinggap di bahu Zania.
"Aaauuwwwww!!!..sakitlah Sarah.Kau dah kenapa pukul-pukul aku?"Marah Zania.
"Hah tu lah kau tipu aku lagi ....padan muka!! Dah jom pergi makan nanti terlepas cerita....habis rugi."Rugi tak dapat nak kenakan kau kalau terlepas cerita 'hantu' tu...kekeke.Sambung Sarah didalam hati kalau cakap kuat-kuat nanti Nia dengar.
Lalu Zania dan Sarah bergerak menuju ke arah Restaurant KFC.Memandangkan sekarang baru pukul 1petang.Jadi masa masih berbaki 1 jam lagi sebelum panggung wayang memainkan peranannya.Zania dan Sarah berlalu ke surau untuk menunaikan solat zuhur.
"Sarah tinggal setengah jam je lagi...kita pergi beli popcorn dululah nak tak?"Tanya Zania kepada Sarah yang lebih kepada mengajak sebenarnya.
"Okay jom.Aku dah tak sabar ni....cepatlah!!!"Kata Sarah dengan bersemangat.Zania berasa hairan dengan sikap Sarah yang terlebih gula ni....active gileerrr..!!
Setelah selesai membeli dua popcorn besar dan dua cawan besar ice lemon tea.
Zania dan sarah bergerak kedalam ruangan pawagam pintu bernombor 6 setelah menyerahkan dua tiket movie tersebut kepada penjaga tiket.
"Mmm Sarah kau jalanlah dulu.Aku bab-bab cari nombor dekat kerusi ni kurang sikit arr."Kata Zania kepada Sarah selepas melintasi pintu pawagam tersebut."Okay-okay dont worry.I can be your eyes for a while."
"Okay...here!Aku jalan dulu okay."Lalu Sarah dituruti oleh zania melintasi tempat duduk yang telah dipenuhi oleh orang lain."Tempat kita yang dekat hujung tu...aku duduk bahagian hujung tau."Kata Sarah kepada Zania.Zania menganggukkan kepalanya dengan pantas.
Setelah selesai dua kawan karib itu melabuhkan duduk mereka di atas kerusi empuk itu.Zania menanyakan satu soalan."Cerita apa yang kau beli tadi?lupa nak tanya tadi."Zania menjongketkan keningnya berulang kali kepada Sarah membuatkan dia berasa tidak selesa."Arr...mmm...kau tengok jelah cerita apa nanti..mm..mesti best.Hah!! best.."Kata Sarah tergagap-gagap menjawab kepada soalan Zania.Zania hanya memandang pelik ke arah Sarah.
YOU ARE READING
JODOH KAU DAN AKU
RomancePertemuan Zania Mariana dengan Hanazif Akmal merupakan malapetaka yang paling teruk dalam hidup bagi Zania.Pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Zania kepada Hanazif berubah dari benci kepada perasaan suka tanpa diketahui oleh tuan empunya ba...