"Sarah jomlah kita pergi makan dulu,aku dah kempunan gila ni dari tadi tak makan."Cadang Zania kepada Sarah.
"Tuh lah kau,mama kau nak bagi kau makan kau tak nak."Kritik Sarah dengan perangai kawannya."Tolak rezeki lagi,baru padan muka."
"Ala relaxlah,ajak pegi makan je pun.Aku malaslah nak susahkan mama aku.Hah,ni mesti kau nak makan percuma dekat rumah akukan."Kata Zania kepada Sarah.Sarah pula hanya tersengih bagai kerang yang mahu dipijak sepuluh kali...hihihi.
"Yang kau ni dah kenapa,tersengih-sengih macam kerang busuk tak mandi sebulan."Kata Zania lagi.
"hehehe...mana adalah,kau ni pandai je buat tuduhan ek.."Jawab Sarah.
"Dahlah,aku dah lapar ni jom pergi makan McD."Kata Zania kepada Sarah.
________________________________________________
Setibanya mereka di McD,Zania ingin membuat pesanan...lalu dia menuju ke arah kaunter,tiba-tiba seorang lelaki yang berbadan sasa menolaknya dan beratur di hadapannya.
Lelaki tersebut menoleh kepalanya ke arah Zania.Ek eh,mamat ni buat muka tak bersalah pulak,ada yang makan penyepak pulak nanti...baru tahu.Muka dah handsome,badan tegap,sasa tapi perangai mengalahkan gorilla.
Dahlah orang ramai sekarang nih...hadooiii.
"Ek eh,cik abang oi kalau dah lapar sangat pun janganlah sampai tolak-tolak orang lain.Ada mata cuba guna,sakit tahu tak."Ada ke patut dia tolak badan aku yang lebih kecil berbanding dia.
"Hello!!! saya dapat dulu ek awak jangan nak menuduh pulak."kata jejaka tersebut.
"Apa pulak yang saya menuduhnya...saya tak tuduh apa-apa pun."Balas Zania pula kepada jejaka tersebut.
"Dahlah awak ni,dari tadi membebel je,bising tahu tak."Lalu jejaka tersebut memesan makanan yang ingin dipesannya apabila tiba gilirannya.
Kurang diajar betullah mamat ni.Menyampah pulak aku nak tengok muka dia.Takpe-takpe kali ni kau menang.Aku menjelingkan mata ku ke arah dia,dia hanya memandang muka ku tanpa sebarang perasaan dan berlalu pergi sambil menatang dulang yang berisikan pesanan dia.
Lalu aku memesan makanan yang ingin aku pesan."Abang,nak Spicy chicken McDeluxe dua dan air milo pun dua."Pesan Zania kepada abang yang menjaga kaunter tersebut.
"Eat here or take away?"Tanya abang tersebut kepada Zania.
"Eat here,please.Thanks."aku memesan dua spicy chicken mcdeluxe kerana satu lagi adalah untuk Sarah.Aku memesan air milo pula kerana aku tidak boleh meminum air coke,kalau tidak perut aku boleh sakit sampai nak pengsan.
"ni yang adik pesan."Hulur abang tersebut kepada aku.
"Terima kasih."Sambut Zania dengan muka semanis gula.Lalu Zania menuju ke tingkat atas, di tempat Sarah jaga untuk kami menikmati makanan kami.
"Adoooii,apahal mamat tuh ada dekat sini...menyampahnya."Bisik Zania seorang diri.Ni apahal pulak aku nak kisah pasal lelaki tuh bukan salah aku pun
YOU ARE READING
JODOH KAU DAN AKU
RomancePertemuan Zania Mariana dengan Hanazif Akmal merupakan malapetaka yang paling teruk dalam hidup bagi Zania.Pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Zania kepada Hanazif berubah dari benci kepada perasaan suka tanpa diketahui oleh tuan empunya ba...