Aku bergerak menuju ke arah Sarah sambil menatang dulang yang sarat dengan pesanan kami.Aku meletakkan dulang tersebut di atas meja lalu aku duduk di hadapan Sarah yang juga boleh dikatakan aku sedang duduk bertentangan dengan mamat tersebut.
"Yang kau pilih tempat ni kenapa...hadoi."Rungut Zania.
"Kenapa,ada apa-apa tak kena kew?" Tanya Sarah kepada Zania.
"Tak ada apa-apalah.Ni makan kau punya nih."Jawab Zania lalu menghulurkan makanannya kepada Sarah.Sarah menyambutnya tanpa banyak bertanya.
Zania memerhatikan wanita yang berada di hadapan lelaki tersebut.
Eiiii...macam tak cukup duit jew nak beli baju yang banyak kain...kutuk Zania seorang diri.Lalu Zania menikmati makanannya tanpa mempedulikan sepasang mata yang asyik memerhatikan dirinya tanpa henti.
_______________________________________________
"Apahallah perempuan tuh ada dekat sini."Kata Hanazif seorang diri.
"You cakap apa,Naz?" Tanya Lisa kepada Hanazif yang pelik dengan perangai lelaki tersebut.
"Tak ada apa-apalah.Cepatlah makan."Jawab Hanazif.
Apabila mata Zania dan Hanazif bertaut...ada perasaan halus yang hadir tanpa diundang mengetuk pintu hati mereka.Apa jenis perasaan itu mereka tidak pasti.
Zania melarikan anak matanya dari bertentangan dengan Hanazif,turut juga dilakukan oleh Hanazif sendiri.
________________________________________________
"Akhirnya jumpa juga kerja..."Kata Sarah kepada Zania dengan perasaan senang.
"Alhamdulillah,tadi bos cakap start hari Isninkan?"Soal Zania kepada Sarah.
"A'ah,tapi kenapa start lambat ek kerja?" Soal Sarah kembali.
"Entahlah,biar je lah.Atleast dapat jugak kita rest dua hari ni."Jawab Zania kembali.
"Betul-betul...hihihi."Kata Sarah lalu mereka tergelak bersama-sama.
"Eh! jomlah balik dah lambat nih,aku dah penat kehulu kehilir cari kerja."Kata Zania.
"Jomlah,aku pun penat ni.. macam nak tertanggal aku punya kaki tahu tak."Kata Sarah pula.
"Kalau kaki tertanggal,kudunglah kau.Nak jalan guna apa nanti....susah mau cari kerja ma..amma,appa.Hahaha..."Usik Zania mahu mengenakan Sarah.
"Kau jangan merepek boleh tak,aku tengah penat kau buat lawak sengal sedunia kau tuh."Marah Sarah kepada Zania,Zania pula hanya membuat memek muka minta untuk ditampar,ditumbuk dan ditanamkan di bawah tanah macam burung unta...kikiki.
______________________________________________
"Hah,dah sampai pun kamu.Dah jumpa ke belum kerjanya...merayap ke mana je tadi?"Tanya Puan Rahimah kepada Zania.
Dalam perjalanan, Zania menghantar Sarah ke rumahnya kerana pada pagi sebelum mereka bergerak untuk mencari kerja Sarah datang ke rumahnya dengan menaiki teksi.
"Ish,mana ada Nia merayap tadi.Nia pergi cari kerjalah tapi kerja biasa-biasa jew.Kerja dekat kedai tokoh bunga,alhamdulillah dapat juga kerja nak isi masa terluang."Jawab Zania panjang lebar.
"Owh baguslah anak mama ni..jadi macam perempuan sikit."Kata Puan Rahimah.
"Aiks! Anak mama ni bukan perempuan ek? punyalah cun meletop anak mama yang putih ni,dahlah kulit gebu,ramai orang minat sampai meleleh air liur diorang tau..apa lagi ek,yang pengsan masuk longkang pun ada ,mama."Kata Zania ingin meloyar buruk dengan mamanya.Hihihi...gila teruk aku ni,menipu je pandai.Mana ada sampai pengsan semua.
"Hah dah sampai dah...sampai dah."Kata Puan Rahimah sendirian.
"Apa yang dah sampai mama ni ...cakap sorang-sorang pulak tuh hehehe.Mama jangan buang tebiat nanti papa tak nak dekat mama susah nanti..."
"Meranalah hidupmuuuuuu, tinggallah seorang...lalalala" bernyanyi kecil Zania.... hahahaha.Terbuntang mata Puan Rahimah mendengarnya.Zania pula melarikan diri ke tingkat atas untuk mengelakkan diri dari dimarahi oleh Puan Rahimah.
"UUUHHHSSSSSS....... selamat aku lari kalau tak kena cepuklah aku , lebam satu badan.."hahaha masalahnya macamlah mak aku tu kaki pukul...memang tak arrrr!!!!! simpang malaikat 44lah gamaknya.
YOU ARE READING
JODOH KAU DAN AKU
RomancePertemuan Zania Mariana dengan Hanazif Akmal merupakan malapetaka yang paling teruk dalam hidup bagi Zania.Pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Zania kepada Hanazif berubah dari benci kepada perasaan suka tanpa diketahui oleh tuan empunya ba...