Blurb

17.6K 306 16
                                    

GERHANA pasti seketika. Setiap kesabaran akan diganjari. Aira hadapi hidup dengan penuh syukur bertemankan Zariq yang begitu jujur padanya. Tapi, suatu hari Zariq pergi tanpa sebarang pesan. Aira menangis. Kecewanya dia. Zariq kejam!

Namun, hidup perlu diteruskan. Aira terus tabah demi budi yang telah dia telan selama ini. Hingga pada suatu hari dia dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, Aira rasa dunianya yang selama ini sekadar gerhana; menjadi gelap-gelita.

"Aku hanya sebut nama Zariq. Tapi, aku tak cakap dekat kau dia pelukis. Kau siapa sebenarnya?" - Aira

"Aku adalah hakim yang akan jatuhkan hukuman pada kau, Aira..." - Zafiq

Dia sakiti Zariq? Tak! Zariq yang tinggalkan dia. Aira bingung. Atau salah Airin, adiknya? Tapi, kenapa nama dia yang lelaki bengis itu sebut?

"Oh, jangan risau. Aku tak ambil bekas orang!" - Zafiq

"Kau boleh kata apa saja. Tapi, kau tak boleh cakap aku ni bekas orang! Sepanjang hidup aku, kau orang pertama pegang kulit aku, tahu tak?" - Aira

Berkali dia nafi. Tapi, mana mungkin suara si kambing hitam mampu menandingi ngauman singa yang kelaparan? Hukuman tetap dijatuhkan tanpa perbicaraan yang adil. Kebebasan Aira kini dipenjara oleh Zafiq. Aira bertahan kerana dia yakin kebenaran akan muncul nanti. Tapi, kenapa setelah segalanya terbongkar, dia masih perlu menjadi tahanan di sini?

"Aku orang pertama. Dan, aku mahu jadi yang satu-satunya, Aira. Kau nak terima?"- Zafiq

"Antara kita, tiada apa lagi yang nak dibicarakan, Zafiq! Awak dah jatuhkan hukuman. Saya dah terimanya. - Aira

Pada Zafiq pula... Perasannya pada gadis itu sejak awal adalah kenyataan. Dia mahu penjarakan Aira selama-lamanya. Dalam hatinya! Tapi, harus bagaimana dia sembuhkan hati yang telah dia lukai dengan tangan sendiri? Kuatkah dia untuk lepaskan kebencian yang selama ini menguasai demi cinta di hati?

"Nak order isteri? Boleh?" - Zafiq

"Hah?" – Aira

"Errr... Sorry. Maksud abang, nak order makanan kesukaan awak. Lepas tu nak pinang awak. Macam tu, boleh ke?"- Zafiq

"Banyak cantik muka awak!"- Aira

Boleh jadi yang mereka benci selama ini adalah yang terbaik dan yang mereka sayangi itu adalah yang buruk. Kerana mereka adalah hamba Tuhan yang tidak pernah mengetahui... akhirnya, Zafiq dan Aira akur tanpa sebarang bantahan.

"2Sσ

OBJECTIONWhere stories live. Discover now