DADA Zafiq bagai nak pecah bila Rahim datang dan berbisik sesuatu padanya padahal belum pun separuh sesi temu ramah berjalan. Dalam hati berkira-kira, bagus juga sebab dia betul-betul tak selesa apatah lagi mata perempuan yang dia kenali sebagai Rin itu asyik memandang dia.
Semak!
"I rasa kita kena berhenti takat ni dulu. I ada hal penting nak kena urus sekarang..." beritahu Zafiq pada dua orang wartawan, termasuk dua orang cameraman. Macam nak temu ramah perdana menteri sampai sebegini ramai. Tapi dia diberitahu, mereka akan buat photo shoot di sekitar pulau.
"Okey. Boleh kita sambung nanti?" soal salah seorangnya.
"Nanti staf I contact you all..." Zafiq terus bangun. Berlalu bersama Rahim menuju ke sebuah bilik.
Bilik ini dulu, sering dihuni oleh Zariq kalau datang ke sini tapi sekarang, tiada siapa boleh menginap melainkan Nazri. Itu pun, banyak masa Nazri akan merayap tidur dalam bilik dia. Wajah mendung Nazri dah cukup berbicara tentang kesunyian bila dibiarkan sendiri dalam bilik ini.
Zafiq masuk ke bilik yang dah sedia terbuka. Dia pandang Nia. Bercekak pinggang.
"Apa yang dah jadi, Nia?" Kerisauan jelas merajai raut wajahnya.
"Errr, tak tahu, bos. Saya datang nak ajak Nazri makan tapi bilik ni tak berkunci. Lepas tu, kosong..."
Argh... Sudah! Zafiq tak habis-habis ramas rambutnya. Memikirkan segala kemungkinan. Tak pernah lagi Nazri buat perangai macam ni.
"Dah suruh orang cari sekitar?"
Nia angguk.
Tuhan... Dia mendongak ke siling. Bilik ini langsung tak berusik. Nampak sangat Nazri tak duduk langsung sekalipun di atas sofa. Nazri memang tak nak duduk bilik ni ke apa?
"Cari Nazri sampai jumpa. Kalau jadi apa-apa pada Nazri, semua orang kena bertanggungjawab! Seorang pun tak akan terlepas! Faham!" Arahan Zafiq begitu tegas dan keras. Arahan berbaur ugutan.
Nia mencicit keluar bersama beberapa orang lagi pekerja. Tak pernah lagi bos marah macam sekarang setelah kes Zariq. Setakat tak senyum, itu dah biasa. Tapi bos jarang marah pekerja. Sekarang pula lain ceritanya.
"Saya keluar cari dia, bos," pinta Rahim.
Zafiq angguk. Bila Rahim pun berlalu, dia duduk di atas sofa dengan pintu bilik yang terbuka lebar. Matanya terpejam rapat.
Mana kau pergi ni, Yie? Jangan buat abang macam ni. Jangan buat abang macam ni! Hati Zafiq tak sudah-sudah menjerit. Sudahlah Zariq begitu, kau pun jangan buat benda sama.
"Are you okay?"
Suara halus itu memaksa Zafiq mengangkat wajah. Dia terkejut. Macam mana perempuan yang baru dia kenal ni, boleh ada dekat sini? Sendiri pula tu?
"Eh, you buat apa dekat sini? Tak makan dengan team you?" Zafiq bingkas bangun. Bahaya ni, dalam bilik berdua-duaan. Memanglah orang tak akan cakap apa tapi itu dah melanggar prinsip hidupnya.
Dia tak akan kotori tubuh sendiri biarpun wanita sejelita bidadari datang menghampiri. Tapi, yang dekat pulau itu tak berupa bidadari pun dia rasa tergugat. Ergh... Sakit hati betul dengan Aira ni!
"Sorry kalau I buat you terkejut. Tapi, tadi I nampak you risau sangat. I cakap dekat team I nak ikut you. I dengar macam ada orang hilang?"
Mata Zafiq mengecil memandang pada Airin.
"Sorry, Fiq. I tak berniat nak curi dengar. Cuma, I rasa kesian dekat you..."
Huh... Zafiq kembali labuhkan duduk.
YOU ARE READING
OBJECTION
General FictionTajuk: Objection Penulis: Rehan Makhtar Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-069-4 Muka Surat : 544 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni ...Overruled!