Bab 9

5.1K 142 2
                                    

DIA baru saja sampai di Kuala Lumpur pagi tadi setelah hampir dua bulan tak pulang. Dia balik ke sini pun, kerana Zariq yang beria-ia minta dia kembali. Katanya, ingin ke Itali dalam masa terdekat. Eloklah kalau betul Zariq dah sedia. Tapi, yang anehnya secara tiba-tiba. Itu yang menjadi tanda tanya.

Kakinya laju meniti anak tangga menuju ke meja makan. Kejap lagi dia ada mesyuarat dengan agensi pelancongan dekat sini yang nak tahu tentang rahsia kejayaan dia membina perniagaan di negara orang. Rasanya tak susah mana untuk dia memandangkan arwah uminya berasal dari Thailand. Cuma dapat taraf penduduk tetap aje di sini. Asas yang dia ada merupakan peninggalan umi. Selebihnya itulah yang dia usahakan sendiri setelah umi dan ayah pergi.

Rumah besar ini, menjadi tempat tinggal Zariq. Bukan niat nak biarkan Zariq sendiri, tapi dia ada urusan di sana. Demi Zariq.

"Assalamualaikum, pak long..." Dia labuhkan duduk di atas kerusi. Tersenyum manis pada pak long. Penjaga rumahnya. Malah, dia dah anggap seperti ayah sendiri. Pak long ada dalam rumah ni, waktu itu dia masih bayi.

Masih setia berbakti pada keluarganya.

"Mak long mana? Marilah makan sama," ajaknya sopan.

"Bancuh air. Itu haaa... Muncul dah. Panjang umur mak long kamu tu..." gurau pak long.

"Kenapa? Kalau saya pendek umur, abang nak cari ganti ke?"

"Eh, mestilah. Buat teman sakit demam..." usik Pak Long lagi.

Dia hanya ketawa nak-nak bila mak long tarik muka.

"Ala, mak long. Pak long gurau ajelah. Mak long kan cinta mati dia. Hanya mati yang akan memisahkan kita. Kan, pak long?" Mata dikenyitkan.

Lelaki, haruslah sokong kaum sendiri. Apa lagi. Makin panjang muncung mak long tapi tak lama, bila wanita tua itu senyum sambil menyenduk nasi ke pinggannya.

"Mak long tak kesah kalau pak long nak cari lain sekarang. Dah senja sangat ni, mak long bahagia ada anak dua orang. Ada jodoh, Fiq kahwin. Ada rezeki, dapat anak. Mak long tak cara dah ke pak long. Orang dah sibuk dengan cucu..."

"Amboi, awak... Berangan dapat cucu, terus buang saya?" Giliran pak long pula tarik muka.

"Haaa... Pak long jangan risau. Fiq lambat lagi kahwin. Lambat lagilah dapat cucu tu. Jadinya, masa yang ada memang untuk pak long ajelah..." Terus dia ketawa. Pak long juga.

Lagi-lagi, mak long yang terkena.

Mendengar angan mak long, hati dia bagai digeletek. Seluruh hidup hanya untuk Zariq. Tak sempat dia nak dekati mana-mana perempuan. Yang datang menyerah diri pun, dia tak terima. Ini nak memburu sendiri? Lagilah tidak.

"Amboi, mak long tak masak dah masakan yang kamu suka tu, baru kamu tahu..."

Dia angkat tangan. Surrender.

"Itu bahaya, pak long. Terpaksalah Fiq tukar pihak pula..."

Tawa mereka bertiga bersahutan. Tapi, tak lama bila Zariq muncul entah daripada mana. Awal pagi tadi dia sampai rumah, tak perasan pula Audi S5 merah milik Zariq tu ada ke tak. Penat sangat. Ingatkan Zariq ada dekat rumah. Dia malas nak kejutkan sesiapa. Atau Zariq baru keluar pagi ni?

Tapi, wajah itu terlalu muram. Dah tak macam Zariq. Biasa kalau nampak dia, Zariq akan melompat suka. Mulalah bercerita itu ini tanpa henti. Dahinya berkerut.

"Riq?" Sudu diletak. Dia bangkit mendekati Zariq yang sepertinya tak nampak kehadiran dia dalam rumah besar ini.

"Riq?" Bahu Zariq ditepuk semasa Zariq nak naik ke atas.

OBJECTIONWhere stories live. Discover now